BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 26, 2007

Tiga Malam Tanpa Bintang

Kasih.. maafkan diriku..
Banyak dosaku padamu,
Tidak terhitung jari jemari daku..
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu..
Sukarnya diriku menebus kesilapan yang lalu..
Kasih.. engkau tak bersalah,
Hanya hatiku yang buta..
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga..
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa..
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya..

Tiga malam.. tanpa bintang..
Dan diriku dihimpit penyesalan..
Arah hujung kian padam..
Kerna hilangnya..
Bagaikan siang diselubung gerhana..

Kembalikan senda tawa..
Pulangkanlah manis di senyum manja..
Ku pahatkan keinsafan..
Dan patrikan kesetiaan..
Sehingga tarikh menafikan nyawa..

Friday, February 23, 2007

Aktiviti Semasa CNY...

Assalamualaikum...

Salam di pagi jumaat, dah lama tak menulis kat blog nie, lepas cuti CNY nie banyak la plak keja yang menanti. Nie pun baru jer settle poster openday yang dateline dia hari nie. Petang nanti dengar kata ada lagi poster baru nak kena buat..ayakkk letih aku macam nie, maklum la aku bukannya pakar dalam illustrator nie.

Tahun nie CNY aku baru dapat 2 angpoww..hahaha blasah jerr orang nak bagi. Lepas la duit bayar main badminton untuk minggu nie. CNY aku kat kampung. Cuti² nie kenduri saja la, memang penuh jadual la aku kalau lepak kat kampung. Jejalan.com saja
Aku buat gerakan balik ke kampung pagi sabtu ngan member aku, gerak dari Putrajaya kul 8 pagi sampai ke BKH kul 7.30 malam. Memang bebetul bersiar laa bawa keta, jamm tak ingat perjalanan ke utara. Sampai jer member aku ajak gi layan game bola kedah vs pahang. Memang tak dapat la aku nak menjoinkan diri..letih bangat.Tak sampai kul10 malam aku dah terbabas tido.

Hari ahad aku ngan family balik ke kampung Tok aku, agendanya sesambil ziarah tok aku ada jemputan kenduri kahwin. Kat tempat kenduri jumpa la 2-3 orang geng² sekolah menengah aku. Dapat la info skit tentang kengkawan aku zaman sekolah dulu. Pastu mak ayah aku ajak gi lawat sedara mara kat area kodiang la plak, aku follow jer laa, Lagipun aku dah lama tak jenguk tok cik ngan tok ndak aku kat situ.

Hari isnin, lagi la padat aktiviti aku, pepagi lagi dalam kul9 dah buat gerakan ke Parit Puntar ngan family aku. Jejalan gi ziarah family kawan adik aku. Dalam kul5 petang baru buat gerakan pulang. Agenda aku balik dari PB terus ke Kuala Perlis sebab dah janji ngan maklang ngan paklang aku nak belanja diorang makan kat sana, sebab diorang dah tolong bersihkan rumah aku hujung tahun lepas.

Hari selasa pagi keluar Jitra kejap ngan ayah, settlekan bil telefon bab plan merdeka kat TM Point. Dalam kul2.30 ptg buat gerakan ke Sg Petani ambik member aku untuk buat gerakan ke KL. Sampai Sg Petani sempat lagi melencong ke rumah kawan baik aku kat kg. Dia baru dapat anak, jadi kena la gi lawat kejap anak buah..Dalam kul5.30 ptg baru la kluar dari area Sg Petani. Perjalanan balik memang seperti diduga terpaksa mengadap jamm sekali lagi. Tapi sempat jugak aku ngan kawan aku melencong masuk ke Kuala Kangsar. gi cari labu sayong. Akhirnya selepas hantar member aku kat Putrajaya, aku sampai kat rumah dah kat kul2 pagi. Gilos letih!!

Monday, February 12, 2007

Keletihan Melanda

Assalamualaikum...
Salam di petang isnin, hari nie memang bz skit. Banyak keja yang perlu disiapkan. Apa² pun hari nie kena siapkan 1 module subject sem nie untuk di upload, esok dah kena start buat poster untuk MMU openday. Kalau ikutkan hari nie memang malas mode, badan letih, tido tak cukup memang complete set.

Maklum la start dari hari jumaat malam hari tu sampai la semalam penuh ngan aktiviti. Jumaat malam layan main badminton ngan bebudak CMEAD.Semakin meriah squad badminton CMEAD skrg nie, ramai plak yang menjoinkan diri, sebelum nie hanya geng admin ngan grafik ja yang ramai, Kali kedua aktiviti nie geng² icems ngan production pun join sekali. Habis main lepak², balik rumah pun dah kat kul1 pagi.

Hari sabtu pagi tu memang rest jer la kat rumah, badan pun letih semacam jer. Dalam kul2 petang keluar gi puduraya cari tiket bas untuk balik raya cina nanti. sekali semua tiket dah habis, jd jalan penyelesaiannya kena la tumpang kengkawan yang nak balik ke utara. Nasib baik la ada jugak member aku yang nak balik kg sempena raya cina nanti.Walau apapun aku tetap nak balik jugak raya cina nanti, ngan keadaan mak yang tak berapa sihat sekarang nie, klau ikutkan hati nak jer balik kg sekarang jugak. Tapi disebabkan keja yang banyak..terpaksa la bersabar.Pastu dalam kul6 aku ngan kengkawan aku gerak ke rumah kawan kita orang geng MB.com untuk persedian terakhir sebelum Annual Tournament esoknya.Settle jer semua keja dalam kul12 malam baru balik.

Hari ahad memang kena bangun awal la, kul8.30 dah buat gerakan ke Alamanda Putrajaya untuk MB 4th Annual Tournament 2007.Alhamdulillah semua agenda semalam berjalan lancar. Tahniah kepada President MB dan cik Sato kerana menjuarai kejohanan tahun nie. Dan terima kasih bebanyak kerana belanja kita orang makan satay kat taman warisan pertanian semalam. Semalam sampai rumah dah kat kul6 ptg, memang letih bangat badan nie, aku terus tido jer. Dalam kul6.45 member aku call minta tolong jd cashier jap sebab dia nak hantar atuk dan nenek dia balik ke rumah family dia. Walaupun letih macam mana pun aku akan tetap tolong setakat yang aku mampu kalau yang request adalah kawan aku nie.

Monday, February 05, 2007

Jom Bersukan...Sekali Sekala Best Jugak

Assalamualaikum...


Sekarang nie setiap hari jumaat malam sabtu, bebudak CMEAD plan akan mengadakan aktiviti bermain badminton di Kelab Komuniti Cyberjaya. Aktiviti² yang dijalankan oleh geng² CMEAD ini adalah untuk mengeratkan lagi siratulrahim diantara staff² CMEAD. Jadi kalau ada geng² CMEAD kat Melaka tu kalau nak join..turun la sini..hehe