BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 10, 2009

Aktiviti² semasa cuti².com

Assalamualaikum..
Alkisah nak cerita aktiviti yang best aku lakukan start dari malam khamis hingga la ke hari isnin. Best ja rasa bila cuti banyak hari hehe..maklum la aku hari jumaat pun apply cuti jugak.

Khamis malam ada meeting AJK Malaysianbowlers.com sempena Annual Tournament yang akan berlansung pada hari sabtu nanti kat Sunway Pyramid. Jadi kepada sesapa yang nak join tournament nie leh la register jadi ahli member MB.com, habis jer meeting, agenda seterusnya ialah membowling la, dah lama tak membowling nie..hampir 3-4bln, layan 3 games, paling tinggi score 150 saja..haha gilos laa..mcm mana nak main kat AT mcm nie.

Hari jumaat aku ngan kengkawan aku gi layan MotoGP pre-season 2009 kat Litar Sepang, nie kiranya dah menjadi aktiviti tahunan jugak nie, tahun nie awal sket dari hari thaipusam, tahun lepas pergi tengok masa hari cuti thaipusam. Apapun memang layan laa, dan yang penting aku suka tengok Valentino Rossi.

Hari sabtu, aku ngan bro dole gi jejalan ke PWTC sempena Gerak Usahawan Nasional 2009, saja gi tengok apa yang menarik dan mencari ilmu apa yang patut melalui pameran dan sebagainya. Patutnya lepas gi PWTC gerak ke bangunan MARA plak sebab ada seminar berkaitan "kreatif ICT" tapi disebabkan staff member aku ambik cuti secara mengejut, terpaksalah balik awal. kul3.30 dah sampai ke esso seri kembangan.

Hari ahad, petangnya melepak saja kat rumah, malam baru keluar gi stadium old trafford kat Azwart Putra Permai layan game man utd bersama bro ady, taqi, milan, dole, mamu & miezi. Sibbaik menang jadi balik tido pun dengan gumbira heheh.

Hari isnin pepagi lagi dah bangun, kul8.50 gi lepak kat terminal bersama bro adi dan dole, breakfast dulu sebelum buat gerakan ke banting. dalam kul9.30 baru buat gerakan ke banting berjumpa oriyanso dan bapanya..bincang apa yang patut.Hampir kul1 baru buat gerakan pulang ke cyberjaya, sampai lepak makan².com kat terminal dulu, pastu buat gerakan ke JJ Putra Permai cari barang sket sebelum hantar bro adi balik.akhirnya aku sampai rumah kat kul5 ptg, agak keletihan jugak la hari cuti bangun awal² ..jadi aku baring jer laa sesambil layan citer eagle eye.

0 comments: