BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 31, 2007

Suka Duka 2007

Assalamualaikum..
Salam pagi isnin terakhir pada tahun 2007, esok bermulalah lagi satu dimensi baru dengan bermulanya tahun 2008. Semoga tahun 2008 akan lebih membawa erti dalam kehidupan kita semua.

Alhamdulillah, tahun nie byk jugak kenangan manisnya dlm hidup aku, awal tahun aku mendapat awek baru walaupun bersusah payah sebelumnya..dapat jugak memilikinya hehe. Insya'allah akan aku jaga kurnian tuhan kepada aku sebaiknya.
Aku bersyukur jugak kerana khidmat aku masih lagi diperlukan di MMU, jadi dapat la aku meneruskan hidup dengan pengurusan seperti tahun sebelumnya walaupun dah meningkat beban tanggungan aku.
Tahun nie jugak aku memulakan satu langkah baru baik menaik tarafkan hidup dan kemahiran aku dalam menceburi bidang baru. Semoga bidang baru nie akan berjaya.
Setiap kehidupan tak semestinya kita senantiasa gembira..pasti setiap orang akan merasai kesedihan dan sebagainya..itulah kehidupan bagi aku laa. Aku pun takleh lari dari kesedihan yang melanda aku dan jugak orang² yang aku sayangi. Tapi apapun terjadi aku kena redha, mungkin ini dugaan Allah kepada aku dan jugak orang² yang aku sayangi.
Tapi tahun 2007 lah dugaan yang maha hebat dalam hidup aku, alhamdulillah, aku masih lagi mempunyai kekuatan dan semangat menghadapi dugaan dariNya..tapi segala kekuatan dan semangat ini semua pasti datang jua dariNya. Bersyukur jugak aku diberi kesihatan yang baik dalam kehidupan aku pada tahun nie, begitu jugak dengan orang² yang aku sayangi.
Itulah sukaduka tahun 2007 pelbagai kenangan terindah dan sebaliknya. Insya'allah kalau dipanjangkan umur akan bertemu lagi ditahun 2008.

1 comments:

mama_yang_cool said...

huhu.. kacak aaa gambo.. leh jual ni.. sure laku!