BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 23, 2007

Tentang Kemerdekaan

Assalamualaikum..
sempena dengan bulan kemerdekaan nie, ingin aku mewujudkan satu galeri tentang apa itu kemerdekaan dari pelbagai perspektif kengkawan aku. Terima kasih kepada kengkawan yang sudi menyumbangkan hasil kerja korang.

Design by Chino
Design by Chino
Design by Rayz
Design by Rayz




Design by Ameant

Design by Chino Design by Koi Design by Squad85
Design by Fadh Design by Keh
Design by Antesmu Design by Chino
Design by Keh
Design by Milan Design by Mleo
Design by Melor Design by Ameant
Design by Mleo
Design by Tim Design by 2pac Design by 2pac
Design by Whosend
Design by Lambo

Wednesday, August 22, 2007

Sembunyi

Percikan sinar matamu singgah di hati
Bergetar bibirku bisu sukar mengerti
Pantasnya diri tertawan
Tak sempat berkelip aku kau punya

Biar pun mengutus ilham menuju jiwa
Teguhmu suatu raga melamar rasa
Biar pun kita mencuba

Sembunyi… namunkan terlihat yang jelas di wajah
Kita memang sarat merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala

Bertentang mata sebentar dihanyut angan
Tersentap lalu ku sedar diperhatikan
Sedangkan diri terasa kemana
Renungan aku nak alih

Bertentang mata sebentar dihanyut angan
Tersentap lalu ku sedar diperhatikan
Sedangkan diri terasa kemana
Renungan aku nak alih

Sembunyi… namunkan terlihat yang jelas di wajah
Kita sememangnya sarat merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala

Walau kita coba sembunyi
Namun terlihat segalanya yang tersimpan di hati
Bintang-bintang di malam cerah beri cahaya
Tak menghalang menyinari segala

Walau kita coba sembunyi
Namun terlihat segalanya yang tersimpan di hati

Kekasih Gelapku

kumencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yang tau
kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku

ku tau kutakkan s'lalu ada untukmu
di saat engkau merindukan diriku
ku tau kutakkan bisa memberikanmu waktu
yang panjang dalam hidupku

yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
yang kucari s’lama ini dalam hidupku
dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
yang panjang dalam hidupku

kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku
mencintaimu lebih dari apapun
kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku
kekasih gelapku…

Sunday, August 19, 2007

Selamat Pengantin baru [Dole & Ejan] dan Jejalan Ke Kota Tinggi

Assalamualaikum..
Salam malam ahad..aku baru jer sampai rumah nie..hari nie penat jugak la rasa badan nie..maklum la jauh perjalanan. Hari nie seawal jam 6.15pagi aku dah bangun gi hantar adik member aku ke esso. Lepas hantar balik rmh mandi².com bersiap dan kejutkan member aku utk buat gerakan ke Puchong ambik lagi sorang member aku utk gi kenduri rumah whosend & Ameant kat Kota Tinggi. Lepas ambik member aku kat Puchong terus buat gerakan ke Cyberjaya jap pastu barulah buat gerakan ke port perjumpaan ngan kaum kerabat yg lain utk konvoi ke Kota Tinggi kat R&R Seremban. Berhenti bfast dulu pastu baru teruskan perjalanan. Dari KL hanya 7 orang jer iaitu aku, oriyana, 2pac, bd & niena, mie & tunang.

Kita orang gi kenduri rmh whosend dulu,sampai pun dalam kul1 lebih. whosend masih lg berpakaian biasa..lambat la plak diorang nie bersanding dalam kul2.40ptg baru start dalam keadaan hujan gerimis.Lepas ushar diorang bersanding dlm kul3ptg buat gerakan ke rmh ameant plak..elok sampai jer terus dgr paluan kompang...bertuah betul kami dapat lihat kedua² geng kita orang bersanding.

Kemeriahan kenduri kat rmh ameant lebih terasa dengan adanya acara kuda kepang bila masa pengantin tgh makan beradab. Memang teruja la layan kuda kepang nie..4-5 org jugak naik sheikk(main eja jer nie). Tapi yg bestnya member aku yg bersemangat nak mkn nasik kenduri pun bleh jadi tak berselera nak makan..tergejut agaknya bila tgk keadaan tu berlaku depan mata..hehehe

Dalam kul 4.30ptg kita orang buat gerakan pulang ke KL. Masuk pit stop jap kat R&R Ayer Keroh, kira sebagai penutup sblm member aku buat gerakan terus ke cheras dan aku ke serdang. Alhamdulillah syukur perjalanan kita org berjalan lancar walaupun time balik sesak sket highway.

Semalam hari sabtu bersamaan 18hb ogos 2007 , kawan baik aku iaitu Mohd Shahdulkhairi(Dole) selamat bergelar suami kepada Wan Noraini(Ejan) kat Kuantan. Kepada Dole dan Ejan semoga jodoh korang akan kekal sehingga akhir hayat dan kehidupan senantiasa diberkati oleh Allah.



Monday, August 13, 2007

Selamat Pengantin Baru [Ameant & Alya] dan [Whosend & Mleo]

Assalamualaikum...
Salam petang isnin, hari nie last konvo.. pagi td dalam kul 10 lebih dah gi settle dulu semua barang kat extension hall pastu dah bleh melepak kat opis ja laa.

Berbalik pada objektif asal bagi tajuk nie adalah untuk aku tumpang gumbira kerana 2 orang kawan aku kira geng² seni bintang jgk la nie dah selamat mendirikan rumah tangga. Pada hari sabtu lepas ameant dah selamat menjadi suami kepada bismi alea dan semalam pada hari ahad bersamaan 12hb ogos whosend plak selamat menjadi suami kepada hamisah(mleo).

Kepada kengkawan aku semua nie..aku doakan semoga kehidupan korang semua senantiasa diberkati Allah dan tabah menghadapi kehidupan berumahtangga nie. Semoga ikatan yang dibina nie berkekalan hingga ke akhir hayat.





Saturday, August 11, 2007

Keja² Time Konvo

Assalamualaikum
salam malam sabtu, minggu nie minggu yang penuh bebizian. Sabtu ahad pun kena keja, apa bleh buat dah department aku yang uruskan kebanyakkan hal berkaitan konvo kali ke-8. Start hari isnin hingga jumaat semuanya staff CMEAD kena uruskan tentang actived smard card utk konvo.

hari nie seawal jam 6.50pagi dah gerak ke opis,lepas check in terus buat gerakan ke extansion hall, lepak situ kejap pastu kita orang terus gi ke bangunan FIT yg baru utk jaga kaunter final test untk smart card. Lepas semua student dah masuk ke Grand Hall aku dan kengkawan lain yang tak kena tugas jaga kat Grand Hall terus ke Ext hall.Kita orang melepak kat kat kaunter photo sambil layan tgk konvo secara stream kat pc. majlis konvo tahun nie diadakan sesi pagi jer, itu yang rasa lega sket..kalau la dua sesi mcm tahun lepas lagi letih. Dalam kul12 dah settle untuk majlis hari nie. Kita orang gi lepak makan².com dan balik lepak kat opis. Sampai kul2 ptg aku buat gerakan pulang..malas nak tunggu lagi..rasanya utk buat semakan semula system kat smard card untuk majlis esok biar geng² exec jer la uruskan..hahaha. balik rest kat rumah sesambil layan tv..sampai la tv layan aku tido.

Malam memang lepak kat rmh jer la, malaih nak kluar sibbaik ada roti utk dimakan..jadi laa utk memalam. Aktiviti layan tgk tv jer la. Sesambil tu sempat la ushar blog nie..jadi aku rerajin la update sket. Esok kena bangun awal lagi..tp aku macam biasa la sure kul1-2pagi baru leh tido.



Wednesday, August 08, 2007

Alkisah Konvo & Kenangan Bersama Whosend(Bujang)

Assalamualaikum..
Salam petang rabu, kebizian melanda diri skrg nie. Kejap lepak kat opis kejap lepak kat ext hall untuk persiapan konvo.Nie baru jer balik dari dgr penerangan mengenai jadual tugas pada hari konvo nanti, kita orang kena bertugas dari kul 6.45pagi sampai kul12 tgh malam..huhu gilos laa.Susah nak melarikan diri macam nie.

Dalam memasing bz sempat lagi sesi bergambaq dengan bakal pengantin hujung minggu nie, iaitu bro Whosend, kira gambaq kenangan bujang dia bersama staff CMEAD la nie..hehehe. Kepada bro Whosend yang akan start bercuti esok, diharapkan semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Klau ada masa untuk melarikan diri akan sampai la aku ngan kaum kerabat CMEAD ke Kuang, kalau tak kita jumpa kat Kota Tinggi jer laa.





Tuesday, August 07, 2007

Ruang Rindu


Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke ujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada
Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi
Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada

Chorus 2x:
Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu

Bertemu

Sunday, August 05, 2007

Kenari Terbang Tinggi

Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur dan tahniah pada pasukan Kedah Darulaman kerana berjaya merangkul gelaran Liga Super bagi tahun 2006/07. Aku memang menanti keputusan di Bandar Seri Begawan dengan penuh debaran tadi apabila melihat live kat tv pasukan perak berjaya mengatasi Sarawak. Tapi akhirnya apabila dah dapat tahu keputusan penuh yang pasukan Kedah menang 1-0 yang memastikan kedah mengesahkan kejuaran liga tahun nie.

Tahniah sekali lagi pada pemain dan pengurusan pasukan kedah dengan kejayaan nie, aku turut berasa bangga dan akan senantiasa menyokong pasukan negeri kelahiran aku nie. Semoga kejayaan nie akan berkekalan pada sesi 2007/08.


HIJAU KUNING NEGERIKU

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau kuning lambang kemegahan
Jelapang padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Chorus:

KEDAH
Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melingtang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

TT Zon 4 - OldTown Cyberjaya

Assalamualaikum..
salam pagi ahad, jam dah kul1.30 pagi tapi mata aku nie tak bleh dilelapkan lagi, mungkin dah terlebih tido kot disebelah siangnya.

Semalam kul8mlm aku join aktiviti badminton bersama ngan geng² opis, aku main sampai kul9 jaa.pastu terus buat gerakan balik rumah, bersiap untuk join TT zon4 kat oldTown Cafe Cyberjaya dekat jer ngan tempat aku. Disebabkan geng² MHCC masih tunggu geng² dari zon lain yg belum datang kat Restauran Alif, jadi aku pun gi la lepak opis kejap, ambik barang yg perlu diambil. pastu terus buat gerakan ke OldTown Cafe.

Aku sampai jer situ tengok hanya ada sebijik jer keta honda civic yg ada, aku pun gi kenal²..rupanya dia lah Zaiboz orang lama dalam MHCC yang dah 2 tahun tak aktif. Dia yang uruskan tempat TT utk kali nie.lepak punya lepak dalam kul10.20mlm baru la geng² MHCC lain tiba, dalam 20 buah semuanya. Plan asalnya selain TT, diadakan street soccer, tp disebabkan lambat sampai dah ada orang lain yang main, jadi nak taknak kena tunggu sampai kul1 pagi baru leh dpt main street soccer.

lepas aktiviti main street soccer kita orang gi melepak kat Hassan Cafe Cyberjaya sampai la kul3 pagi. Memang balik rumah dalam keletihan tak ingat. Hampir kul5 pagi baru dpt tido. Esoknya bangun memang sakit seluruh badan hahaha..penangan main badminton ngan street soccer dalam satu malam yg sama. Aku bangun pun selepas member aku call nak datang opis ambik barang dia kebetulan dia takda kunci opis, jadi aku pun terus bangun dan bersiap untuk gi lepak kat opis kejap sesambil charge hphone aku.

Dalam kul2ptg gi lepak makan².com ngan member aku ameant & alya bakal pengantin pada hari ahad minggu depan. Kiranya makan².com bujang terakhir bersama diorang. Settle ja mkn aku terus gi lepak kat esso seri kembangan. lepak kat rumah pun bosan jgk sesorang.