Assalamualaikum..
Hari isnin yg sungguh merelaxkan...maklum la semua keja dah settle, skrg nie tunggu start cycle baru jer..jadi skrg nie lepak².com jer la kat opis.
Aktiviti minggu lepas, pada hari sabtu opis aku ada buat friendly match bowling antara bebudak CMEAD ngan bebudak ICEMS bertempat kat ARL Bowl Alamanda. Dalam kul2ptg dah ramai yg berkumpul, dalam kul 2.30ptg kita orang dah start membowling. Settle semua acara dalam kul4.30ptg, memang meriah rasanya, maklum laa jarang dapat berkumpul reramai, bila ada acara macam nie baru laa dapat berkumpul. Lepas habis semua acara, aku ngan bebudak designer yg lain gi lepak makan².com kat food court kat Alamanda.Balik jer terus gi kedai kat serdang gi ambik "awek" aku, kang lelama lepak kat situ susah jgk.
Hari ahad, pepagi lagi member aku kat putrajaya dah msg tanya aku nak join tak dia ngan geng² KOL yang lain gi picnic kat pusat perkelahan Serendah. Aktiviti awal semuanya berkumpul kat rumah bro jack kat sungai buaya, selesai jer acara memasak semua makanan dalam kul1ptg baru buat gerakan ke destinasi ayaq terjun. Sampai ja sana terus jer aktiviti menjamu selera,selesai jer makan kita orang terus ngan aktiviti mandi manda ngan mengurut badan..memang best, maklum la lama tak gi mandi kat air terjun nie. Had puas mandi berhenti lepak makan².com lagi..pastu sesi kedua berendam dalam air, tp aku malaih nak join..jadi lepak tengok diorang jer laa.Aktiviti tamat dalam kul5.30ptg, semasa gerakan pulang team kita orang jer terus balik, yang lainnya singgah kat rumah bro jack. Aku sampai kat rumah dalam kul8 mlm. Aktiviti yang agak meletihkan tapi memang seronok laa. :)
0 comments:
Post a Comment