BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 22, 2007

Alkisah Raya 2007

Assalamualaikum..
Salam petang isnin..huhu hari nie baru laa dpt online..balik kg 10 hari tak dpt online angkara line phone kat rmh aku rosak, org TM semua cuti agaknya..aku report start raya ke-2 sampai smlm pun tak betulkan lg.Apa kehalnya la diorang nie.

Tahun nie raya memang best..tp duitnya pun best jugak laa..asyik kluar jejalan.com jer. Yang bestnya dapat la jumpa kaum kerabat sebelah ayah aku yg selama nie tak pernah berjumpa..maklum laa diorang baru thn nie balik beraya kat kg halaman. Dapat la jugak aku kenal saudara mara jauh.

Alkisah raya tahun nie:
Raya Pertama - gi jejalan raya rmh kengkawan satu kampung, sblh petang balik berapa rumah tok sebelah ayah.

Raya Kedua - gi ziarah kubur tok & tokwan sebelah mak kat alor setar, tak sempat nak pusing raya rumah saudara mara yg lain sebab kaum kerabat sebelah ayah aku nak dtg rumah beraya dan jugak kengkawan aku.

Raya Ketiga - sambung beraya rmh saudara mara kat Alor Setar dan Kuala Kedah

Raya Keempat - beraya kat rumah saudara mara kat area Jitra

Raya Kelima - Keluar gi Jitra ngan ayah aku..jejalan.com sesambil byr duit keta

Raya Keenam - Lepak Mode..seharian dok rmh layan tv jaa...bestnya hidup

Raya Ketujuh - Pagi kluar gi bank dan settlekan bayaran pinjaman rmh dan keta utk bln depan..maklum la gaji masuk awal pastu terus gi bkt kayu hitam beli beras pulut utk buat ketupat.

Raya Kelapan - Keluar ngan mak dan ayah aku gi kenduri rmh saudara jiran aku kat Changlun..sibbaik dekat jaa..tp dah ambik tender jd driver time raya nie..ikut arahan jer laa hehehe.

Raya Kesembilan - balik kl gerak kul9 pagi..singgah ambik member aku kat Sg Petani..pastu singgah Sbrg Perai tolong ambikkan barang member aku yg tertinggal - jumpa member aku kat Shah Alam terus ke Cyberjaya. Sampai terus ke opis ingat nak simpan barang skali..opis kunci la plak ngan mangga..terus gi beraya rmh member opis kat Pinggiran Putra sesambil htr barang utk disimpan kat rmh dia.Sampai bebetul kat rmh dah kat kul6.30ptg.

itu jer la alkisah raya thn nie..alhamdulillah semuanya perancangan berjalan dengan lancar.



0 comments: