BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 24, 2008

Kecerian tak berpanjangan...

Team Kedah yang berjaya mempertahankan kejuaraan piala FA
gambar sumber dari Bernama

Assalamualaikum...
Deman bola sepak euro2008 yang melanda sudah hampir ke kemuncaknya, dah masuk peringat separuh akhir dah pun, tapi team favorite aku tak layak untuk ke pusingan seterusnya. Apapun sebab minat bolasepak nie, sure akan aku bangun jugak pepagi layan game lain. Tapi yang menceriakan aku adalah kedah berjaya ke final piala FA.

Pada malam sabtu lepas aku, taqi, bro shahril & firdaus buat gerakan ke stadium shah alam untuk menyaksikan perlawanan akhir piala FA antara Kedah vs Selangor, walaupun tiketd rm20 lebih mahal daripada biasa, aku tetap tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan nie kat stadium. Seperti sedia maklum pasukan kedah berjaya mempertahankan kejuaraan musim lepas. Tahniah buat pasukan kedah dan pengurusannya. Sebagai anak jati kedah aku rasa bangga dan bersemangat dengan segala kejayaan yang telah dicapai. Insya'allah lepas nie kedah target untuk piala malaysia plak. Semoga team kedah akan terus maju jaya..

Habis jer perlawanan malam tu, kita orang terus buat gerakan gi mengisi perut yang kelaparan, port tempat biasa la kat puchong perdana. Memang port kita orang selalu lepak lepas tengok bola kat shah alam. Akhirnya sampai rumah dah kat kul1 pagi. Terus gi lepak kat stadium astro kat rumah brader mokthar. Dengan semangat membara tengok game belanda vs rusia, dengan harapan belanda akan terus ke peringkat seterusnya dan macam kejayaan berganda la bagi aku selepas kedah menang piala FA, tapi sayangnya team favorite aku tu kalah. Tapi bila tengok game tu memang di akuilah rusia punya permainan lagi hebat berbanding belanda, team diorang memang layak untuk ke peringkat seterusnya.

Syok asyik layan bola, menyebabkan aku terbabas sampai kul berapa keesokkan harinya. Petangnya baru la buat gerakan ke opis untuk settlekan keja aku apa yang patut sebelum direview oleh boss besaq....

Tuesday, June 17, 2008

Teambuilding Course

Assalamualaikum
Salam petang selasa, cuaca kat cyberjaya petang nie ceria jer. Start minggu nie untuk project MOE masuk part amendment jaa..jd dapat la aku mengarang sket kat blog nie.

Alkisah nak cerita pada hari jumaat - ahad lepas kita orang ada team building utk team yang buat project MOE nie kat Casa Rachado Resort, Port Dickson. Kiranya bagus jugak la, asyik mengadap buat keja jer, leh la lepak rehat² sambil practisekan macam mana caranya nak berkerja dalam satu team nie.

Memang bagus aktiviti macam nie, secara tak langsung dapat jugak la aku kenal kengkawan yang lain, maklum la warga CMEAD dan UMSB yang buat project MOE semakin ramai, tu yang ada yang sampai tak kenal tu. Tapi bila dah join aktiviti nie alhamdulillah dah dpt la kenal ngan semua kengkawan.

Pelbagai kisah suka duka yang berlaku dalam menjalankan segala aktiviti yang disediakan. Dan semuanya akan senantiasa menjadi kenangan yang terindah. Harap lain kali akan ada lagi aktiviti bergini.


Monday, June 09, 2008

Sorakan Emosi

Assalamualaikum..
salam petang isnin, saja la bebosan buat keja, lepak update blog sket sempena kedatangan euro2008 nie. Bahang dah mula terasa nie. Aku macam biasa la team pilihan aku ialah Holland. Nie kira team yg aku minat dari dulu lagi, walaupun aku sokong team nie tak bermakna aku bersetuju ngan kerajaan diorang berkaitan dengan isu² panas sebelum nie.

Tuesday, June 03, 2008

Suka Duka Hari Selasa

Assalamualaikum...
Salam Petang Selasa, hari nie mood kureng sket nak buat keja, jadi rerajin la aku nak mengarang sket citer² yg berlaku.

Pepagi tadi datang ngan ceria la sebab team shincan menang piala President edisi 2008, Tahun nie ada empat team bola sepak untuk merebut piala president nie, antaranya ialah team Doraemon, Atasinci dan Kiteretsu. Rasa bangga jugak la walaupun team kita orang bukannya hebat² berlaka. Tapi berkat pengurusan yang bagus akhirnya leh jadi juara jugak. Tahniah buat semua pemain² team shincan.

Juara Piala President 2008/2009
Dari kiri : - Darnalis, Bob CITS, Pakku, Yusrin, Alim, Mie Shell, Saifullah, Ilmar, Azuwan & Shahdan.Depan duduk :- Shahrul, Shahrail, Lintau, Jaliq, Salman, Mus & aziz.Tiada dalam gambar : - Shah Student, Azman Lib, Ustaz Azam & Firdaus Lib

Pagi td dalam kul 10pagi ada meeting ngan semua team project MOE, tgh layan meeting tetiba member aku bgatau cermin keta aku pecah kena batu orang mesin rumput, aku terus buat gerakan gi ushar, skali cermin belakang bahagian penumpang yang pecah, sibbaik cermin tu, kalau cermin belakang skali mmg lagi sadiss laa mana nak cari 1.5k. Cermin tepi tu saja pun dah kat 2 ratus. Sibbaik leh claim balik, tapi tak tau la bila nak dapat. Jadi hari nie tak buat keja langsung la aku, dari tgh hari tadi terus gi tukar cermin keta baru. Balik opis melepak jer sesambil rajinkan diri mengarang blog nie hehehe...