BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 26, 2006

Aktiviti Hujung Minggu...

Assalamualaikum..

Pagi selasa nie datang jer opis ngan mission nak siapkan semua lesson sekali ngan htmlnya. So pepagi lagi laa dah buka dreamweaver buatkan html untuk semua lesson. Alhamdulillah dalam kul 11.30 tadi dah settle semuanya html. itu baru html jer laa masukkan vo ngan animation blum buat lagi..uishh sempat ka tak nie sebelum hari jumaat nie nak siapkan semua. Kalau tak siap macam mana nak balik cuti raya haji ngan aman hehehe..

Cuti hujung minggu + krismas rasanya hari sabtu jer laa rasanya bebetul cuti.Hari sabtu aku bangun awal jugak la walaupun tido dah kat kul2 pagi, maklum laa malam sabtu tu ada meeting ajk MB + membowling skali kat endah parade. habis main gi lepak kat restauran maju borak² kat kul1 baru balik.

Sabtu pagi tu mission pertama aku format pc aku yang kat rumah tu, maklum laa dah tenat sangat dah pc aku tu..rasanya virus pun penuh bermaharajalela. Sesambil format tu sempat laa aku cilok laptop si dole online internet jap untuk check negara Sampai laa mission format pc aku selesai. Pastu aku boleh sambung tido balik sampai ke senja..ishh biar betul aku niee.

Hari ahad plak bangun tido pun dah lewat,angkara layan EPL la nie lepas game manchester ada plak game chelsea, walaupun aku bukan penyokong chelsea tapi tetap layan jugak laa game diorang. Dalam kul1.30 ptg aku ngan member aku datang opis untuk siapkan keja aku yang masih berbaki 5 lesson lagi. Semua kerja tu mestilah disiapkan dalam tahun nie jugak..itulah yang boss aku bgtau masa meeting bebudak graphic haritu.

Balik dari opis jer aku ngan member aku terus gi Mines, objektif utama ialah nak layan citer cicak-man dan member aku nak ushar² hphone baru kat sana. Sampai jer gi kaunter tgv skali dah abis laa tiket filem tu, yang tinggal pun yang orang dah booking. Kita orang pun jejalan ushar hp dulu laa, pastu lagi 30 minit tayangan kita orang gi kaunter tu semula dan tanya sibbaik ada 2 tiket lg takda org ambik..jd dpt laa layan citer cicak man tu. bagi aku citer cicak man tu akan lebih menarik kalau heronya bukan apek la, kata citer superhero tp nampaknya cicakman nie lemah jerr..tp mmg respect habis dengan teknik CGI dia. cayalah filem melayu pun dah semakin maju dah skrg nie.

Hari isnin, kul11.30 pagi aku dah merempit ke opis. sampai jer ada member aku sorang kat opis tgh siapkan keja dia. Sibbaik ada dia..kira ada geng jugak la kat opis.bila petang skit baru laa meriah skit opis aku bila 2 orang lagi member aku datang buat keja jgk. lepak kat opis sampai kul 7.30mlm jer pastu terus merempit balik rumah la. baru jer kluar dari mmu dari hujan renyai² sampai jer separuh jalan skali hujan lebat la plak..tak sampai 5 minit habis lencun aku. sempat berhenti kejap ushar hphone pastu terus merempit sampai kerumah.Sibbaik hujan area
cyberjaya jer..kat area rumah aku cuaca ok.

3 comments:

Anonymous said...

Thanks for the welcome
Christmas Day falls on December 25. It is preceded by Christmas Eve on December 24, and in some countries is followed by Boxing Day on December 26. Some Eastern Orthodox Churches celebrate Christmas on January 7, which corresponds to December 25 on the Julian calendar. December 25 as a birthdate for Jesus is merely traditional, and is not thought to be his actual date of birth.Good luck!

Anonymous said...

Happy new year !-!
o:)))))

Anonymous said...

Terima kasih atas maklumat menarik