BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 30, 2009

Fikirlah

Benarkah salahku, lepaskan kamu
Kau duga egoku, fahami diriku begini
Tiada yang sama
Yang pasti kita semua bebeza
Kau fikirlah

Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat aku keliru

Tiada guna kita menderita
Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Kita pernah satu, aku dan kamu
Dulu itu dulu, masih di dalam ingatanku
Kini berbeza
Namun masih ku harap kau bersedia
Oo mungkinkah, kau temu bahagia

Lepaskan semua mimpimu
Tangis dan juga sayumu
Kau fikirlah

Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat ku keliru

Tiada guna kita menderita,
Sungguh semua tidur pun tak lena,
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Aku keliru
Aku keliruuuu....

Lagu & Lirik: Aizat

Wednesday, January 28, 2009

Alkisah cuti² sempena CNY

Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari nie dah start masuk keja balik selepas bercuti sempena CNY di kampung halaman. Semalam balik ke KL terpaksa mengadap kesesakan yang tak ingat, tapi sibbaik la aku balik ngan Jelita Transtour hehe..asyik bangun tido..bangun tido tak sampai² KL lagi. Naik bas dari Changlun pukul1.30 tgh hari sampai KL pukul11.15mlm. Sampai jer Puduraya terus bergegas ke station LRT Plaza Rakyat sibbaik sempat naik last train kul11.30 ke Sg Besi, pastu mcm biasa la kacau la kawan aku si dole ambik aku hantar ke Cyberjaya.

Sempena dengan cuti CNY nie memang penuh la aktiviti aku kat kampung, kebanyakkannya aktiviti menghadiri majlis kenduri perkahwinan la. Hari sabtu jadi driver bawa mak & ayah aku gi kenduri kat Alor Setar. Selesai majlis terus buat gerakan ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar lawat anak jiran kat ICU akibat kemalangan motor, Terpaksa beratur panjang nak lawat sebab ramai jiran tetangga yang datang, maklum la kat ICU hanya dibenarkan 2 org jer masuk lawat dalam satu masa. Hari ahad plak, family aku, family mak ngah aku dan family paklang aku gi berkelah kat Gua Kelam, pastu jejalan sambil menghabiskan duit kat Padang Besaq..aku lepak kat keta jer laa sesak gilos dengan manusia, nak parking keta pun susah, lepas tu buat gerakan ke Tasik Melati plak lepak reramai kat situ sesambil habiskan bekalan makanan yang masih ada. Keesokan harinya plak jadi driver lagi bawa mak & ayah aku gi kenduri kahwin, tapi hari nie ada 3 jemputan yang wajib pergi, awalnya gi majlis area Kodiang diikuti Megat Dewa pastu baru la gi ke Alor Setar.

Hari selasa, pepagi lagi dah bangun tolong mak aku kopek kulit jagung pastu mesin buah nyior untuk buat bubur asyura, kiranya nie aktiviti wajib jugak la setiap tahun buat bubur asyura secara reramai bersama jiran. 5 orang jiran aku yang join jadi 1 kawah besaq jugak laa buat. Aku tolong part awal saja part nak mengacau bubur tu memang aku malaih..jadi aku lepak dlm rumah layan tengok tv pastu kemaih barang untuk balik KL.

Pic dengan kaum kerabat semasa kat Gua Kelam dan Tasik Melati Perlis

Thursday, January 22, 2009

Pertandingan Karom Anjuran Kelab MESRA

Assalamualaikum..
Salam malam rabu, alhamdulillah malam tadi telah berlansung pertandingan karom anjuran kelab MESRA MMU. Bagi staff club tiada yuran dikenakan tapi bagi yang bukan member staff club dikenakan bayaran RM10, jadi aku dan kengkawan lain pun dengan selamber la menguji skill yang telah lama tak digunakan, memang ternyata kita orang hanya gah sebagai jaguh kat kedai kopi saja. Memasing hanya sampai ke pusingan pertama saja hehehe..cayalah kita sesama teror rupanya.

Insya'allah untuk pertandingan kali nie formatnya "single" jadi nanti kalau buat untuk "double" kita orang join lagi, maklum la free jer untuk staff club. Setidaknya dapat jugak memeriahkan keadaan. Jadi dah kalah awal tu maka buat gerakan pulang awal laa..gi hantar adi dulu kat SK pastu buat gerakan pulang laa, lepak kat rumah buat keja apa yang patut sebelum balik bercuti raya cina.

Thursday, January 15, 2009

CMEAD Sport Club Kehilangan Dua Pemain Utama

Assalamualaikum..
Alkisahnya nak citer CMEAD Sport Club kehilangan dua player terhebat ibarat gandingan markis kido dengan hendra setiawan dalam arena badminton apabila diorang tidak mahu lagi berkhidmat dengan majikan sekarang. Mungkin lepas ini diorang akan bermain dengan kelab yang lebih hebat dari kelab sekarang hehe. Ketiadaan diorang agak memberi kesan jugak la pada kelab yang ada sekarang, maklum la diorang pun antara nadi pengerak kelab badminton nie.

Tapi apapun harap sekiranya mereka mempunyai masa terluang bolehlah join kita orang bermain badminton nanti. Bagi kengkawan yang masih lagi meneruskan khidmat, jom la kita reramai turun bermain badminton setiap rabu. Buat persediaan awal sket la untuk Piala Azhar 09 hehehe.

Monday, January 12, 2009

Happy Besday Mak

Assalamualaikum...
Salam malam isnin, kejap tadi baru jer call mak nak ucapkan happy besday sempena ulang tahun kelahiran mak yang ke 52. Aku doakan semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta senantiasa diberkati Allah dalam menjalani kehidupan. Yang bestnya mak memang tunggu pun anak² dia call, tadi masa aku call aku ada la bgtau dia yang aku kurang sihat, ingatkan aku sorang jer..rupanya adik aku pun sama jugak demam teruk. Tapi takpa dah bgtau mak insya'allah semuanya akan okey. Kerana mak akan sentiasa doakan utk kesihatan anaknya.

Saturday, January 10, 2009

Piala Testimonial Azhar Edisi ke 2

Assalamualaikum
Alhamdulillah akhirnya pertandingan Piala Testimonial Azhar08 edisi kedua berjalan dengan jayanya. Ini semua adalah dengan usaha sama para ahli kelab sukan CMEAD dan jugak kengkawan MMU daripada Melaka dan Cyberjaya, terima kasih bebanyak atas sokongan semua.

Para peserta pertandingan Piala Testimonial Azhar edisi kedua

Acara bermula dalam pukul9.30pagi dengan ucapan daripada president badminton CMEAD iaitu Mahathir, diikuti oleh penerangan tetang perlawanan oleh Darnalis dan kemudian bacaan doa oleh Abang Halim. Acara perlawanan diteruskan mengikut kumpulan dan seterusnya.

dari kiri: Azam, Zakaye,Ameant,Abg Shah & Yusrin

Untuk edisi kali ini seramai 24orang mengambil bahagian, keputusan rasminya.. Ameant dan Abg Shah berjaya menjadi johan, ditempat kedua wakil dari Melaka iaitu Zakaye dan Azam, dan tempat ketiga oleh Yusrin dan Pekli, manakala bagi winner plate dimenangi oleh pasangan Taqi dan Dole.

Taqi dan Dole

Pertandingan ini selesai dalam pukul4 petang, Insya'allah jika diizinkan Allah tahun depan pertandingan ini pasti akan diadakan lagi. kemudian bagi para pemain yang tidak mempunyai komitmen lain, kita orang sesama buat gerakan ke Hassan Cafe untuk menjamu selera.

Lagi gambaq ---> klik sini

Tuesday, January 06, 2009

Selamat Datang 2009

Assalamualaikum..
Alhamdulillah dah 6 hari kita memasuki tahun 2009, syukur kepada Allah kerana masih lagi membenarkan aku menikmati kehidupan di dunia nie.

Permulaan tahun nie, keadaan aku sedikit tidak stabil start dari 1hb hingga semalam keadaan badan aku berada dibawah paras normal( demam+sakit perut). Berapa hari tidoq aku terganggu, tu yang dibawah paras normal tu. Itu pun dah tak tahan sangat semalam baru aku gi ambik ubat kat klinik harmoni. Alhamdulillah hari nie dah rasa baik..makan ubat mesti la baikkan, jangan takut makan ubat saja.

Sempena tahun baru nie mesti orang akan tanya tentang azam baru, tapi aku takda la azam baru, kiranya sambungan dari tahun lepas jer la nie, kebanyakkan apa yang aku harapkan tahun nie aku akan dapat apa yang aku idamkan untuk diri aku, untuk keretaku, untuk kameraku dan sewaktu dengannya.

Aku jugak berharap agar tahun nie Allah akan memberkati dan mempermudahkan kehidupan aku, family aku dan kengkawan aku.