BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 06, 2009

Selamat Datang 2009

Assalamualaikum..
Alhamdulillah dah 6 hari kita memasuki tahun 2009, syukur kepada Allah kerana masih lagi membenarkan aku menikmati kehidupan di dunia nie.

Permulaan tahun nie, keadaan aku sedikit tidak stabil start dari 1hb hingga semalam keadaan badan aku berada dibawah paras normal( demam+sakit perut). Berapa hari tidoq aku terganggu, tu yang dibawah paras normal tu. Itu pun dah tak tahan sangat semalam baru aku gi ambik ubat kat klinik harmoni. Alhamdulillah hari nie dah rasa baik..makan ubat mesti la baikkan, jangan takut makan ubat saja.

Sempena tahun baru nie mesti orang akan tanya tentang azam baru, tapi aku takda la azam baru, kiranya sambungan dari tahun lepas jer la nie, kebanyakkan apa yang aku harapkan tahun nie aku akan dapat apa yang aku idamkan untuk diri aku, untuk keretaku, untuk kameraku dan sewaktu dengannya.

Aku jugak berharap agar tahun nie Allah akan memberkati dan mempermudahkan kehidupan aku, family aku dan kengkawan aku.

0 comments: