BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 25, 2010

Majlis Perkahwinanku


Salam..
Syukur kepada ilahi kerana dengan izinNya kini aku selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatiku. Maka bermulalah fasa baru dalam kehidupan aku sebagai seorang suami. Status dah berubah + tanggungjawab pun turut berubah. Diharap aku dapat menjaga anugerah kurniaan ilahi nie dengan sebaik mungkin insya'allah.

05 mac 2010 - majlis pernikahan aku berlangsung selepas isyak, dengan 2 kali lafas maka sahlah aku menjadi suami kepada Siti Marsilla Mohamddin. Lepas selesai majlis pernikahan diteruskan pula dengan majlis berinai. Majlis selesai hampir pukul12 malam.

Dalam kul 1 pagi, tengah merehatkan badan untuk persiapan majlis kenduri pada esoknya, aku mendapat perkhabaran yang menyedihkan dimana ayah memaklumkan yang nenek aku telah meninggal dunia...sedih sangat sebab tak dapat lihat arwah buat kali terakhir..ayah dan pakngah serta toksu buat gerakan pulang ke Kedah dalam kul2 pagi..tinggal la mak dan saudara yang lain temankan aku..

06 mac 2010 - bertempat di J6827 Kesang Jaya berlangsungnya majlis perkahwinan aku, lepas zohor majlis persandingan bermula..alhamdulillah majlis berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran saudara mara dan jugak sahabat handai.

13 mac 2010 - Majlis sambut menantu bertempat di felda bukit tangga, cuaca baik sekali walaupun bahangnya agak terasa, dalam kul2 baru pasangan pengantin tiba haha nie semua angkara ramai sangat pasangan pengantin yang datang make up kat studio hari tu. Majlis berjalan dengan lancarnya. Buat kengkawan aku yang sudi menghadiri majlis perkahwinan aku di melaka dan kedah, terima kasih bebanyak jasamu akan ku kenang.

0 comments: