BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 18, 2007

Cyberjaya - Keramat - Shah Alam

Assalamualaikum..
salam petang isnin, hari nie macam malas jer nak dtg keja, tp sibbaik la rmh aku dekat ja ngan opis, selamber kat kul8.40 baru masuk opis. Niat awal macam nak ambik halfday ja, Tapi macam tak best plak..datang jer la keja.
Weekend lepas dipenuhi ngan pelbagai aktiviti, hari sabtu kehidupan bermula pada pukul 3ptg. Lepas bersiap semua aku ngan kawan aku gi tgk kawan kita org masuk tournament badminton anjuran staff cluB MMU. Kita orang nak join tak bleh disebabkan kita orang bukanlah ahli kelab yg berdaftar.Habis jer semua game aku buat gerakan blk ke rumah sementara member aku jejalan.com ke serdang. Sebelah malam plak tepat kul8.40 malam aku buat gerakan ke Taman Equine, agenda pada malam itu ialah berjumpaan tertutup bebudak MHCC zon 4 kat Restauran Alif.Pada mulanya ingatkan tak ramai yang datang, tp bila jam dah melewati kul9 lebih semakin ramai yang datang, yang semakin mengkompiuskan aku bila bebudak dari zon lain pun ada jugak kebanyakkannya EC² zon kat central region. Bila dah ramai berkumpul baru la aku tahu yang malam tu si Puteri PA kepada YB Din kat MHCC ada buat kenduri doa selamat kat rumahnya, patutla buat TT tertutup utk bebudak zon 4 jer.

Alhamdulillah rezeki betul malam tu kami dihidangkan dengan nasi ayam..dah blasah sampai kenyang tetiba Din bawa keluar tempat BBQ ngan segala jenis bahan yg siap sedia utk dijadikan BBQ. Pehhh..kul10 lebih baru nak buat BBQ kul berapa la baru leh balik nie. Lepas settle jer upacara BBQ bebudak MHCC buat gerakan pulang dalam kul 1.40pagi. Sekali skala layan BBQ pun best jugak.

Esoknya, hari ahad pepagi lagi member aku dah call plan untuk ke rumah kenduri sorang budak MB iaitu si Adifaza kat keramat, awalnya semua 7 org geng² MB berkumpul kat Taman Segar, pastu terus buat gerakan ke Keramat, bertemu ngan 3 orang lain geng MB yang lain.Pastu baru la gi ke rumah kenduri Adifaza.

Balik dari kenduri singgah sebentar kat rmh adik kawan aku kat setiawangsa, pastu terus buat gerakan ke Kota Kemuning opis member aku. Lepak² tido sepam dua, dalam kul 7 lebih baru buat gerakan ke Stadium Melawati Shah Alam untuk layan konsert akhir Ganstarz ngan kengkawan MB. Kita orang layan tak sampai habis pun konsert tu sebab member aku ada hal plak, dia nak ambik keta member dia kat rumah boss dia kat Kota Kemuning.Skali objektif tak tercapai keta tu tak dapat dihidupkan atas masalah² tertentu. Akhirnya kita orang gi lepak mkn².com kat Restauran Ameer Ehsan kat Kota Kemuning. Settle jer terus hantar member aku kat opis dia terus buat gerakan pulang ke Cyberjaya dalam kul 12.40pagi baru sampai kat MMU. Letih seharian terus tido..walaupun tak terlena :D







2 comments:

pn sato said...

manyak betoi kelab forum hang layan noo... hehe..

Squad85 said...

hahaa..join kelab forum yg berkaitan jaa :)