BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 28, 2006

Jejalan Berhari Raya

Dah seminggu melepak kat rumah, kejap jer rasa. Sempena sambut raya nie setiap hari keja jejalan gi beraya jer laa kejanya, start dari hari pertama raya sampai la ke hari nie dah hari kelima raya..Memang best, dapat jumpa ramai saudara mara dan banyak jugak habis duitnya..hehehe

Hari pertama raya
pagi jejalan beraya ke rumah jiran dan jugak kengkawan satu kampung. Sebelah petang gi beraya rumah tok kat Tunjang sampai malam.

Hari kedua raya
sekeluarga pergi menziarahi pusara tok dan tokwan,gi beraya rumah tok saudara dan saudara mara kat Kuala Sungai, pastu terus ke rumah tok saudara di Kuala Kedah sebelah petangnya. Balik dari situ terus gi beraya rumah tokwa kat jalan Langgar,sampai rumah dah kat kul 9 malam.

Hari ketiga raya
Petang gi jemputan kahwin anak saurada jiran kat area Kodiang, pastu terus gi beraya rumah tok saudara kat situ, balik dari situ terus gi tumah tok kat Tunjang. Balik dari rumah tok singgah beraya rumah paklang kat kg Termalang.

Hari keempat raya
pagi gi pekan Jitra ngan mak dan adik, gi mencari barang² keperluan sikit. Petang tunggu member dari KL datang, sampai Changlun terus gi jemput dia.Hari nie saudara mara yang datang beraya kat rumah aku hehe..turn diorang la plak.

Hari kelima raya
hari paling letih hehehe, aku bawa kawan aku dari KL gi beraya rumah kawan mak ayah dia kat
jln Kuala Kedah, pastu terus gi beraya rumah kawan dia kat area Yan balik tu singgah rumah kawan dia kat area Kuala Kedah plak, kul5 terus balik rumah aku, sebab nak hantar adik aku ke ILP Jitra.Pastu terus gi shahab perdana jemput member aku lagi sorang yg baru sampai dari KL. Lepas jemput member, kita orang terus gi Pekan Rabu sebab member aku nak gi membeli buah tangan untuk dibawa balik ke Klang.Samapi rumah dah kat kul9..

Tuesday, October 24, 2006

Dah Raya...

Alhamdulillah, sedar tak sedar..semua umat islam dah sambut raya hari nie.Syahdu jer rasa pagi nie bila dengar takbir raya kat tv. Raya kat kampung memang best la,malam raya jer memang riuh rendah dengan bunyi mercunnya.

Aku aktiviti malam raya macam biasa, keluar gi jejalan cari pasal kat pekan jitra ngan kengkawan aku, ramai betul manusia kat pekan jitra..biasala orang selalunya shopping last minute. Semalam aku keluar gi cari kek pisang saja, itupun sebab mak aku dah pesan. Setiap tahun kira kek wajib la aku beli time malam raya.

lepak punya lepak sedar tak sedar dah kul1 pagi, terus buat gerakan balik ke rumah, disebabkan tak mengantuk ingat nak la online internet kejap, skali line phone rumah aku problem plak.Memang nak suruh aku tido awal laa tu hehehe..

Pagi nie nyer aktiviti lepas sembahyang raya, gi beraya rumah kaum kerabat aku, tawaf satu felda, nanti petang baru gi beraya kat rumat tok aku kat jitra. Harap² cuaca baik la hari nie, maklum la semenjak aku balik kampung , boleh dikatakan setiap hari hujan kat sini, ada kawasan siap banjir lagi. Kesian aku tengok diorang dah laa terpaksa sambut raya dalam banjir.

Thursday, October 19, 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tuesday, October 17, 2006

Setahun Sudah Berlalu

"Setahun sudah berlalu oktober muncul kembali, dengan kehangatan semalam tanpa kusedari ku petik mawar merah ku tulis sekuntum puisi tapi sayang pada siapa nak ku beri" - sesuka jer aku tukar sikit lirik lagu alleycat nie hehehe.

17 oktober, hari nie alhamdullillah, best jer rasa dengan kehidupan sekarang nie.Semoga apa yang dirasai hari ini berkekalan.Lepak² ngan kengkawan buat aktiviti bersama sama, baru la terasa hidup nie ceria skit.Biar apa yang berlaku tu orang kata akan menjadi kenangan terindah, dengan masa yang ada sekarang la leh luangkan masa untuk kengkawan, nanti kalau dah ada komitmen lain tu, harap maklum jer laa...tapi walau apapun terjadi kengkawan tetap antara orang yang paling penting dalam hidup aku..hehehe

17 oktober tahun lalu, masa nie semangat perjuangan harmoni aku hampir lupus.Terasa banyak sangat dugaan diterima time tu. Masa nie memang paling sukar la bagi aku berjuang mencari semangat yang hilang.Keja banyak yang perlu disiapkan tapi idea dan semangat nak buat tu takda..memang susah laa kalau terjadi macam tu hehe.Tapi alhamdulillah walau apapun terjadi aku tetap bersyukur mungkin apa yang berlaku itu ada hikmah sebaliknya.

Monday, October 16, 2006

Alkisah Di Hujung Minggu..

Assalamualaikum...
pagi nie mengantuk betul rasanya..tido tak sampai 2jam nie angkara weekend terlebih tido laa nie..last sekali tak leh tido lak time malam.Tapi weekend hari tu memang banyak jugak la aktiviti dilakukan.


Pada hari sabtu lepas lepas sahur tak leh tido..kul8 pagi baru nak leh tido sekali kawan aku plak balik time tu, aku plak dah baik punya cilok tempat tido dia, skali terpaksa laa gi buat perhitungan kat ps2, siapa menang 2 games Winning Eleven, dialah yang dapat tido kat situ..Tapi biasalah, bila dah mengadap ps2 nie memang melalaikan dah habis 2 games sambung lagi dan lagi..last skali dah sampai kul 2 petang.Pastu semangat nak tido dah takda. Petangnya aku ngan kengkawan Malaysianbowlers.com ada majlis berbuka puasa kat Kelab Golf Bukit Jalil.Best la dapat buka posa reramai nie.Selesai jer majlis berbuka posa aku join member MB.com yang nak main bowling kat Endah Parade, ngan tak bawa kelengkapan bowling selamber main jugak 5 games. Habis main bowling lepak minum².Akhirnya sampai rumah dah kul1.30pagi.







Hari ahad dari pagi sampai ke petang lepak kat rumah tido layan tgk tv pastu tido balik ehhehe..kul6.40 petang aku ngan geng² rumah gerak gi JJ Putra permai, plan nak berbuka kat pizza hut, member kita orang nak open table sempena besday dia..rezeki takkan nak tolak kot hehe..skali dah sampai semua tempat penuh jadi gi laa beli kitkat ngan lipton green tea untuk berbuka.Pastu jejalan dulu ushar² barang, dekat kul8 baru laa dapat tempat duduk kat pizza hut, maka selamat la kami menjamu selera di pizza hut.


Selesai jer makan terus ke agenda seterusnya gi Mines plak, plan nak shopping barang raya sikit ngan main bowling kat sana. Sampai jer Mines gi la jejalan cari barang untuk raya, skali semuanya tak penuhi piawaian yang nak dibeli. Jadi planya kena turun KL jugak la untuk shopping raya, banyak sikit pilihannya. Pastu gi laa layan bowling 3 games. settle jer main balik lepak kat esso sampai tutup pastu gi lepak makan² kat restauran al firdausi. Pastu layan tgk tv sampai ke pagi sebab tak leh tido.itulah antara aktiviti dihujung minggu.





Monday, October 09, 2006

Majlis Berbuka Puasa x-513D

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak berbuka puasa reramai dengan kaum kerabat x-513D pada 07 oktober 2006 hari sabtu yang lepas. Memang best maklum la bukan senang nak jumpa reramai nie, memasing dah ada komitmen jadi dengan adanya majlis macam nie laa baru dapat berjumpa.

Harap² lepas nie ada lagi laa majlis perjumpaan macam nie..sempena dengan bulan puasa nie semoga jalinan persahabatan kita kengkawan sentiasa erat.

Terima kasih kepada kengkawan yang sudi join : Ameant & Alya,2pac & member, Jose & Siti, Man, Faisal,Mie dan jugak geng² Esso seri kembangan.Tak lupa jugak pada cikjem yang datang lepas kita orang settlekan semua makanan yang ada.











Thursday, October 05, 2006

Potret Diri

Dalam kekaburan yang memaksa
Aku menyermin diri
Melihat kedasar hati
Semangat yang dilukai

Dalam ruang sesempit ini
Aku kumpulkan impian
Menjadi satu lukisan
Rona cinta samar samar bentuknya

Garis hitam membelahi langit merah
Dan terjunam dan tengelam
Kedasar ufuk malam

Sekali aku mencuba
Mencolek warna putih
Namun kelabu jadinya
Dan membentuk menjadi wajah muram

Lahirlah perasaan rindu dendam
Menjadi gambar wajahku
Kini hanya tinggal lukisan ooo
Berbicara...

Menghibur hati tika luka
mengenang kisah lama...

Dalam ruang sesempit ini
Aku kumpulkan impian
Menjadi satu lukisan
Rona cinta samar samar bentuknya

Dan kini lengkaplah satu catitan
Dengan darah dan keringat
Dalam tangisan senyum ketawa
Dalam cinta ada duka..

Garis hitam membelahi langit merah
Dan terjunam dan tengelam
Kedasar ufuk malam

Dalam tangisan senyum ketawa
Dalam cinta ada duka..
Ada benci ada rindu..

Wednesday, October 04, 2006

Siapa Rugi Siapa Untung

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.