BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 23, 2007

Aktiviti Semasa CNY...

Assalamualaikum...

Salam di pagi jumaat, dah lama tak menulis kat blog nie, lepas cuti CNY nie banyak la plak keja yang menanti. Nie pun baru jer settle poster openday yang dateline dia hari nie. Petang nanti dengar kata ada lagi poster baru nak kena buat..ayakkk letih aku macam nie, maklum la aku bukannya pakar dalam illustrator nie.

Tahun nie CNY aku baru dapat 2 angpoww..hahaha blasah jerr orang nak bagi. Lepas la duit bayar main badminton untuk minggu nie. CNY aku kat kampung. Cuti² nie kenduri saja la, memang penuh jadual la aku kalau lepak kat kampung. Jejalan.com saja
Aku buat gerakan balik ke kampung pagi sabtu ngan member aku, gerak dari Putrajaya kul 8 pagi sampai ke BKH kul 7.30 malam. Memang bebetul bersiar laa bawa keta, jamm tak ingat perjalanan ke utara. Sampai jer member aku ajak gi layan game bola kedah vs pahang. Memang tak dapat la aku nak menjoinkan diri..letih bangat.Tak sampai kul10 malam aku dah terbabas tido.

Hari ahad aku ngan family balik ke kampung Tok aku, agendanya sesambil ziarah tok aku ada jemputan kenduri kahwin. Kat tempat kenduri jumpa la 2-3 orang geng² sekolah menengah aku. Dapat la info skit tentang kengkawan aku zaman sekolah dulu. Pastu mak ayah aku ajak gi lawat sedara mara kat area kodiang la plak, aku follow jer laa, Lagipun aku dah lama tak jenguk tok cik ngan tok ndak aku kat situ.

Hari isnin, lagi la padat aktiviti aku, pepagi lagi dalam kul9 dah buat gerakan ke Parit Puntar ngan family aku. Jejalan gi ziarah family kawan adik aku. Dalam kul5 petang baru buat gerakan pulang. Agenda aku balik dari PB terus ke Kuala Perlis sebab dah janji ngan maklang ngan paklang aku nak belanja diorang makan kat sana, sebab diorang dah tolong bersihkan rumah aku hujung tahun lepas.

Hari selasa pagi keluar Jitra kejap ngan ayah, settlekan bil telefon bab plan merdeka kat TM Point. Dalam kul2.30 ptg buat gerakan ke Sg Petani ambik member aku untuk buat gerakan ke KL. Sampai Sg Petani sempat lagi melencong ke rumah kawan baik aku kat kg. Dia baru dapat anak, jadi kena la gi lawat kejap anak buah..Dalam kul5.30 ptg baru la kluar dari area Sg Petani. Perjalanan balik memang seperti diduga terpaksa mengadap jamm sekali lagi. Tapi sempat jugak aku ngan kawan aku melencong masuk ke Kuala Kangsar. gi cari labu sayong. Akhirnya selepas hantar member aku kat Putrajaya, aku sampai kat rumah dah kat kul2 pagi. Gilos letih!!

0 comments: