BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 24, 2008

Autoshow Seroja Impact & Makan².com R&K Setiawangsa

Assalamualaikum...
salam pagi isnin, hari nie relax sket la..walaupun storyboard masih byk atas meja. Maklum la dateline pada hari jumaat nie nak kena submit.

Hari sabtu lepas seawal jam 8.40pagi dah sampai kat esso seksyen 7 Shah Alam..tempat berkumpul menanti ahli² MHCC dari zon lain datang, sempat la lepak bfast dulu kat restauran berdekatan dengan esso tersebut. Agenda utamanya ialah untuk join team MHCC gi lepak².com kat autoshow anjuran "Seroja Impact".Kiranya kehadiran team MHCC nie dapat la memeriahkan lagi karnival yang dianjurkan ini.Bebudak MHCC nie bukannya berbakat dalam arena drag & driff jer...bahkan berbakat jugak dlm karaoke..cayalah wakil MHCC dpt jugak tempat ke 3...kira oklah tu..berani menyahut cabaran, dapat jugak hadiah & wang buat duit minyak keta.

Dalam kul2 lebih selepas sesi memberi hadiah selesai jer hujan plak turun dengan lebat tak ingat..adus mcm mana la aku nak buat gerakan, maklum la sebelah petangnya aku ada agenda lain plak. Setelah tunggu hujan berhenti..tak berhenti² jugak jadi kesimpulannya terpaksa la buat gerakan jugak dalam keadaan hujan. Balik sampai Cyberjaya..awan baru jer nak menangis. Sempat la rehat dalam 1-2jam.


Dalam kul5.20ptg aku buat gerakan ke Pandan Jaya untuk ambik member KOL, agendanya adalah utk gi celebrate besday seorang warga KOL(org yg open table).Takkan nak pergi ngan tangan kosong jer, jadi kita orang pun jejalan la cari kedai kek kat area Ampang. Kita orang sampai jer dah kul8 lebih, ramai jugak la kengkawan warga KOL nie yang datang, memang meriah dan makanannya jangan cakap laa..memang tak larat nak abiskan semua makanan.

Selesai jer aktiviti dalam kul 10.30, buat gerakan pulang, drop member KOL kat Shell Pandan n sampai rumah dalam kul 11.40 sempat la ushar kejap citer cerekarama kat TV3 tu..Insaf la kejap tgk citernya..Letih punya pasal..terus tido lepas tuu ZZZzzzz..


0 comments: