BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 24, 2006

Dah Raya...

Alhamdulillah, sedar tak sedar..semua umat islam dah sambut raya hari nie.Syahdu jer rasa pagi nie bila dengar takbir raya kat tv. Raya kat kampung memang best la,malam raya jer memang riuh rendah dengan bunyi mercunnya.

Aku aktiviti malam raya macam biasa, keluar gi jejalan cari pasal kat pekan jitra ngan kengkawan aku, ramai betul manusia kat pekan jitra..biasala orang selalunya shopping last minute. Semalam aku keluar gi cari kek pisang saja, itupun sebab mak aku dah pesan. Setiap tahun kira kek wajib la aku beli time malam raya.

lepak punya lepak sedar tak sedar dah kul1 pagi, terus buat gerakan balik ke rumah, disebabkan tak mengantuk ingat nak la online internet kejap, skali line phone rumah aku problem plak.Memang nak suruh aku tido awal laa tu hehehe..

Pagi nie nyer aktiviti lepas sembahyang raya, gi beraya rumah kaum kerabat aku, tawaf satu felda, nanti petang baru gi beraya kat rumat tok aku kat jitra. Harap² cuaca baik la hari nie, maklum la semenjak aku balik kampung , boleh dikatakan setiap hari hujan kat sini, ada kawasan siap banjir lagi. Kesian aku tengok diorang dah laa terpaksa sambut raya dalam banjir.

0 comments: