BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 07, 2010

GLU 2010

Salam..
Alhamdulillah selesai sudah acara sukan tahunan yang dinantikan iaitu Goverment Link University ( GLU ) selama 3 hari bermula dari 4-6 jun 2010 iaitu yang melibatkan 3 buah universiti ..MMU, Uniten dan UTP. Tahun nie giliran MMU menjadi tuan rumah. Sebanyak 7 game yang dipertandingkan iaitu bola sepak, bowling, badminton, pingpong, bola tampar, bola jaring dan sepak takraw.

Alhamdulillah berkat semangat kesukanan semua kontijen..MMU berjaya merampas tahta juara keseluruhan daripada Uniten tahun nie. Tahniah wat warga kontijen MMU. Aku tahun nie mewakili dua acara iaitu bowling dan sepak takraw. Alhamdulillah team takraw MMU berjaya mendapat tempat pertama dan kedua manakala acara bowling plak team MMU mendapat tempat kedua beza 25 point jer ngan team juara Uniten, manakala aku dapat tempat ketiga bagi acara individu.

Lepas jer games GLU rest la seminggu dua angkara kakiku kembali injured..x bleh nak turun training takraw pepetang :D



Squad Takraw 2010

Team Bowling MMU

Team Takraw MMU

Kontijen MMU

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum..
Sempena hari guru hari nie aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari guru buat guru² yang mendidik aku dari tadika sehingga la ke zaman kolej. Jasamu para guru akan senantiasa diingati. Semoga apa yang dilakukan oleh para guru akan dikurniakan balasan yang setimpal dengan keiklasan mereka mendidik anak bangsa.

Tetiba teringat kat cikgu din...cikgu umaq..cikgu sareh..nie lah antara cikgu² yang menjadi warden asrama masa aku dari form1-5. Apalah citer diorang skrg nie..harap satu hari nanti dapat la jumpa kembali ngan diorang nie, nostalgia plak tetiba terkenang zaman kat asrama dulu :D

Midnite - Robin Hood


Salam..
Alkisahnya nak citer malam jumaat lepas aku ngan my wife plan nak gi tengok wayang, tak kisahlah citer apapun. Dalam kul9.30 malam baru wat gerakan ke Alamanda. Sampai jer terus gi kat kaunter GSC sekali ushar ada citer Robin Hood (RH) kul 12.20 pagi..tiket plak tinggal 3 dari bawah jer..tapi dah niat nak tengok wayang, selamber jer laa beli tiket hehe..

Jam baru kul 10 lebih jadi nak tunggu kul 12.20 pagi tu terpaksa la jejalan.com gi cari makan dulu..lepak layan Mc D pastu gi lepak kat pusat bowling ushar orang main bowling sampai bosan..pastu jejalan gi pusat game plak..layan main game jap ngan my wife pastu gi lepak kat tempat bowling lagi sampai la kat kul 12.10 hehe.

Citer RH nie keseluruhan dia memang menarik dengan lakonan pelakon utamanya si russell crowe, cuma banyak jugak plot yang borak².com menyebabkan aku hampir² nak terlelapkan mata hehe. Bila aku tengok citer ni baru la aku faham macam mana RH bleh tinggal kat dalam hutan dan merompak untuk bantu orang² miskin dalam drama²nya sebelum nie. Permulaan citer yang agak slow pastu dah pertengahan citer memang semakin menarik laa..terasa bersemangat bila sir walter suruh dia yg jadi wakil bagi pihaknya dan bila ungkapan " rise and rise again until lambs become lions " dan pastu gi berperang ngan tentera perancis..memang menarik laa. Kiranya berbaloi jugak laa bersengkang mata layan citer nie hehe. Akhirnya kul 3.05 pagi baru sampai rumah...



Saturday, May 08, 2010

Lapan Mei Dua Ribu Sepuluh

Salam petang sabtu...baru jer masuk opis nie nak siapkan sikit lagi keja projek MOE. Alhamdulillah syukur hari nie genap usiaku 30thn. Semoga peningkatan usia nie dapat mematangkan lagi diri aku dalam menyusuri kehidupan. Aku juga mendoakan semoga kehidupan aku bersama orang² yang aku sayangi akan senantiasa dirahmati Allah.

Alkisah dihari lahir aku nie..pepagi lagi dalam kul9 lebih dah wat gerakan ke ARL Bowling Alamanda, sebab ada Tournament Bowling TM Selangor pada kul 11 pagi. Alhamdulillah walaupun tersasar sedikit dengan jatuhan 158, 202, 145 tetapi target aku berjaya jugak menempatkan diri untuk selection bowling TM Selangor nanti kerana mendapat tempat ke-9. Kiranya nie hadiah sempena hari lahir aku juga laa.

p/s: kepada semua kengkawan yg ucapkan happy besday terima kasih bebanyak..jasamu kan ku kenang :D


Wednesday, May 05, 2010

Yang Terindah

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Lirik lagu drama Adamaya - DakMie

Friday, April 30, 2010

Jumpa Tuan Haji Lagi - BTP Last F.A.T

Salam..
Syukur alhamdulillah..akhirnya subjek Addmath lulus bersyarat, saat yang lama dinantikan kunjung tiba jugak akhirnya. Maklum la semenjak dua menjak nie terasa sket tekanan untuk menyiapkan projek moe nie, maklum la team lain semuanya dah lulus tinggal team kita orang jer..huhu tekanan².

Kalau team kita orang gagal jugak kali nie, MMU akan dikenakan penalti laa huhu..tapi sibbaik la tuan haji kata " kita terima dan kira lulus la dan kena betulkan apa sket² lagi yang patut". Time tu memang terasa happy sangat ..akhirnyaa dah la tadi time awal review rasa macam kompem lulus dengan cemerlang tetiba last review bila tuan haji suruh pilih title pilihan..banyak plak problemnya kat title tu huhu..tapi sibbaik la ngan jasa baik tuan haji lulus jugak dengan syarat kita orang betulkan apa yang ditegur.

Jadi hari nie pandu balik ke MMU dalam keadaan yang gumbira, sempat la rest kat rumah kejap pastu nak wat gerakan pulang ke kampung kesang plak. Bestnya weekend dapat rest kat kampung maklum la asyik keja jer time weekend untuk siapkan projek nie :D

Wednesday, April 28, 2010

F.A.T - BTP Damansara

Salam..
Pukul 1 hari nie wat gerakan ke BTP utk misi F.A.T Addmath..semua team member addmath diwajibkan hadir tu yang best tu..biar sesama rasa macam mana rasa gi review hehe...mohon dengan sangat la agar semuanya lulus la kali nie..maklumlah subjek² lain semuanya dah lulus dengan sempurna dan bersyarat.

Monday, April 19, 2010

Cuti² Malaysia - Cameron Highland


Salam
Salam pagi isnin..alhamdulillah udara dibumi cyber masih lagi segar walaupun tak sesegar udara seperti berada di Cameron Highland. Jumaat lepas aku dan isteri, abg & kakak ipar serta mak mertuaku jejalan.com ke Cameron Highland. Kita orang wat gerakan dari KL dalam kul 9.30 mlm, sampai ke CH hampir kul 1.15pagi. Kita orang menginap di apartment hotel equatorial.


Sabtu pagi jejalan gi tanah rata cari bfast kat kedai mamak, pastu jejalan gi ushar ladang strawberry. Sebelum balik apartment tgh harinya sempat la singgah pasar tepi jalan untuk cuci² mata tengok pelbagai barang yg dijual hehe..time nie malas nak shopping apa pun sebab awal lagi ..lepas rest kejap dalam kul3 lebih aku ngan wife baru kluar jejalan gi ushar ladang strawberry bersebelahan dengan hotel equatorial yang bleh dipetik sendiri buahnya, pastu kita org jejalan ke pasar berhampiran plak, ada la shopping barang cenderahati, makanan, bunga ros dan pokok bunga ros sekali beli maklum la isteri aku nie memang sangat suka akan bunga ros dan baunya. Dalam kul5 ptg kita orang wat gerakan gi taman rama² plak, dah puas sesi bergambar jejalan ke ladang lebah plak..tp lepak kat atas jer laa dah lewat petang sgt..malaih nak ushar kat bawah..kiranya pergi wat syarat jer laa tengok² apa yg best kat situ :D , malamnya lepak kat apartment jer laa layan tgk EPL sambil layan makan malam yg byk gilos menunya..letih la nak abiskan semuanya.


Ahad pagi lepas check out terus wat gerakan gi pasar untuk last shopping, pastu singgah ladang teh pekena nasi lemak sebungkus rm3 dulu + sesi snap gambaq, kemudian terus wat gerakan..singgah plak kat lata iskandar mandi manda dulu..dah puas mandi baru teruskan perjalanan pulang ke KL. Memang best la percutian kali nie maklum laa gi jejalan bersama family + tempat tinggal di sponser plak tu..terima kasih bebanyak la kat abg & kakak ipar aku yg sponser moga murah rezeki lain kali leh sponser lagi hehe..


my family

Thursday, April 15, 2010

Rezeki DariNya

Salam..
Alhamdulillah syukur dengan rezeki kurnian Allah..
semalam gi klinik fazdliana, doktor sahkan yg isteriku dah pregnant 3-4minggu..
semoga kandungan isteriku senantiasa selamat dan dilindungi dari pekara² yang tak diingini..
Buat isteri tersayang semoga tabah menghadapi fasa nie.

Monday, March 29, 2010

Sepak Takraw TM Selangor


Salam..
Pada sabtu lepas bertempat di kompleks sukan TM Bukit Raja telah berlangsung kejohanan sepak takraw TM Selangor. 2 pasukan dari MMU telah dihantar untuk menyertai pertandingan ini.

Skuad 2010

Alhamdulillah syukur akhirnya skuad 2010 berjaya mendapat tempat ketiga, kalah pada team The Klang pada peringkat separuh akhir. Kemenangan nie menjadi semangat buat skuad 2010 agar meneruskan latihan untuk menghadapi kejohanan seterusnya yang dijangkakan akan berlangsung di MMU pada pertengahan tahun nnt.

Thursday, March 25, 2010

Majlis Perkahwinanku


Salam..
Syukur kepada ilahi kerana dengan izinNya kini aku selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatiku. Maka bermulalah fasa baru dalam kehidupan aku sebagai seorang suami. Status dah berubah + tanggungjawab pun turut berubah. Diharap aku dapat menjaga anugerah kurniaan ilahi nie dengan sebaik mungkin insya'allah.

05 mac 2010 - majlis pernikahan aku berlangsung selepas isyak, dengan 2 kali lafas maka sahlah aku menjadi suami kepada Siti Marsilla Mohamddin. Lepas selesai majlis pernikahan diteruskan pula dengan majlis berinai. Majlis selesai hampir pukul12 malam.

Dalam kul 1 pagi, tengah merehatkan badan untuk persiapan majlis kenduri pada esoknya, aku mendapat perkhabaran yang menyedihkan dimana ayah memaklumkan yang nenek aku telah meninggal dunia...sedih sangat sebab tak dapat lihat arwah buat kali terakhir..ayah dan pakngah serta toksu buat gerakan pulang ke Kedah dalam kul2 pagi..tinggal la mak dan saudara yang lain temankan aku..

06 mac 2010 - bertempat di J6827 Kesang Jaya berlangsungnya majlis perkahwinan aku, lepas zohor majlis persandingan bermula..alhamdulillah majlis berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran saudara mara dan jugak sahabat handai.

13 mac 2010 - Majlis sambut menantu bertempat di felda bukit tangga, cuaca baik sekali walaupun bahangnya agak terasa, dalam kul2 baru pasangan pengantin tiba haha nie semua angkara ramai sangat pasangan pengantin yang datang make up kat studio hari tu. Majlis berjalan dengan lancarnya. Buat kengkawan aku yang sudi menghadiri majlis perkahwinan aku di melaka dan kedah, terima kasih bebanyak jasamu akan ku kenang.

Tuesday, January 19, 2010

Happy Besday Sayang

Salam..

Hari nie merupakan hari yang istimewa buat insan yang aku sayangi..
Selamat ulang tahun ke 23 buat tunang tersayang Siti Marsilla..semoga diberkati Allah kehidupan didunia dan akhirat serta berbahagia bersama family dan insan tersayang :D

Harap apa yang kita rancang bersama dipermudahkanNya.