BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 16, 2008

Open house MMU

Assalamualaikum..
salam pagi khamis, pagi nie dingin semacam jer keadaan cuaca kat luar pun berkabus, maklum la skrg nie setiap petang kat bumi Cyberjaya nie dilimpahi hujan rahmat.

semalam MMU menganjurkan rumah terbuka sempena aidilfitri, bermula dari kul12 tgh hari sampai la ke pukul 2. Makan².com mesti la meriah dengan pelbagai juadah yang disediakan, alhamdulillah makanannya memang sedap dan lebih banyak daripada biasa hehe..

Yang lebih menarik minat lagi untuk menghadiri majlis nie ialah kerana Tun Mahathir dan isteri pun akan turut serta. huhu dapat bertemu Tun memang saat yang mengumbirakan maklum laa orang yang aku kagumi dan orang yang membangunkan daerah Kupang Pasu tempat jajahan Tun sewaktu Tun masih memegang jawatan sebagai PM. Terima kasih Tun jasamu akan tetap ku kenang sampai bila².

Aturcara majlisnya bermula bila VIP² TM datang dalam kul12 lebih dimulakan dengan ucapan president MMU dan jugak ketua TM pastu terus ke agenda makan².com dan tak lama lepas tu baru la Tun dan isterinya datang.

kat bawah nie ada sedikit gambaq yg sempat snap sempena open house MMU nie.


bergambar bersama Tun Mahathir & Tun Siti Hasmah

Paklong kata nak diet tapi byk jugak ambik makanannya..hehe

Firdaus HR..nie salah sorang geng layan bola sepak kedah kat stadium

Antara kaum kerabat MPU & MMU Cynergy

Geng² gadis dan bunga MPU

Nie geng kejor yob kejor..bro wan & mokhtar

0 comments: