BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 03, 2008

Jejalan.com Ke Johor

Assalamualaikum..
Untuk entry kali nie aku nak citer sket alkisah jejalan.com aku dan kengkawan iaitu Moktar, Danz dan Paklong ke majlis perkahwinan sahabat kita orang iaitu si Rahim a.k.a Gabanz kat Skudai.

Kita orang buat gerakan dari Cyberjaya dalam kul8.30pagi alhamdulillah perjalanan traffic yang terkawal. dalam kul9pagi kita orang lepak kat R&R Seremban, bfast dulu apa yang patut baru meneruskan perjalanan, lepas dari hentian nie brader Moktar plak yang drive jadi aku port kat belakang jer laa dan berhenti plak pada hentian sebelah sebelum sampai Machap untuk bagi driver rest kejap dan sewaktu dengannya dalam kul11.30pg.

Dengan kepakaran co-pilot (Paklong) membaca map, heheh walaupun tersesat sket kira ok lagi laa sebab sesat kat area perumahan tu jaa, kita orang selamat sampai kat rumah pengantin dalam kul12.30tgh hari. Sampai jer tengok geng² mmu iaitu Lan, AJ, Adigun dan Lipaspencen (diorang official Photographer) untuk majlis perkahwinan si Rahim dengan pasanggannya. Dan brader Amir Lib pun ada melepak sesama. Jadi kita orang yang memang dalam agak kelaparan meneruskan aktiviti makan².com nasik kenduri dulu.

Dalam kul1lebih pasangan pengantin dah sampai, serba hijau pakaian pengantin. Segar ja mata memandang kacak dan cantik. Sempat la aku snap gambaq² pengantin pastu terus gi lepak ngan kengkawan aku yang lain sedang menanti giliran untuk membuat persembahan karaoke secara percuma kepada tetamu yang hadir dimajlis tersebut. Memang tak dinafikan sahabat aku si Moktar dan Paklong nie memang berbakat besaq boleh pergi jauh lagi kalau usia tak menjadi penghalang hehehe.
Reramai ambik gambaq dengan pengantin

Dalam dok melepak tu baru aku teringat yang si fadh a.k.a Auntie Zaza nie ada janji ngan aku sebelum nie yang nak jumpa kat majlis si Rahim nie, skali dalam kul2 lebih tak sampai² lagi. Aku call jer dia, dengan selamber jer cakap.."alamak ku aku terlupa laa..sibbaik ko call" lebih kurang mcm tu la ayat dia. Jadi melepak la lagi tunggu si fadh ngan family dia datang. Hampir pukul3 baru dia datang, lepak kejap borak².com sambil snap gambaq fadh dan family pastu terus buat gerakan ke Hotel GoodHope untuk rest. Memang best la lepas masuk bilik jer memasing meneruskan aktiviti menidokan diri sampai ke senja nan merah..tapi aku rasa aku bangun tu dah gelap dah langit hehehe. Dalam kul8.30 buat gerakan mengisi perut dulu kat kedai mamak kat bawah tu, kita orang makan roti canai & sardin untuk seketika sebelum ikut rahim dan isteri serta kengkawan photographer dia gi makan kat Stulang.

Dalam kul9 lebih baru Rahim datang dan kita orang buat gerakan ke Stulang, Tapi macam biasa la si Rahim nie bawa kita orang jejalan pusing town JB dulu pastu baru gi makan².com kat Stulang tu. Lepas dah kenyang makan².com kita orang gi lepak².com kat Danga Bay plak. Dalam kul1lebih baru sampai kat hotel. Sempat layan 1st half game EPL antara Liverpool vs Spurs terus menidokan diri yang keletihan tawaf Danga Bay. Keesokkannya bangun dalam kul10 lebih, mandi².com layan report EPL semalam dalam kul12 kita orang dah buat gerakan. Serahkan kunci bilik kat Rahim terus memecut laju ke KL.

Tapi disebabkan bfast pun belum terpaksa la berhenti makan kat R&R Machap dulu, pastu baru buat gerakan terus ke Cyberjaya. Skali lagi brader Moktar yang drive dari Machap ke Cyberjaya katanya dia suka drive keta aku..lagi aku bersyukur aku port kat belakang jaa sesambil baca newspaper ngan layan tido. Alhamdulillah dalam kul4 petang kita orang selamat sampai kat bumi Cyberjaya.
Fadh a.k.a auntie zaza

Brader Syed, Fahim & Haziq

P/S: Terima kasih bebanyak kat brader Rahim a.k.a Gabanz kerana sponser bilik hotel dan makanan kat Stulang hari tu. Dan selamat pengantin Baru...."ahakz".."waklu" --->antara ayat normal brader Rahim.

2 comments:

Anonymous said...

each time i used to read smaller articles which as well clear their motive, and that is also happening with this
piece of writing which I am reading here.

Feel free to visit my web site: gites frankrijk

Anonymous said...

Fantastic blog! Do you have any tips and hints for
aspiring writers? I'm planning to start my own blog soon but I'm a little lost on everything.
Would you propose starting with a free platform like Wordpress or go for a paid option?
There are so many choices out there that I'm completely overwhelmed .. Any recommendations? Kudos!

My web site :: vakantiehuisje frankrijk