Salam.. Baru jer masuk opis pagi nie..maka dengan rajinnya check la mail yang leh tahan banyaknya..sekali terushar email dari pihak pengurusan..
Freeze leave application
Salam & Good Day,
Dear All, I’m sure all of you know that we have a convocation coming soon and some other project as well.Due to shortage manpower and tight schedule,we willfreeze any leave application within20 July2009 until10 August 2009.
Please make yourself available and standby if needed. For any emergency situation or case that you may need to take leave, please inform Ms Rita.Your kind co-operation and understanding is highly appreciated
Bila musim konvo datang lagi..bertambah bz laa kaum kerabat kat opis nie + keja² yang sewaktu dengannya..sibbaik laa lepas 20 julai baru cuti dibekukan..sempat la nak gi layan training man utd dulu hehehe..
Salam... "Bila yang tertulis untukku..Adalah yang terbaik untukmu" syukur alhamdulillah dengan izinNya maka permulaan bagi satu perhubungan. Ianya sangat bererti apabila mendapat restu dari kedua kaum keluarga. Semoga apa yang direncanakan akan dipermudahkan olehNya. Insya'allah kalau tiada sebarang halangan fasa berikutnya akan menyusul tak lama lagi.
Sukar untuk dimengertikan pada saat permulaannya, seorang insan yang suka membuat aku marah dan geram pada awalnya..kini dialah insan yang aku sayang, selain dari kaum keluarga aku. Betul kata orang tak kenal maka tak cinta. Mungkin inilah ketentuanNya. Aku berharap dengan keikhlasan dalam perhubungan ini akan menjadi penamat yang terindah dalam perhubungan.
Buat insan yang aku sayang terima kasih kerana menyayangi dan menerima diri aku ini seadanya. Dan terima kasih jugak dengan sifat² yang membuatkan aku buntu kekadang untuk membuat segala keputusan hehehe.
Fasa pertama
p/s: walaupun dalam mode jiwang..kepada kengkawan aku yang terpilih dalam pemilihan bowling TM Selangor jangan lupa belanja aku wehh...bola bowling tu yg hebat sebenarnya hehe..
Salam petang sabtu, baru jer balik dari lepak makan².com selepas habis acara penyampaian hadiah untuk acara sepak takraw, dart dan jugak pingpong TM Selangor. Aku macam biasa laa masuk acara sepak takraw bersama wan cakcibor dan jugak harris. Bertiga jer laa sebab last minute adi terpaksa balik kampung plak sebab ada emergency.
Dalam kul8.45pagi dah start pendaftaran, kul9 lebih baru game bermula. Awalnya hujan rahmat dah turun membasahi bumi cyberjaya nie, tapi alhamdulillah kejap saja, pastu game pun dapat dijalankan dengan penuh kelancaran dibawah panas terik mentari. Dekat kul2 baru habis gamenya. Akhirnya bagi acara sepak takraw dimenangi oleh team selangor barat tempat kedua msc dan team pj dan taqis A ( mmu) mendapat tempat ketiga. Team aku terpaksa la berpuas hati ditempat ketiga, percapaian yang sama macam tahun lepas tapi apapun tetap memberi cabaran kepada team selangor barat untuk game terakhir yang membolehkan mereka beraksi pada perlawanan akhir. Bagi aku team kita orang yang baru dibentuk nie boleh pergi lebih jauh. nie baru 1st time kombinasi kita org bertiga untuk tournament takraw. Insya'allah leh kekalkan team nie untuk project 2010 intercampus tahun depan kalau tiada aral menghalang haha.
p/s: sempena hari bapa hari nie..aku ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada bapa aku iaitu ku ibrahim ku ahmad dan jugak seluruh bapa² dimuka bumi ini.
Salam, Selepas cerita kekasihku seru kini Kabir Bhatia kembali lagi dengan satu drama yang agak menarik pada pandangan aku iaitu " Nur Kasih". Bersiaran setiap hari jumaat kul9mlm.
Pengarah: Kabir Bhatia (Kekasihku Seru, Sepi, Cinta) Penulis Skrip: Mira Mustaffa (Cinta) Lagu Tema: Nur Kasih - Yasin & Eena Houzyana
Pelakon: Fizz Fairuz as Aidil Remy Ishaq As Adam Tiz Zaqyah Razak as Nur Amina Sharifah Sofea as Katrina Jalaluddin Hassan as Ustaz Hassan Liza Othman as Hajah Khadijah Umi Nazeera as Siti Sarah Sheila Mambo as Mak Ani Rahim Omar as Imam Abu Bakar Ayu Raudhah as Aliya
Sinopsis: Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.
Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.
Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.
Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.
Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?
Salam.. Alhamdulillah kenyang sudah...hari nie lunch kat KFC Jusco, di sponser oleh abe uzin. Entah apa la yang dimimpi oleh abe uzin semalam haha.. Ameant dapat 2 autobot, kiranya tido lena la dia malam nie. Adi plak leh tapau air pepsi lagi bawa balik huhu..
Ok kengkawan semua ucapankan terima kasih yaaa kepada abe uzin...sebut sesama " Terima Kasih Abe Uzin" - cilok sket dialog ala² macam dalam citer bujang lapuk. Esok ada lagi ka blanja makan².com? haha... i followwwww..
Assalamualaikum.. malam nie takda apa² plan..lepak kat bilik saja laa, bulan nie macam² hal betul yang berlaku. Badan letih , otak pun letih. Kalau dapat balik kampung jumpa kaum keluarga lega rasanya nie. Tapi biasa laa mana ada kehidupan yang tak bermasalah hehe..apapun hadap jer laa. Kekadang aku pun kompius dengan tindakan yang aku buat..pada tahap normal memang tak wajar..apasal tah aku jadi macam nie..mungkin nie sisi gelap aku yang satu lagi kot..hehehe.
Dah letih layan mafia war kat tagged..layan tengok tv plak laa..pastu ZZzzzzzz....
Salam.. malam nie dapat msg dari det, kawan aku dari johor " zam mlm ni bola ada info tak.amir dah takda emm".
Malam nie kedah bertemu dengan negeri sembilan kat SDA, slalunya kalau game kat kedah, arwah amir lah yang selalu aku contact untuk tahu keputusan perlawanan. Tapi sekarang nie susah sket laa. kalau berapa depan pc senang laa..kalau ada luar kawasan mmg terpaksa tunggu esok hari la baru dpt tau keputusan. memang masih terasa kehilangan...
Salam malam sabtu. Aku baru jer sampai kat bumi cyberjaya nie dari UTP Tronoh. Penat masih terasa lagi, letih sebab leh tahan jugak perjalanan petang tadi. Tahun nie giliran Universiti Petronas menjadi tuan rumah untuk sukan GLU nie yang hanya melibatkan 5 acara sahaja iaitu bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton dan jugak bowling. MMU menghantar sebanyak 60 atlet dan 20 pengiring untuk sukan nie. Tapi tahun nie agak malang bagi kontijen MMU kerana gagal mempertahankan kejuaran kseluruhan tahun lepas ditangan UNITEN.
Kita orang buat gerakan dari MMU Cyberjaya dalam kul8 bagi dengan 2 buah bas dan 1 van, 1 bas untuk MMU cyber dan 1 untuk MMU melaka. Kita orang sampai UTP dalam kul1. Dalam kul3 petang baru bermula acara perasmian. Dalam kul5.30 petang baru bermulanya acara badminton, bola sepak dan bola jaring. Acara bowlingnya plak sebelah malam, bermain kat Ipoh Parade. Aku wakil mmu main bowling tapi malam tu serba tak menjadi plak..hancuss game aku. Adoiyaii..gagal plak misi aku dan kengkawan bowling yang lain kali nie untuk meyumbang mata kepada mmu. Memang aku akuilah kegagalan aku yang tak bermain baekk untuk malam semalam. Tak pernah main tak menjadi sampai macam tu skali, insya'allah jika terpilih lagi tahun depan akan buat yang terbaekk..maklum laa tahun depan mmu akan jadi tuan rumah plak. Apapun memang best laa dapat wakil mmu untuk GLU nie.. memang dapat mengeratkan lagi siratulrahim antara staff cyber dan melaka jugak dari universiti lain yang terlibat.
Hari ahad pagi plak bermula acara bola tampar pastu diikuti oleh bola jaring, badminton dan bola sepak. Semua acara habis dalam kul12 lebih. Balik lepak kat bilik sebelum gi ke acara penutup. Tengah lepak ngan kengkawan aku..skali dapat call dari kawan aku dari kampung bagi tahu yang sahabat baik kita orang meninggal dunia disebabkan eksiden kat Kulim. Ya Allah tergejut, sedih semua ada time tu. Tapi dah sampai ajalnya terpaksa la redha. Sempat la aku call sabahat yang lain bgtau apa yang terjadi. Semoga sahabat aku, amir bersemadi dengan aman disana dan ditempatkan bersama orang² yang beriman. Dalam perjalanan balik asyik teringat jer kat member aku nie..jadi cara senang aku tido jer laa lupa la kejap. Dalam kul7 mlm kita orang dah selamat sampai kat cyberjaya.
Malamnya mak aku call plak untuk inform yang kawan aku nie dah meninggal, tapi aku bagitau yang dah ada kawan yang bgtau. Aku kehilangan seorang sahabat dan jugak die hard fan kedah.
Assalamualaikum.. Dah lama rasanya aku tak update blog nie, disebabkan ada benda yang nak ceritakan jadi leh la update kat blog nie.
Sabtu petang yang lepas aku, adi dan familynya bergerak ke Taiping untuk menghadiri kenduri kahwin sahabat baekk kita orang iaitu brader efry dan jugak wanie. Plan awal nak naik keta aku, skali ubah plan plak naik keta adi, jadi adi suruh aku jadi drebar dulu nanti leh tukar kat tgh highway katanya, skali punya best naik keta kia leh sampai terus ke tepeng hahaha..sampai tepeng dah kat kul8 mlm, call brader efry suruh ambik kat tol tepeng selatan. Sekali dia datang ngan kaum kerabat yang lain, terus gi lepak kat rumah dia. Pastu aku call brader taqi suruh datang rumah efry ada makan².com. Abis makan².com lepak kat kul11 lebih baru buat gerakan ke tempat penginapan, thanks pada pengantin sponser penginapan untuk kita orang. Aku, mizi dan mamu pergi hantar barang jer pastu terus datang semula ke rumah efry. Kita orang lepak kat kul1 lebih baru buat gerakan pulang.
Esoknya tengah best² layan tido, si efry dah datang ke bilik, pastu ajak gi tepeng sentral nak cari ayam golek huhu layankan jer laa. Dalam kul12 kita orang buat gerakan ke rumah efry. Yang bestnya kali nie pengantin bawa keta sendiri tu..siap bawa kengkawan plak tu..sempoi tak ingat. Dah sampai, skali kena tunggu orang kompang plak tak sampai lagi..sempat la lepak².com dulu. dalam kul12.30 pengantin dah start berarak. Memang nampak berseri pengantin mengenakan baju pengantin songket kelabu.
Lepas jer sesi bergambaq bersama pengantin, dalam kul4 lebih..aku, mizi, adi dan family buat gerakan ke Kuala Sepetang bersama brader taqi dan jugak imam family. Plannya nak pekena mee udang mak teh, skali dah macam rumah kenduri jer kedai makteh terus kita orang gi lepak makan mee udang kat kedai mak jah. Kira ok jugak laa..janji dapat layan mee udang. Settle jer makan².com kita orang terus buat gerakan pulang ke KL. Highway memang sedia maklum laa memang sesak tak ingat, maklum la time cuti sekolah. Kita orang sampai seri kembangan dalam kul12 malam..huhu letih leh tahan jugak walaupun aku tak drive hehe.
Assalamualaikum.. Sempena hari guru hari nie, aku ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu² yang mengajar aku semasa di sekolah rendah, sekolah menengah dan semasa aku dikolej dulu. Alhamdulillah dengan berkat tunjuk ajar dan keikhlasan ilmu dari kalian semua aku dah berjaya sampai ke tahap sekarang. Syukur sesangat dengan apa yang aku ada sekarang.
Buat kengkawan aku yang memilih kerjaya sebagai cikgu, aku doakan korang akan menjadi cikgu terbaik untuk mendidik anak bangsa kita. jangan ajar benda yang bukan² sudah hehehe..peace no war.