BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, April 28, 2010

F.A.T - BTP Damansara

Salam..
Pukul 1 hari nie wat gerakan ke BTP utk misi F.A.T Addmath..semua team member addmath diwajibkan hadir tu yang best tu..biar sesama rasa macam mana rasa gi review hehe...mohon dengan sangat la agar semuanya lulus la kali nie..maklumlah subjek² lain semuanya dah lulus dengan sempurna dan bersyarat.

Monday, April 19, 2010

Cuti² Malaysia - Cameron Highland


Salam
Salam pagi isnin..alhamdulillah udara dibumi cyber masih lagi segar walaupun tak sesegar udara seperti berada di Cameron Highland. Jumaat lepas aku dan isteri, abg & kakak ipar serta mak mertuaku jejalan.com ke Cameron Highland. Kita orang wat gerakan dari KL dalam kul 9.30 mlm, sampai ke CH hampir kul 1.15pagi. Kita orang menginap di apartment hotel equatorial.


Sabtu pagi jejalan gi tanah rata cari bfast kat kedai mamak, pastu jejalan gi ushar ladang strawberry. Sebelum balik apartment tgh harinya sempat la singgah pasar tepi jalan untuk cuci² mata tengok pelbagai barang yg dijual hehe..time nie malas nak shopping apa pun sebab awal lagi ..lepas rest kejap dalam kul3 lebih aku ngan wife baru kluar jejalan gi ushar ladang strawberry bersebelahan dengan hotel equatorial yang bleh dipetik sendiri buahnya, pastu kita org jejalan ke pasar berhampiran plak, ada la shopping barang cenderahati, makanan, bunga ros dan pokok bunga ros sekali beli maklum la isteri aku nie memang sangat suka akan bunga ros dan baunya. Dalam kul5 ptg kita orang wat gerakan gi taman rama² plak, dah puas sesi bergambar jejalan ke ladang lebah plak..tp lepak kat atas jer laa dah lewat petang sgt..malaih nak ushar kat bawah..kiranya pergi wat syarat jer laa tengok² apa yg best kat situ :D , malamnya lepak kat apartment jer laa layan tgk EPL sambil layan makan malam yg byk gilos menunya..letih la nak abiskan semuanya.


Ahad pagi lepas check out terus wat gerakan gi pasar untuk last shopping, pastu singgah ladang teh pekena nasi lemak sebungkus rm3 dulu + sesi snap gambaq, kemudian terus wat gerakan..singgah plak kat lata iskandar mandi manda dulu..dah puas mandi baru teruskan perjalanan pulang ke KL. Memang best la percutian kali nie maklum laa gi jejalan bersama family + tempat tinggal di sponser plak tu..terima kasih bebanyak la kat abg & kakak ipar aku yg sponser moga murah rezeki lain kali leh sponser lagi hehe..


my family

Thursday, April 15, 2010

Rezeki DariNya

Salam..
Alhamdulillah syukur dengan rezeki kurnian Allah..
semalam gi klinik fazdliana, doktor sahkan yg isteriku dah pregnant 3-4minggu..
semoga kandungan isteriku senantiasa selamat dan dilindungi dari pekara² yang tak diingini..
Buat isteri tersayang semoga tabah menghadapi fasa nie.

Monday, March 29, 2010

Sepak Takraw TM Selangor


Salam..
Pada sabtu lepas bertempat di kompleks sukan TM Bukit Raja telah berlangsung kejohanan sepak takraw TM Selangor. 2 pasukan dari MMU telah dihantar untuk menyertai pertandingan ini.

Skuad 2010

Alhamdulillah syukur akhirnya skuad 2010 berjaya mendapat tempat ketiga, kalah pada team The Klang pada peringkat separuh akhir. Kemenangan nie menjadi semangat buat skuad 2010 agar meneruskan latihan untuk menghadapi kejohanan seterusnya yang dijangkakan akan berlangsung di MMU pada pertengahan tahun nnt.

Thursday, March 25, 2010

Majlis Perkahwinanku


Salam..
Syukur kepada ilahi kerana dengan izinNya kini aku selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatiku. Maka bermulalah fasa baru dalam kehidupan aku sebagai seorang suami. Status dah berubah + tanggungjawab pun turut berubah. Diharap aku dapat menjaga anugerah kurniaan ilahi nie dengan sebaik mungkin insya'allah.

05 mac 2010 - majlis pernikahan aku berlangsung selepas isyak, dengan 2 kali lafas maka sahlah aku menjadi suami kepada Siti Marsilla Mohamddin. Lepas selesai majlis pernikahan diteruskan pula dengan majlis berinai. Majlis selesai hampir pukul12 malam.

Dalam kul 1 pagi, tengah merehatkan badan untuk persiapan majlis kenduri pada esoknya, aku mendapat perkhabaran yang menyedihkan dimana ayah memaklumkan yang nenek aku telah meninggal dunia...sedih sangat sebab tak dapat lihat arwah buat kali terakhir..ayah dan pakngah serta toksu buat gerakan pulang ke Kedah dalam kul2 pagi..tinggal la mak dan saudara yang lain temankan aku..

06 mac 2010 - bertempat di J6827 Kesang Jaya berlangsungnya majlis perkahwinan aku, lepas zohor majlis persandingan bermula..alhamdulillah majlis berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran saudara mara dan jugak sahabat handai.

13 mac 2010 - Majlis sambut menantu bertempat di felda bukit tangga, cuaca baik sekali walaupun bahangnya agak terasa, dalam kul2 baru pasangan pengantin tiba haha nie semua angkara ramai sangat pasangan pengantin yang datang make up kat studio hari tu. Majlis berjalan dengan lancarnya. Buat kengkawan aku yang sudi menghadiri majlis perkahwinan aku di melaka dan kedah, terima kasih bebanyak jasamu akan ku kenang.

Tuesday, January 19, 2010

Happy Besday Sayang

Salam..

Hari nie merupakan hari yang istimewa buat insan yang aku sayangi..
Selamat ulang tahun ke 23 buat tunang tersayang Siti Marsilla..semoga diberkati Allah kehidupan didunia dan akhirat serta berbahagia bersama family dan insan tersayang :D

Harap apa yang kita rancang bersama dipermudahkanNya.

Monday, November 09, 2009

Piala Azhar 09



Salam..

Alhamdulillah Piala Azhar 09 berjalan seperti yang dirancang dengan jayanya. Tahun nie semakin ramai yang menyertai petandingan nie, semakin meriah rasanya. Apa yang penting tujuan utama pertandingan nie adalah untuk mengeratkan lagi siratulrahim antara kengkawan dia mmu cyber dan melaka.

Tahun nie aku di undi bersama zakaye, alhamdulillah syukur berjaya jugak kita orang menjadi johan mengalahkan pasangan darn dan harith. Yang bestnya nama akan terpahat la kat piala pusingan nanti haha..ada la jugak kenangan.

Bestnya tahun nie join tournament dengan semangat baru + rambut baru..tak sia² tukar imej kejap hehe..

Wednesday, November 04, 2009

Menatap Matamu

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

Lagu - Aril AF7

Tuesday, October 27, 2009

Piala Testimonial Azhar 2009



Assalamualaikum,
Alhamdulillah selepas selesainya majlis open opis raya, upacara cabutan undi untuk piala testimonial Azhar 2009 telah diadakan dengan jayanya. Dibawah berikut adalah senarai nama setiap pasukan yang bertanding. Insya'allah jika tiada aral melintang tournament nie akan diadakan pada 07 November 2009.


Gambar sekitar majlis cabutan undi


Maghfirah

Salam..
Alhamdulillah baru jer lepas layan futsal kat pusat komuniti cyberjaya bersama kengkawan taqis fc, habis jer game ada buat kejutan sikit kat ishe sempena besday dia kat court futsal. Ada acara potong kek plak..nie semua idea dari bakal tunang ishe berkomplot bersama kengkawan untuk adakan kejutan nie. Lepas dah berpeluh sakan..pastu isi perut ngan kek coklat plak..huhu memang lagi membesar bagai johan laa macam nie. Pada ishe ..happy besday semoga berbahagia bersama orang tersayang dan sentiasa diberkati kehidupan didunia dan akhirat.

Sampai rumah online FB macam biasa..sekali terpandang status orang yang paling aku sayangi, tetiba rasa sedih bila membacanya..aku tahu bertapa rindunya dia pada sahabatnya..pada hakikatnya aku tahu dia memang seorang sahabat yang baik dan sifat itulah antara yang menyebabkan aku tertarik pada dirinya..dan aku hanya mampu berdoa semoga Allah lembutkan hati sahabatnya agar persahabatan yang telah terjalin dapat dieratkan semula.

Walau apapun terjadi aku berharap orang yang aku sayangi tabah menghadapi dugaan ini, insya'allah sayang..kalau niat kita baik, Allah akan mempermudahkan segalanya. Semoga kembali tenang sayang...♥ SM.