BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 19, 2007

Selamat Pengantin baru [Dole & Ejan] dan Jejalan Ke Kota Tinggi

Assalamualaikum..
Salam malam ahad..aku baru jer sampai rumah nie..hari nie penat jugak la rasa badan nie..maklum la jauh perjalanan. Hari nie seawal jam 6.15pagi aku dah bangun gi hantar adik member aku ke esso. Lepas hantar balik rmh mandi².com bersiap dan kejutkan member aku utk buat gerakan ke Puchong ambik lagi sorang member aku utk gi kenduri rumah whosend & Ameant kat Kota Tinggi. Lepas ambik member aku kat Puchong terus buat gerakan ke Cyberjaya jap pastu barulah buat gerakan ke port perjumpaan ngan kaum kerabat yg lain utk konvoi ke Kota Tinggi kat R&R Seremban. Berhenti bfast dulu pastu baru teruskan perjalanan. Dari KL hanya 7 orang jer iaitu aku, oriyana, 2pac, bd & niena, mie & tunang.

Kita orang gi kenduri rmh whosend dulu,sampai pun dalam kul1 lebih. whosend masih lg berpakaian biasa..lambat la plak diorang nie bersanding dalam kul2.40ptg baru start dalam keadaan hujan gerimis.Lepas ushar diorang bersanding dlm kul3ptg buat gerakan ke rmh ameant plak..elok sampai jer terus dgr paluan kompang...bertuah betul kami dapat lihat kedua² geng kita orang bersanding.

Kemeriahan kenduri kat rmh ameant lebih terasa dengan adanya acara kuda kepang bila masa pengantin tgh makan beradab. Memang teruja la layan kuda kepang nie..4-5 org jugak naik sheikk(main eja jer nie). Tapi yg bestnya member aku yg bersemangat nak mkn nasik kenduri pun bleh jadi tak berselera nak makan..tergejut agaknya bila tgk keadaan tu berlaku depan mata..hehehe

Dalam kul 4.30ptg kita orang buat gerakan pulang ke KL. Masuk pit stop jap kat R&R Ayer Keroh, kira sebagai penutup sblm member aku buat gerakan terus ke cheras dan aku ke serdang. Alhamdulillah syukur perjalanan kita org berjalan lancar walaupun time balik sesak sket highway.

Semalam hari sabtu bersamaan 18hb ogos 2007 , kawan baik aku iaitu Mohd Shahdulkhairi(Dole) selamat bergelar suami kepada Wan Noraini(Ejan) kat Kuantan. Kepada Dole dan Ejan semoga jodoh korang akan kekal sehingga akhir hayat dan kehidupan senantiasa diberkati oleh Allah.



0 comments: