BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 18, 2008

Syoknya picnic bersama kaum keluarga CMEAD

Assalamualaikum...
Alhamdulillah pada sabtu lepas kita orang memember cmead gi berpicnic kat impian rimba resort kat pangsoon. Aktiviti nie bertujuan untuk merehatkan badan dan minda sebelum bermulanya projek MOE.

Kita orang buat gerakan ke destinasi picnic dari opis dalam kul9pagi, berkonvoi sebanyak 5 buah kereta. Best jugak konvoi reramai sekali sekala. lagi 2 buah kereta diorang buat gerakan sendiri. Sampai jer kat impian rimba tu kita orang terus ke port wakaf C memang dah booking dari awal lagi, pastu gi berjumpa ngan pakcik yg uruskan tempat tersebut dan ambik arang untuk aktiviti bbq. Selepas aktiviti bbq, diteruskan pulak ngan aktiviti mandi manda. Yang bestnya siap bleh ada pertandingan menyahut cabaran bang bang bomm lg tuu..hehehe

Selepas aktviti mandi manda kita orang buat aktiviti menghabiskan kerang bakar dan jagung bakar..maklum la dah lepas mandi tu..semuanya rasa sedap jer untuk melantak. Sebelum balik aktiviti potong kek oleh wawa sempena besdaynya pada esok harinya.

Balik jer terus lepak kat opis dalam kul6 ptg baru buat gerakan gi hantar member aku kat putra permai, pastu balik dalam keadaan badan yang keletihan tp tak bleh nak tido sebab kul11malam ada game man utd. Sibbaik menang walaupun 1-0 hehehe, kalau tak sia² jer tgk dalam keadaan kemengantukkan.

0 comments: