BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 28, 2009

Alkisah cuti² sempena CNY

Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari nie dah start masuk keja balik selepas bercuti sempena CNY di kampung halaman. Semalam balik ke KL terpaksa mengadap kesesakan yang tak ingat, tapi sibbaik la aku balik ngan Jelita Transtour hehe..asyik bangun tido..bangun tido tak sampai² KL lagi. Naik bas dari Changlun pukul1.30 tgh hari sampai KL pukul11.15mlm. Sampai jer Puduraya terus bergegas ke station LRT Plaza Rakyat sibbaik sempat naik last train kul11.30 ke Sg Besi, pastu mcm biasa la kacau la kawan aku si dole ambik aku hantar ke Cyberjaya.

Sempena dengan cuti CNY nie memang penuh la aktiviti aku kat kampung, kebanyakkannya aktiviti menghadiri majlis kenduri perkahwinan la. Hari sabtu jadi driver bawa mak & ayah aku gi kenduri kat Alor Setar. Selesai majlis terus buat gerakan ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar lawat anak jiran kat ICU akibat kemalangan motor, Terpaksa beratur panjang nak lawat sebab ramai jiran tetangga yang datang, maklum la kat ICU hanya dibenarkan 2 org jer masuk lawat dalam satu masa. Hari ahad plak, family aku, family mak ngah aku dan family paklang aku gi berkelah kat Gua Kelam, pastu jejalan sambil menghabiskan duit kat Padang Besaq..aku lepak kat keta jer laa sesak gilos dengan manusia, nak parking keta pun susah, lepas tu buat gerakan ke Tasik Melati plak lepak reramai kat situ sesambil habiskan bekalan makanan yang masih ada. Keesokan harinya plak jadi driver lagi bawa mak & ayah aku gi kenduri kahwin, tapi hari nie ada 3 jemputan yang wajib pergi, awalnya gi majlis area Kodiang diikuti Megat Dewa pastu baru la gi ke Alor Setar.

Hari selasa, pepagi lagi dah bangun tolong mak aku kopek kulit jagung pastu mesin buah nyior untuk buat bubur asyura, kiranya nie aktiviti wajib jugak la setiap tahun buat bubur asyura secara reramai bersama jiran. 5 orang jiran aku yang join jadi 1 kawah besaq jugak laa buat. Aku tolong part awal saja part nak mengacau bubur tu memang aku malaih..jadi aku lepak dlm rumah layan tengok tv pastu kemaih barang untuk balik KL.

Pic dengan kaum kerabat semasa kat Gua Kelam dan Tasik Melati Perlis