BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 20, 2008

Jejalan ke Pendang

Assalamualaikum..
salam pagi rabu, hari nie dah 20hb tak lama lagi kita dah nak sambut merdeka dan bulan puasa, tapi suasana untuk menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 51 tak terasa sangat tahun nie.
Tapi yang terasa hangatnya adalah perlawanan akhir piala malaysia antara kedah vs selangor.Insya'allah jika berkesempatan sampai la aku kat stadium nasional bukit jalil sabtu malam nanti.

Alkisahnya aku nak citer hari jumaat lepas aku ngan member aku uzin, hassan & zam jejalan gi kenduri brader Anuar kat Pendang Kedah.Kendurinya hari sabtu tp kita orang buat gerakan awal la..kang takda la penat sangat dengan majlisnya bermula awal pg. Gerak dari KL konvoi ngan keluarga pengantin dari Johor sebanyak 4 buah kereta dalam kul11pagi. Kita orang sempat singgah pit stop kat Parit Buntaq dulu..pastu baru la sampai kt Sg Petani dlm kul7ptg. Semua team konvoi lepak bermalam kat INTURA.

Esoknya dalam kul9 dah buat gerakan ke Pendang, sampai dalam kul10lebih, selepas selesai majlis akad nikah, lepak makan² kt rmh pengantin sesambil ambik gambaq sepam dua, pastu sebelah petangnya baru ada majlis bersanding, ingatkan nak jejalan ambik gambaq outdoor yang berlatar belakangkan sawah bendang, tapi hujan tak ingat..hujan rahmat:)

Kita orang buat gerakan dalam kul7 petang balik ke KL, sibbaik la si Zam yg drive pergi dan balik, takda la rasa letih sangat. Terasa best plak kalau selalu la jejalan jauh mcm nie, dok blkg jer lepak kan best..heheh. dalam kul10mlm singgah kejap R&R Tapah pastu sampai kat rumah brader uzin dalam kul12.30. Takda nak lepak borak lelama, hidupkan enjin keta terus buat gerakan pulang ke Cyberjaya..sampai sini dah kul1 lebih.letih punya pasal akhirnya kul2 lebih tertido jgk.

0 comments: