BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 14, 2009

Tournament Bowling MESRA

Assalamualaikum..
Semalam ada tournament bowling anjuran staffclub a.k.a MESRA, aku ngan kengkawan MPU yang lain pun menjoinkan diri, maklum laa main free sapa yg taknak join, tapi bilangan pemain agak terhad la kepada 40 permain jer. Kalau dapat lagi ramai penyertaan mesti lagi meriah. tapi apapun tahniah la kepada penganjur. Harap lepas nie dapat buat yang lebih baik dari semalam.

Alhamdulillah semalam aku berjaya dapat tempat kedua, gagal mempertahankan kejuaraan tahun lepas. Agak tak menjadi game semalam, susah nak dapat step sebab satu lane 4 org. Tapi kira oklah tu...maklumlah tahun nie aku agak slow sket dalam aktiviti membowling nie, jadi bila kurang latihan tu macam mana nak perform hehehe..

Bila difikirkan balik tahun nie semua aktiviti kelab MESRA yang aku masuk, hanya tempat kedua jer semua aku dapat dari takraw, futsal dan bowling. Takda kilauan emas langsung tahun nie. Mungkin lepas nie leh tingkatkan lagi prestasi untuk join sukan InterCampus plak.