BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, November 13, 2008

Pelancaran Rona Roni Makaroni

Assalamualaikum..
Alkisahnya petang tadi kat Cineleisure The Curve ada pelancaran drama terbaru terbitan Radiusone iaitu Rona Roni Makaroni, aku yang masih lagi bercuti berkesempatan la join skali majlis nie, atas jemputan pihak Radiusone khas utk forumer yg rajin menjawab kuiz diorang.

majlis bermula dari kul3ptg sampai la kul6ptg, memang sempoi² berlaka geng² radiusone nie dari pelakonnya sampai la ke pengarahnya, memang takda hal laa leh lepak borak². Lepas habis preview citer nie ada la acara makan².com menu utama dia makaroni laa hehehe. Lepas tu lepak kejap, borak² dan sempat sesi bergambaq sebelum buat gerakan pulang.

Bergambaq bersama para pelakon,pengarah dan jugak orang blkg tabir Radiusone.

Monday, November 10, 2008

Putrajaya Waterski World Cup 2008

Assalamualaikum..
hari nie nak citer sket aktiviti hujung minggu aku, semalam dalam kul10 lebih aku call adi tanya dia ada hal tak..dia cakap dia free jadi aku ajak la di gi tengok Putrajaya Waterski World Cup 2008, gi ambik adi kat rumah pastu terus buat gerakan ke percint6 kat Pusat Rekreasi Air.

Sampai dalam kul12 tgh hari, acara baru ja nak bermula, selain dari aktiviti dalam air ada jugak la pelbagai aktiviti lain, layan tengok waterski kejap pastu dalam kul1.30tgh hari gerak gi Alamanda kejap adi nak cari barang sket, pastu gi lepak kat Taman Warisan pekena nasik ayam kampung + laicikang, antara menu kegemaran la kalau aku gi situ.

Pastu terus gi ushar waterski lagi skali, sebab sebelah petang nie acaranya lagi menarik, ada aksi² lompat sket. Dalam kul4 lebih aku dan adi buat gerakan pulang laa..hantar adi dulu kat seri kembangan pastu baru gerak balik ke Cyberjaya sampai kat kul5.30 jugak laa..kiranya macam hari bekerja laa.

Kat bawah nie ada sket gambaq² sempena waterski tu yang aku snap.




Sunday, November 09, 2008

Rona Roni Makaroni

Assalamualaikum.

Tadi ada dapat mail dari radiusone.com.my yang memberitahu diorang akan melancarkan drama terbaru diorang iaitu Rona Roni Makaroni. Drama nie akan bersiaran melalui Astro Ria start 27hb nie. Aku memang meminati hasil kerja dari radiusone nie, jadi kepada kengkawan yang suka layan citer yang dihasilkan oleh Radiusone boleh la melayari website diorang untuk maklumat lanjut.

Thursday, November 06, 2008

Sesungguhnya

Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tak kau singgahi

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Dihadapannya, dihadapanmu ya Allah

(Korus)
Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menyentuh nikmatnya
Tanpa tulus di hatinya

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Dihadapannya, dihadapanmu ya Allah

(Ulang korus)

Lagu Dari Ungu

Apabila Gigi Geraham Bongsu Tumbuh..

Assalamualaikum..
Salam petang khamis, alhamdulillah hari nie dah 4 hari dah geraham bongsu aku start tumbuh. dan dah dua kali aku gi klinik ambik ubat hehe. Insya'allah kalau takda apa² hal isnin nie nak kena operate buang gigi geraham bongsu nie, kalau tak letih nak hadap kalau sakit lagi..tak bleh tido oOo.. berdenyut² hehehe.

Jadi sementara menanti hari isnin nie, terpaksa la hadap dulu ubat² yang doc bagi, tak kisah la aku makan ubat banyak mana pun janji kesakitan yang aku rasa nie dapat dikurangkan. Sekarang barulah aku dapat merasai macam mana kesakitan yang pernah kengkawan aku alami bila gigi geraham bongsu diorang mula tumbuh. Kepada kengkawan aku yang belum tumbuh gigi geraham bongsu tu, cepat² la tumbuh biar kita sesama merasai keseronokkanya.

Monday, November 03, 2008

Jejalan.com Ke Johor

Assalamualaikum..
Untuk entry kali nie aku nak citer sket alkisah jejalan.com aku dan kengkawan iaitu Moktar, Danz dan Paklong ke majlis perkahwinan sahabat kita orang iaitu si Rahim a.k.a Gabanz kat Skudai.

Kita orang buat gerakan dari Cyberjaya dalam kul8.30pagi alhamdulillah perjalanan traffic yang terkawal. dalam kul9pagi kita orang lepak kat R&R Seremban, bfast dulu apa yang patut baru meneruskan perjalanan, lepas dari hentian nie brader Moktar plak yang drive jadi aku port kat belakang jer laa dan berhenti plak pada hentian sebelah sebelum sampai Machap untuk bagi driver rest kejap dan sewaktu dengannya dalam kul11.30pg.

Dengan kepakaran co-pilot (Paklong) membaca map, heheh walaupun tersesat sket kira ok lagi laa sebab sesat kat area perumahan tu jaa, kita orang selamat sampai kat rumah pengantin dalam kul12.30tgh hari. Sampai jer tengok geng² mmu iaitu Lan, AJ, Adigun dan Lipaspencen (diorang official Photographer) untuk majlis perkahwinan si Rahim dengan pasanggannya. Dan brader Amir Lib pun ada melepak sesama. Jadi kita orang yang memang dalam agak kelaparan meneruskan aktiviti makan².com nasik kenduri dulu.

Dalam kul1lebih pasangan pengantin dah sampai, serba hijau pakaian pengantin. Segar ja mata memandang kacak dan cantik. Sempat la aku snap gambaq² pengantin pastu terus gi lepak ngan kengkawan aku yang lain sedang menanti giliran untuk membuat persembahan karaoke secara percuma kepada tetamu yang hadir dimajlis tersebut. Memang tak dinafikan sahabat aku si Moktar dan Paklong nie memang berbakat besaq boleh pergi jauh lagi kalau usia tak menjadi penghalang hehehe.
Reramai ambik gambaq dengan pengantin

Dalam dok melepak tu baru aku teringat yang si fadh a.k.a Auntie Zaza nie ada janji ngan aku sebelum nie yang nak jumpa kat majlis si Rahim nie, skali dalam kul2 lebih tak sampai² lagi. Aku call jer dia, dengan selamber jer cakap.."alamak ku aku terlupa laa..sibbaik ko call" lebih kurang mcm tu la ayat dia. Jadi melepak la lagi tunggu si fadh ngan family dia datang. Hampir pukul3 baru dia datang, lepak kejap borak².com sambil snap gambaq fadh dan family pastu terus buat gerakan ke Hotel GoodHope untuk rest. Memang best la lepas masuk bilik jer memasing meneruskan aktiviti menidokan diri sampai ke senja nan merah..tapi aku rasa aku bangun tu dah gelap dah langit hehehe. Dalam kul8.30 buat gerakan mengisi perut dulu kat kedai mamak kat bawah tu, kita orang makan roti canai & sardin untuk seketika sebelum ikut rahim dan isteri serta kengkawan photographer dia gi makan kat Stulang.

Dalam kul9 lebih baru Rahim datang dan kita orang buat gerakan ke Stulang, Tapi macam biasa la si Rahim nie bawa kita orang jejalan pusing town JB dulu pastu baru gi makan².com kat Stulang tu. Lepas dah kenyang makan².com kita orang gi lepak².com kat Danga Bay plak. Dalam kul1lebih baru sampai kat hotel. Sempat layan 1st half game EPL antara Liverpool vs Spurs terus menidokan diri yang keletihan tawaf Danga Bay. Keesokkannya bangun dalam kul10 lebih, mandi².com layan report EPL semalam dalam kul12 kita orang dah buat gerakan. Serahkan kunci bilik kat Rahim terus memecut laju ke KL.

Tapi disebabkan bfast pun belum terpaksa la berhenti makan kat R&R Machap dulu, pastu baru buat gerakan terus ke Cyberjaya. Skali lagi brader Moktar yang drive dari Machap ke Cyberjaya katanya dia suka drive keta aku..lagi aku bersyukur aku port kat belakang jaa sesambil baca newspaper ngan layan tido. Alhamdulillah dalam kul4 petang kita orang selamat sampai kat bumi Cyberjaya.
Fadh a.k.a auntie zaza

Brader Syed, Fahim & Haziq

P/S: Terima kasih bebanyak kat brader Rahim a.k.a Gabanz kerana sponser bilik hotel dan makanan kat Stulang hari tu. Dan selamat pengantin Baru...."ahakz".."waklu" --->antara ayat normal brader Rahim.

Friday, October 31, 2008

Sambutan Besday Paklong

Assalamualaikum..
pada hari rabu lepas kita orang geng² Taqis FC ada buat majlis ringkas makan².com kat FCM Cafe sempena besday brader Taqi a.k.a Paklong. Kat bawah nie ada sket video..jadi layan la yerr :D

Tuesday, October 28, 2008

Alkisah Open Opis Raya 2008

Assalamualaikum..
salam pagi selasa, huhu hari nie relax sket kat opis sebab baru jer habis 3rd review minggu lepas kat KL jadi tunggu agenda seterusnya selepas meeting team addmath nanti laa.

Alhamdulillah tahun nie skali lagi opis aku berjaya jugak mengadakan majlis hari raya dengan meriahnya. Macam tahun² sebelumnya pelbagai juadah yang disediakan oleh para staff MPU dan jugak sekutunya hehehe mengikut konsep potluck. Tapi menu utamanya macam biasa la satay. Aku dan kengkawan opis dalam 4-5 orang share duit dalam rm20 sorang untuk buat bihun dan mee goreng. Semua urusan pengoderan dan pengambilan makanan diserahkan pada tante keh dan melor.

Majlis bermula dalam kul3 lebih bermula dengan ucapan bigboss ITSD disusuli bos production, MPU dan CITS. selepas itu majlis diteruskan dengan bacaan doa dari ustaz Azam maka bermula la acara makan².com. Sesambil makan².com disusuli dengan aktiviti karaoke. Kiranya boleh la sesiapa yang nak test bakat terpendam tu..hehehe layan tak ingat geng² aku berkaraoke sempoii betul laa. Harap tahun depan ada lagi majlis macam nie. Kesudahannya pun macam tahun lepas jugak, banyak gilos makanan yang kena tapau bawa balik. Tapi tak kisah sangat la biar makanan lebih dari tak cukup kan.

Kat bawah nie ada sket gambaq² sempena open raya opis.





Friday, October 24, 2008

Lepak².com kat Capitol Hotel- 3rd review AddMath

Assalamualaikum..
alkisah kali nie aku nak citer hari khamis dan hari jumaat aku dan kengkawan lain dalam team add math ada 3rd review kat Capitol Hotel kat KL. Nie kira 1st time aku gi review untuk project MOE nie, tu pun sebab diwajibkan semua pergi kalau tak memang jangan harap aku nak pergi..bagi orang penting cukup laa yang pergi.

Hari khamis aku dan kengkawan buat gerakan dalam kul11.40pagi gi KL, tapi tidak terus ke Capitol Hotel tapi terus gi Kg Baru dulu untuk makan².com, lepas dah kenyang baru buat gerakan ke hotel tersebut. Sampai jer lepas masuk bilik review nampak la cikgu² addmath dok review, aku nie dok ushar jer la cikgu² nie buat keja diorang sesambil layan kerenah diorang dengan komen² yang berkaitan "content" dalam addmath..huhu mana la aku ambik port sangat..aku nie hanya buat keja apa yang ada dalam storyboard jer..tp dah orang bgtau tu..aku dengar jer laa..sesambil dalam hati tu terdetik jugak..ish² cikgu nie..aku nie basic addmath pun takda lagi mau terang lebih² kat aku. Tapi aku cakap kat cikgu tu, apa² hal yang dia rasa patut betulkan tulis jer kat ruangan komen tu, nanti aku ngan kengkawan akan betulkan apa yang sepatutnya tu. Hari tu habis review dalam kul4.30 ptg balik singgah Sg Wang kejap beli apa yang patut baru buat gerakan pulang ke MMU Cyberjaya.

Esoknya hari jumaat dalam kul9pagi aku dan kengkawan team1 dah gi untuk review seterusnya, dah la hari nie ada open opis raya aku sibbaik majlisnya start kul3 ptg kiranya dapat la aku menjoinkan diri sebab kita orang yg gi pagi nie sampai tgh hari jer, pastu team lagi satu dari petang sampai malam plak..huhu..hari nie pun mcm biasa la banyak lagi komen berkaitan perkara semalam, ada jugak title yang dah siap direview dikehendaki diperbetulkan komen² cikgu tersebut, jadi aku dengan ala² rajin buat la jugak 2-3sco yang aku rasa senang jer nak buat, yang lain tu tunggu balik opis jer la nanti. Nak buat keja sangat pun hati dok seronok kat open opis raya jer. Tapi apapun kira oklah dapat tengok macam mana cara² cikgu nie dok review. ada yang berdua lebih baik ada yg suka port sesorang jer..hehehe layannn betui diorang nie buat keja diorang..apapun tunggu jer la apa agenda seterusnya team addmath lepas review nie...

aku yang konon² rajin buat amendment


Lokasi untuk 3rd review project MOE

Piala Testimonial Azhar 2008

Assalamualaikum,
alhamdulillah selepas selesainya majlis open opis raya, upacara cabutan undi untuk piala testimonial Azhar 2008 telah diadakan dengan jayanya. Dibawah berikut adalah senarai nama setiap pasukan yang bertanding. Insya'allah jika tiada aral melintang tournament nie akan diadakan pada 29 november 2008. Kepada setiap pasukan boleh la turun training setiap hari rabu 8-10mlm di dewan badminton MMU.