Assalamualaikum...
pagi nie mengantuk betul rasanya..tido tak sampai 2jam nie angkara weekend terlebih tido laa nie..last sekali tak leh tido lak time malam.Tapi weekend hari tu memang banyak jugak la aktiviti dilakukan.
Pada hari sabtu lepas lepas sahur tak leh tido..kul8 pagi baru nak leh tido sekali kawan aku plak balik time tu, aku plak dah baik punya cilok tempat tido dia, skali terpaksa laa gi buat perhitungan kat ps2, siapa menang 2 games Winning Eleven, dialah yang dapat tido kat situ..Tapi biasalah, bila dah mengadap ps2 nie memang melalaikan dah habis 2 games sambung lagi dan lagi..last skali dah sampai kul 2 petang.Pastu semangat nak tido dah takda. Petangnya aku ngan kengkawan Malaysianbowlers.com ada majlis berbuka puasa kat Kelab Golf Bukit Jalil.Best la dapat buka posa reramai nie.Selesai jer majlis berbuka posa aku join member MB.com yang nak main bowling kat Endah Parade, ngan tak bawa kelengkapan bowling selamber main jugak 5 games. Habis main bowling lepak minum².Akhirnya sampai rumah dah kul1.30pagi.
Hari ahad dari pagi sampai ke petang lepak kat rumah tido layan tgk tv pastu tido balik ehhehe..kul6.40 petang aku ngan geng² rumah gerak gi JJ Putra permai, plan nak berbuka kat pizza hut, member kita orang nak open table sempena besday dia..rezeki takkan nak tolak kot hehe..skali dah sampai semua tempat penuh jadi gi laa beli kitkat ngan lipton green tea untuk berbuka.Pastu jejalan dulu ushar² barang, dekat kul8 baru laa dapat tempat duduk kat pizza hut, maka selamat la kami menjamu selera di pizza hut.
Selesai jer makan terus ke agenda seterusnya gi Mines plak, plan nak shopping barang raya sikit ngan main bowling kat sana. Sampai jer Mines gi la jejalan cari barang untuk raya, skali semuanya tak penuhi piawaian yang nak dibeli. Jadi planya kena turun KL jugak la untuk shopping raya, banyak sikit pilihannya. Pastu gi laa layan bowling 3 games. settle jer main balik lepak kat esso sampai tutup pastu gi lepak makan² kat restauran al firdausi. Pastu layan tgk tv sampai ke pagi sebab tak leh tido.itulah antara aktiviti dihujung minggu.
0 comments:
Post a Comment