BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 12, 2008

Aktiviti di Putra Permai

Assalamualaikum..
salam petang isnin, tgh hari tadi baru jer balik dari Hospital Serdang melawat anak whosend ( Hana Humairah Binti Hussin ) yang baru jer melihat dunia semalam. Alhamdulillah bayi dan ibunya selamat. Tahniah buat whosend atas kelahiran bayi perempuannya itu, gambaq nanti aku upload kalau dapat sumbangan ehsan dari makcik mery..hehe


Alkisah nak citer sebenarnya sabtu lepas kita orang..aku, ameant dan badang gi Putra Permai untuk tolong angkat barang si fadh, katanya satu bilik kecil jer barangnya..tp bila diangkat bleh tahan jgk barangnya..hampir penuh la satu lori tu. Aku n the geng kul12.30 baru buat gerakan sampai jer tengok si syed( suami fadh) tgh berkemas apa yang patut, sebab lorinya belum sampai lagi. Sesambil melepak tu si adi plak bgtau kat rumah dia ada game monopoli, huhu apa lagi..sempat la layan sebelum lori sampai.

Dalam kul2 lebih baru lori sampai, baru la bermula aktiviti mengangkat barang, selesai jer..lepak kejap ada makan².com plak di sponser oleh Abg Long..payahh laaa...trademark dia hehe. Bila dah kenyang kita orang terus ke LRT Sg Besi untuk hantar badang, dia kena buat gerakan pulang ke Kedah, sebab kat sana ahad dah keja. Balik jer ingat nak terus balik rumah, tp sempat singgah opis dulu, transfer segala file yang patut, sempat layan pingpong 1 game baru buat gerakan pulang ke rumah.

Pastu dapat mesej dari fadh a.k.a makcik mery ucap terima kasih, pastu nak belanja kita orang plak tu..banyak duit dia nie..kata baru nak beli peti sejuk yang pintu tu ala² almari baju tuu. Tapi kalau nak belanja jugak apa salahnya..aku terima jer fadh..rezeki jangan ditolak musuh takmau cari oOOo.. peace fadh no war!!



Inilah badang, import dari kedah tu untuk angkat barang si fadh hehehe..

Saturday, May 10, 2008

Gathering x-KYPMKL

Assalamualaikum..
semalam bertempat di Village View Bangi satu gathering untuk geng² kita orang yg belajar kat ypm telah diadakan. Ini semua atas daya usaha AJ, Manja & Izan yang menganjurkan gath nie. Alhamdulillah ramai jgk kengkawan yang datang, tak kira dari kedah, perak & melaka pun sanggup turun untuk memeriahkan gath kali ini.

Dalam kul8mlm kaum kerabat dah start berkumpul dalam kul9 lebih kita orang dah berjaya memblasah makanan yang telah terhidang didepan mata..hehe..siapa yang datang lambat tu nasib laa..terpaksa laa tunggu order baru. Dah abis aktiviti makan².com..diteruskan ngan aktiviti bergambaq sekeping dua..pastu ada plak acara potong kek besday..layankan jerr..thanks Manja sponser kek..

hampir kul 11mlm kita orang buat gerakan dulu, mana geng² yang datang lambat masih lg tgh makan².com, kita orang terpaksa gerak awal utk ke percint 14 bagi acara Winning Eleven plak..heheh layan sampai kat kul2 lebih, dah menang baru leh tido ngan aman..terima kasih bebanyak kepada sponser tempat perlawanan iaitu Ameant & Alya.


Friday, May 09, 2008

Majlis Kesyukuran CMEAD

Assalamualaikum..
salam petang jumaat, alhamdulillah dalam kebizian MOE yang melanda sempat jugak kita orang mengadakan majlis kesyukuran atas segala rahmat yang telah dilimpahkan Allah pada warga CMEAD tahun nie.

Dengan pengurusan baru tahun nie..nampak lebih tulus..alhamdulillah akhirnya berjaya jugak dapat status tetap kat MMU. Jadi majlis nie sempena meraikan staff kontrak ke tetap dan jugak majlis sambut hari lahir serta sempena kehadiran staff baru yang kesemuanya adalah untuk project MOE.



Warkah

takkan lagi aku menunggu
kau hadir dalam mimpi²ku
puas aku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
begini jika tak terasa

langkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

lagu dari BAU

Disebabkan rajin mengikuti citer Sinderella, maka terjebak jgk la ngan keletah makcik mery dan kerabatnya serta jugak OST dalam citer nie.. kat sini aku letak salah satu lirik dari OSTnya.

Thursday, May 08, 2008

.

Macam sedap jer kek nie..hehe..nyumm..nyum