BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 01, 2006

C I N T A

Sebuah kisah tentang kasih,melatari sisi setiap manusia dalam perjalanan hidup.Antara cinta dan persahabatan menjadikan satu semangat yang membina kepada keutuhan sebuah perhubungan..intro jer nie sempena kemeriahan sambutan filem cinta kat pawagam sekarang nie hehhe.


Nie baru la kisah yang aku nak ceritakan.Hari nie memang ngantuk mode betul la, rasa macam malas nak datang opis jer. Tapi bila fikir balik kalau lepak kat rumah pun bosan jugak.Nie semua angkara terjebak dalam arena PES.Sampai kul 3 pagi baru leh tido.


Hari nie bila sampai opis jer lepas bfast, ada kawan aku ambik time off nak gi putrajaya. Nie kira berita yang menarik la bagi aku, aku pun skali ambik time off saja jer nak jejalan ke putrajaya sesambil tu leh lelapkan mata dalam keta.Balik jer dari jejalan tu baru la terasa segar sikit( macam real jer nie).


Semalam kita orang ada meeting MB bagi membincangkan isu tentang tournament yang akan datang dan jugak isu tentang annual tournament yang akan diadakan pada bulan februari tahun depan. Bestnya rasa bila dapat bertemu ngan kaum kerabat MB nie. Selesai jer meeting kita orang pun adakan sesi makan².com, semalam layan domino pizza jer memang meriah laa, tapi aku macam biasa laa memang bleh makan, tapi paling byk pun rasanya 3 slice jer mampu. Makan².com nie pun sempena nak meraikan seorang kawan kita orang yang akan berangkat ke Brunei pada hari ahad nanti. Dia dah dapat tawaran kerja yang menarik kat sana. Alhamdulillah semoga dia akan senantiasa dimurahkan rezeki. Harap² bila dah berada dinegara orang tu, takkan lupa la kepada kengkawan kat negara sendiri hehehe..


Semalam sebelum balik sempat laa kita orang fight UNO dua round, siapa yang kalah kena denda makan pizza. Memang ditakdirkan pasangan tuan rumah yang menjadi mangsa kedua² pusingan itu.Tahniah kepada mereka, semoga kecemerlangan ini akan berterusan dimasa akan datang..hehehe peace no war!!!!

2 comments:

jcmay said...

lucu betul pada huraian yang terakhir tu...nice 2 meet ur blog..

Squad85 said...

tq jcmay..kerana sudi layari blog nie