Wednesday, August 20, 2008
Jejalan ke Pendang
Posted by kmnizam at 12:23:00 AM 0 comments
Monday, August 11, 2008
Yang Pernah
Silakan puas sudah disuruh
Nyatakan mimpi yang tak pernah lengkap
Lakukan apa saja yang kamu mampu
Sudahlah biar yang telah lalu
Lafazkan kesemua yang pernah ada
Akhirkan kalau ada masih tertinggal
Cukuplah kalau perangnya ada
Disamping kamu selalu
Andainya aku tahu
Ertinya disuruh
Semua kan pernah minta
Tibalah waktu untuk bersedar
Kerana giliran sudah menyuruh
Yang pasti yang panggil itu suci lagi
Berilah sedikit untuk aku
Hilangkan rasa hati yang tak percaya
Biarkan dia yang bilang jangan lagi
Cukuplah kalau perangnya ada
Disamping kamu selalu
Andainya aku tahu
Ertinya disuruh
Semua kan pernah minta
Andainya aku cari
Dimana dituju
Semua yang pernah jumpa
Jangan luka yang lebih
Kerana tiada yang memberi
Tiada cuma untuk kamu disini
Andainya aku tahu
Ertinya disuruh
Semua kan pernah minta
Andainya aku cari
Dimana dituju
Semua yang pernah jumpa
Lagu Estranged
Posted by Squad85 at 11:52:00 AM 0 comments
Friday, August 08, 2008
080808
Tarikh hari nie begitu menarik sekali 080808 mengikut kepercayaan orang cina banyak memberi tuah, tapi pada aku sekadar nombor yang senang diingati. Tarikh nie jugak mempunyai maksud tersendiri bagi aku, sebab aku ada sasaran yang patutnya aku laksanakan pada tarikh nie, tapi kita hanya merancang..tuhan yang menentukan segalanya.
Hari nie pepagi lagi dah layan memacam kerenah pendengar kat radio Hotfm sempena tarikh nie, macam² kisah suka duka dan lucu dapat didengari. Lebih terhibur dari biasa betul la. Datang opis mcm biasa la, buat amendment project MOE sampai rasa² dah bosan mengadap kotak² tu..lepak².com plak lepas tu.
Sebelah malamnya ada jemputan majlis makan².com kat rumah ameant & alya sempena 1st Anniversary diorang sebagai suami isteri. Semoga ikatan diorang nie akan berkekalan selamanya. Alhamdulillah pelbagai jenis makanan ada..syukur moga murah rezeki sabahat aku nie. Dalam kul10 lebih baru buat gerakan pulang ke Cyberjaya.
Posted by kmnizam at 5:56:00 PM 0 comments
Tuesday, July 15, 2008
Dirgahayu Tuanku
Assalamualaikum..
posting nie hanyalah untuk menyatakan kesyukuran kepada Allah S.W.T atas kurnianNya kepada Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dapat mentadbir negeri dengan aman dan makmur selama 50 tahun.
Sebagai rakyat negeri kedah aku doakan tuanku Sultan diberi kesihatan dan dipanjangkan umur agar dapat terus memerintah negeri kedah agar terus maju dan mencapai sasaran kerajaan negeri iaitu "KEDAH MAJU 2010".
Selamat menyambut Jubli Emas.
p/s: Takziah kepada Waris Allahyarham Dato' Paduka Ahmad Basri Akil, semoga arwah ditempatkan bersama orang² yang beriman.
Posted by kmnizam at 4:30:00 PM 0 comments
Wednesday, July 09, 2008
Pelbagai Aktiviti..layannn
Hujung minggu lepas kononnya nak temankan member aku gi cari kelengkapan bowling dia, sekali terjebak plak.. kena layan 2 game bowling kat Alamanda. Sebelum layan bowling sempat jgk layan citer Hancock. kebetulan citer nie yang baru kluar kat wayang. Best jugak layan reramai ngan member opis aku nie. Kiranya minggu lepas minggu aku layan citer kat wayang la..sebelum tu aku gi layan citer Get Smart & Wanted. Dah lama tak buat aktiviti beriadah sambil menghabiskan duit nie..hehe.
Posted by kmnizam at 12:41:00 PM 0 comments
Tuesday, June 24, 2008
Kecerian tak berpanjangan...
Posted by kmnizam at 2:49:00 PM 0 comments
Tuesday, June 17, 2008
Teambuilding Course
Pelbagai kisah suka duka yang berlaku dalam menjalankan segala aktiviti yang disediakan. Dan semuanya akan senantiasa menjadi kenangan yang terindah. Harap lain kali akan ada lagi aktiviti bergini.

Posted by kmnizam at 4:26:00 PM 0 comments
Monday, June 09, 2008
Sorakan Emosi
Posted by kmnizam at 5:27:00 PM 0 comments
Tuesday, June 03, 2008
Suka Duka Hari Selasa
Salam Petang Selasa, hari nie mood kureng sket nak buat keja, jadi rerajin la aku nak mengarang sket citer² yg berlaku.
Juara Piala President 2008/2009
Dari kiri : - Darnalis, Bob CITS, Pakku, Yusrin, Alim, Mie Shell, Saifullah, Ilmar, Azuwan & Shahdan.Depan duduk :- Shahrul, Shahrail, Lintau, Jaliq, Salman, Mus & aziz.Tiada dalam gambar : - Shah Student, Azman Lib, Ustaz Azam & Firdaus Lib
Pagi td dalam kul 10pagi ada meeting ngan semua team project MOE, tgh layan meeting tetiba member aku bgatau cermin keta aku pecah kena batu orang mesin rumput, aku terus buat gerakan gi ushar, skali cermin belakang bahagian penumpang yang pecah, sibbaik cermin tu, kalau cermin belakang skali mmg lagi sadiss laa mana nak cari 1.5k. Cermin tepi tu saja pun dah kat 2 ratus. Sibbaik leh claim balik, tapi tak tau la bila nak dapat. Jadi hari nie tak buat keja langsung la aku, dari tgh hari tadi terus gi tukar cermin keta baru. Balik opis melepak jer sesambil rajinkan diri mengarang blog nie hehehe...

Posted by kmnizam at 5:06:00 PM 0 comments
Monday, May 12, 2008
Aktiviti di Putra Permai
salam petang isnin, tgh hari tadi baru jer balik dari Hospital Serdang melawat anak whosend ( Hana Humairah Binti Hussin ) yang baru jer melihat dunia semalam. Alhamdulillah bayi dan ibunya selamat. Tahniah buat whosend atas kelahiran bayi perempuannya itu, gambaq nanti aku upload kalau dapat sumbangan ehsan dari makcik mery..hehe

Alkisah nak citer sebenarnya sabtu lepas kita orang..aku, ameant dan badang gi Putra Permai untuk tolong angkat barang si fadh, katanya satu bilik kecil jer barangnya..tp bila diangkat bleh tahan jgk barangnya..hampir penuh la satu lori tu. Aku n the geng kul12.30 baru buat gerakan sampai jer tengok si syed( suami fadh) tgh berkemas apa yang patut, sebab lorinya belum sampai lagi. Sesambil melepak tu si adi plak bgtau kat rumah dia ada game monopoli, huhu apa lagi..sempat la layan sebelum lori sampai.
Dalam kul2 lebih baru lori sampai, baru la bermula aktiviti mengangkat barang, selesai jer..lepak kejap ada makan².com plak di sponser oleh Abg Long..payahh laaa...trademark dia hehe. Bila dah kenyang kita orang terus ke LRT Sg Besi untuk hantar badang, dia kena buat gerakan pulang ke Kedah, sebab kat sana ahad dah keja. Balik jer ingat nak terus balik rumah, tp sempat singgah opis dulu, transfer segala file yang patut, sempat layan pingpong 1 game baru buat gerakan pulang ke rumah.
Pastu dapat mesej dari fadh a.k.a makcik mery ucap terima kasih, pastu nak belanja kita orang plak tu..banyak duit dia nie..kata baru nak beli peti sejuk yang pintu tu ala² almari baju tuu. Tapi kalau nak belanja jugak apa salahnya..aku terima jer fadh..rezeki jangan ditolak musuh takmau cari oOOo.. peace fadh no war!!

Posted by kmnizam at 2:47:00 PM 1 comments
