BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, May 09, 2008

Majlis Kesyukuran CMEAD

Assalamualaikum..
salam petang jumaat, alhamdulillah dalam kebizian MOE yang melanda sempat jugak kita orang mengadakan majlis kesyukuran atas segala rahmat yang telah dilimpahkan Allah pada warga CMEAD tahun nie.

Dengan pengurusan baru tahun nie..nampak lebih tulus..alhamdulillah akhirnya berjaya jugak dapat status tetap kat MMU. Jadi majlis nie sempena meraikan staff kontrak ke tetap dan jugak majlis sambut hari lahir serta sempena kehadiran staff baru yang kesemuanya adalah untuk project MOE.



Warkah

takkan lagi aku menunggu
kau hadir dalam mimpi²ku
puas aku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
begini jika tak terasa

langkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

lagu dari BAU

Disebabkan rajin mengikuti citer Sinderella, maka terjebak jgk la ngan keletah makcik mery dan kerabatnya serta jugak OST dalam citer nie.. kat sini aku letak salah satu lirik dari OSTnya.

Thursday, May 08, 2008

.

Macam sedap jer kek nie..hehe..nyumm..nyum

Monday, March 31, 2008

MMU Alumni Open Bowling Tournament

Assalamualaikum..
Pada sabtu lepas berlangsung satu tournament bowling kat The Mines anjuran MMU Alumni, aku dengan kengkawan yang lain pun menjoinkan diri bagi memeriahkan lagi tournament nie.

Team kita orang dinamakan "Sup Sayur" memang tak harap sangat pun la kemenangan, maklum la main kat The Mines, lane kat sini kurang best sket bagi aku. Tapi syukur alhamdulillah team sup sayur yang terdiri dari aku, whosend, ameant & ady berjaya jugak dapat tempat kedua. Dengan kemenangan tempat kedua nie dapat la balik modal dan duit makan².com sikit.
ermm dalam tak suka main kat The Mines ..13hb nanti membowling lagi kat sana..sempena MB Double Tournament plak..anjuran malaysianbowlers.com. Jadi pada sesiapa yang berminat nak join layarilah website http://www.malaysianbowlers.com/.

Team Sup Sayur

Friday, March 28, 2008

Hanya Kau Yang Mampu

Ku cuba redakan relung hati,
Bayangmu yang berlalu pergi,
Terlukis di dalam kenangan,
Bebas bermain di hatiku….

Cerita tentang masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku,
Kini tinggal hanya kenangan,
Kau abadi di dalam hatiku….

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku,
Kini tinggal hanya kenangan,
Kau abadi di dalam hatiku….

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh…
Aku cinta oooooooo…

lagu nyanyian Aizat

Wednesday, March 26, 2008

Kehilangan Seorang Sahabat MHCC

Assalamualaikum..
salam pagi rabu, hari nie lepas masuk opis..masuk jer forum mhcc dapat info yg menyedihkan iaitu seorang member dari zon 1 central telah kembali keramatullah disebabkan kemalangan jalan raya pada pukul 2 pagi semalam kat MRR2 berhampiran dengan zoo negara.

Kemalangan nie melibatkan 4 orang dalam kereta iaitu Aqasha,Iran,Arip & faiz, kesemuanya member mhcc. Iran & Arip dilaporkan berada di icu tapi dalam keadaan stabil dan faiz dah keluar dari hospital. Sahabat yang meninggal ialah Aqasha, memag slalu jumpa kalau aku turun TT, pernah lepak borak², dari cara percakapan memang bagus orangnya..walaupun tak rapat, sebagai seorang kawan dalam kelab nie terasa jugak akan kehilangannya.

Disini aku ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Aqasha, semoga rohnya ditempatkan bersama orang² yang beriman. Kepada iran dan arip semoga cepat sembuh.

kenangan suatu ketika dahulu tt kat shah alam


Arwah Aqasha

Monday, March 24, 2008

Autoshow Seroja Impact & Makan².com R&K Setiawangsa

Assalamualaikum...
salam pagi isnin, hari nie relax sket la..walaupun storyboard masih byk atas meja. Maklum la dateline pada hari jumaat nie nak kena submit.

Hari sabtu lepas seawal jam 8.40pagi dah sampai kat esso seksyen 7 Shah Alam..tempat berkumpul menanti ahli² MHCC dari zon lain datang, sempat la lepak bfast dulu kat restauran berdekatan dengan esso tersebut. Agenda utamanya ialah untuk join team MHCC gi lepak².com kat autoshow anjuran "Seroja Impact".Kiranya kehadiran team MHCC nie dapat la memeriahkan lagi karnival yang dianjurkan ini.Bebudak MHCC nie bukannya berbakat dalam arena drag & driff jer...bahkan berbakat jugak dlm karaoke..cayalah wakil MHCC dpt jugak tempat ke 3...kira oklah tu..berani menyahut cabaran, dapat jugak hadiah & wang buat duit minyak keta.

Dalam kul2 lebih selepas sesi memberi hadiah selesai jer hujan plak turun dengan lebat tak ingat..adus mcm mana la aku nak buat gerakan, maklum la sebelah petangnya aku ada agenda lain plak. Setelah tunggu hujan berhenti..tak berhenti² jugak jadi kesimpulannya terpaksa la buat gerakan jugak dalam keadaan hujan. Balik sampai Cyberjaya..awan baru jer nak menangis. Sempat la rehat dalam 1-2jam.


Dalam kul5.20ptg aku buat gerakan ke Pandan Jaya untuk ambik member KOL, agendanya adalah utk gi celebrate besday seorang warga KOL(org yg open table).Takkan nak pergi ngan tangan kosong jer, jadi kita orang pun jejalan la cari kedai kek kat area Ampang. Kita orang sampai jer dah kul8 lebih, ramai jugak la kengkawan warga KOL nie yang datang, memang meriah dan makanannya jangan cakap laa..memang tak larat nak abiskan semua makanan.

Selesai jer aktiviti dalam kul 10.30, buat gerakan pulang, drop member KOL kat Shell Pandan n sampai rumah dalam kul 11.40 sempat la ushar kejap citer cerekarama kat TV3 tu..Insaf la kejap tgk citernya..Letih punya pasal..terus tido lepas tuu ZZZzzzz..


Wednesday, March 19, 2008

Rayondainese

Assalamualaikum...
Salam petang rabu, keja banyak nie..hari jumaat nanti kena submit. Sesambil tu sempat la jugak layan youtube. Sekali layan member opis aku nyer group, bleh tahan jugak diorangnyer persembahan. Kat bawah nie aku letak salah satu video diorang kat youtube, kalau nak tengok yang lain tu gi jer kat link gerbang muzik pilihan.

Tuesday, March 18, 2008

Syoknya picnic bersama kaum keluarga CMEAD

Assalamualaikum...
Alhamdulillah pada sabtu lepas kita orang memember cmead gi berpicnic kat impian rimba resort kat pangsoon. Aktiviti nie bertujuan untuk merehatkan badan dan minda sebelum bermulanya projek MOE.

Kita orang buat gerakan ke destinasi picnic dari opis dalam kul9pagi, berkonvoi sebanyak 5 buah kereta. Best jugak konvoi reramai sekali sekala. lagi 2 buah kereta diorang buat gerakan sendiri. Sampai jer kat impian rimba tu kita orang terus ke port wakaf C memang dah booking dari awal lagi, pastu gi berjumpa ngan pakcik yg uruskan tempat tersebut dan ambik arang untuk aktiviti bbq. Selepas aktiviti bbq, diteruskan pulak ngan aktiviti mandi manda. Yang bestnya siap bleh ada pertandingan menyahut cabaran bang bang bomm lg tuu..hehehe

Selepas aktviti mandi manda kita orang buat aktiviti menghabiskan kerang bakar dan jagung bakar..maklum la dah lepas mandi tu..semuanya rasa sedap jer untuk melantak. Sebelum balik aktiviti potong kek oleh wawa sempena besdaynya pada esok harinya.

Balik jer terus lepak kat opis dalam kul6 ptg baru buat gerakan gi hantar member aku kat putra permai, pastu balik dalam keadaan badan yang keletihan tp tak bleh nak tido sebab kul11malam ada game man utd. Sibbaik menang walaupun 1-0 hehehe, kalau tak sia² jer tgk dalam keadaan kemengantukkan.

Friday, February 29, 2008

4 thn sekali

Assalamualaikum...
Lama betui aku tak mengupdate blog..kebizian sket semenjak kebelakangan nie..tahun nie merupakan tahun lompat..bertuah sapa yg lahir 29hb februari ..muda sentiasa.

Semalam staff club MMU ada menganjurkan bowling tournament..main dalam format double. Aku partner ngan member seopis aku iaitu tante keh. Memang tak disangka bleh menang plak, dapat balik modal hehehe..maklum laa ekonomi skrg nie tak berapa memberangsangkan. Tournament tersebut berlangsung kat Alamanda. Alhamdulillah memang rezeki tak diduga betui la, maklum la selama nie aku main kat Alamanda tak berapa menjadi, tapi malam semalam menjadi plak leh cecah jugak 2++ jatuhan pin.

Jadi hari nie datang opis bawa la sedikit hamper makanan ringan hasil kemenangan aku semalam untuk dikongsi bersama kengkawan.



p/s: Gambar ehsan dari en Haslizan Long