BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 31, 2007

Suka Duka 2007

Assalamualaikum..
Salam pagi isnin terakhir pada tahun 2007, esok bermulalah lagi satu dimensi baru dengan bermulanya tahun 2008. Semoga tahun 2008 akan lebih membawa erti dalam kehidupan kita semua.

Alhamdulillah, tahun nie byk jugak kenangan manisnya dlm hidup aku, awal tahun aku mendapat awek baru walaupun bersusah payah sebelumnya..dapat jugak memilikinya hehe. Insya'allah akan aku jaga kurnian tuhan kepada aku sebaiknya.
Aku bersyukur jugak kerana khidmat aku masih lagi diperlukan di MMU, jadi dapat la aku meneruskan hidup dengan pengurusan seperti tahun sebelumnya walaupun dah meningkat beban tanggungan aku.
Tahun nie jugak aku memulakan satu langkah baru baik menaik tarafkan hidup dan kemahiran aku dalam menceburi bidang baru. Semoga bidang baru nie akan berjaya.
Setiap kehidupan tak semestinya kita senantiasa gembira..pasti setiap orang akan merasai kesedihan dan sebagainya..itulah kehidupan bagi aku laa. Aku pun takleh lari dari kesedihan yang melanda aku dan jugak orang² yang aku sayangi. Tapi apapun terjadi aku kena redha, mungkin ini dugaan Allah kepada aku dan jugak orang² yang aku sayangi.
Tapi tahun 2007 lah dugaan yang maha hebat dalam hidup aku, alhamdulillah, aku masih lagi mempunyai kekuatan dan semangat menghadapi dugaan dariNya..tapi segala kekuatan dan semangat ini semua pasti datang jua dariNya. Bersyukur jugak aku diberi kesihatan yang baik dalam kehidupan aku pada tahun nie, begitu jugak dengan orang² yang aku sayangi.
Itulah sukaduka tahun 2007 pelbagai kenangan terindah dan sebaliknya. Insya'allah kalau dipanjangkan umur akan bertemu lagi ditahun 2008.

Friday, December 28, 2007

Movie time: national treasure book of secrets

Assalamualaikum..
Salam pagi jumaat..sungguh mendamaikan dan mengantuknya aku. Semalam balik dari lepak².com tgk wayang sampai rumah dah kat kul1.30pagi. Melepasi time tido aku menyebabkan aku susah sket nak melelapkan mata..mau kat kul 3pagi baru nak bleh tido, siap leh layan baca komik dulu. Sekali sekala buat aktiviti mcm nie memang charoo laa.
Semalam layan tgk wayang citer national treasure book of secrets ngan kaum kerabat malaysianbowlers.com kat Mid Valley ada la 10 org yg join. Citer dia memang best la bagi aku dengan aksi²nya, komedinya..tapi lagi best yang part 1 bagi aku laa. Apapun pada geng² yang belum gi layan citer nie...gi la layan di pawagam yg berhampiran dengan anda..sure best.
Sebelum layan citer nie kita org lepak makan².com kat Carl's jr kalau tak silap aku laa..layan burger memang stok kenyang punya laa kena sebijik pun. pastu kul9.30 baru masuk wayang. Abis layan citer nie gi lepak minum².com kat kerinchi dulu..pastu baru la memasing buat gerakan.

Wednesday, December 26, 2007

Alkisah Raya Haji 2007

Assalamualaikum..
Salam pagi rabu, dah lama aku tak menulis kat blog nie..kebizian melanda semenjak dua menjak nie. Hari nie memang aku nak melepak kat opis jer..malaih nak buat keja walaupun bila masuk opis jer dah nampak storyboard dah ada atas meja.

Alkisah raya haji tahun nie..1st time aku drive balik raya sesorang..syahdu betui.Tapi aku dah siap burnkan cd lagu utk hilangkan ngantuk..haha persediaan rapi tu..Sibbaik la higway tak jamm time aku balik, kalau tak lagi la syahdu takda member nak berborak. Tahun nie takda buat korban, makan daging korban ja yang banyak..lepak kat rumah asyik pekena masakkan berasaskan daging jer laa.

Tahun nie balik raya best jgk la..dapat jumpa balik kawan aku yang dah hampir 10 tahun tak jumpa. Dapat la mengimbau kembali zaman² dok cari ikan puyu kat dalam sawah bendang dulu. Nostalgia betui laa. Raya tahun nie..dapat jugak la merasai gi beraya dalam banjir. Raya kedua aku gi beraya rumah mak saudara aku ..terpaksa la meredah banjir yg tak berapa sangat la..tapi mmg charoo laa.

Tuesday, November 27, 2007

secrettouch

Assalamualaikum
Alhamdulillah..akhirnya secrettouch telah berjaya didaftarkan secara rasminya..Jadi senang sket untuk team kita orang menjalankan aktiviti yang berkaitan fotografi. Kepada team member secrettouch, semoga apa yang kita rancangkan berjalan dengan lancar.Kepada kengkawan yang memerlukan khidmat fotografi untuk pertunangan, perkahwinan atau sebarang acara leh jer contact kita orang :D



Secrettouch FP

Monday, November 26, 2007

Kini Bebas...

Assalamualaikum..
Salam petang isnin..hari nie mcm biasa jer..mode buat keja pun takda. Jadi lepak².com jer laa. Alkisah yang aku nak ceritakan hari nie ialah..hari nie aku dah bebas( konon jer nie)...sebab member seangkatan aku kat Inilah Budaya Department Putri dah pun berpindah tempat keja kat kampung halamannya kat JB. Sedih jugak la..maklum lah dah 6 tahun keja sesama.

Banyak kenangan yang tak dapat dilupakan, yang paling best..time datang interview untuk bekerja kat MMU la..member aku nie siap bawa satu family dia tu temankan dia. Tapi memang berbaloi..akhirnya dapat jgk keja kat MMU dan akhirnya menjadi team member graphic artist kat IBDP dan kemudiannya CMEAD.

Kepada sahabat aku fadh a.k.a mama haziq & fahim semoga berjaya ditempat keja baru..kalau turun kl jangan lupa inform kita orang.Insya'allah ada masa nanti, sampai la aku ke JB :)

Tuesday, November 20, 2007

Bila Nak Saksi

Wajahmu kerap kumimpi wajahmu sering kupuja
Buatku terasa sepi kala ku bukakan mata
Kau masih belum pun ku punya Rinduku masih kau tak peka
Cintamu kerap kumimpi cintamu sering kudamba
Buatku terasa sedih kala ku bukakan mata
Kau masih belum pun kudakap rinduku masih kau tak singkap

Bila nak saksi kau datang terkulai?
Bila nak saksi kau datang membelai?
Bila nak saksi cintaku sampai?

Dirimu kerap ku mimpi Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan kau dapat bersama
Nyatakan cinta yang terpendam Membina istana tersergam

Bila nak saksi kau datang terkulai?
Bila nak saksi kau datang membelai?
Bila nak saksi cintaku sampai?
Kau masih belum pun ku punya Rinduku masih kau tak peka

Bila nak saksi kau datang terkulai?
Bila nak saksi kau datang membelai?
Bila nak saksi cintaku sampai?
Bila nak saksi cintamu ku damba

Dirimu kerap ku mimpi Dirimu sering ku khayal
Aku Angan angankan

*lagu dari kumpulan Spider

Monday, November 12, 2007

Majlis Kenduri + Gathering KOL


Assalamualaikum..
salam malam isnin, hari nie kat opis agak kebizian yang melanda dengan aktiviti meng"upload" subject² baru ke dalam server mmls. Dari pagi sampai ke petang..dalam kul4 lebih pc aku dah slow angkara disk space aku yg tinggal berapa mb jerr. Apapun pc aku dah kembali stabil ngan bantuan en adi yang meminjamkan ext harddisk dia utk aku pakai buat seketika.

Pada hari sabtu dan ahad aktiviti aku agak padat, pada hari sabtu aku gi kenduri kahwin member malaysianbowlers.com iaitu en apat a.k.a evildead kat Bidor. Kita orang gi berkonvoi ngan kaum kerabat mb.com yg lain. 5buah keta semuanya dengan port perjumpaan utk perjalanan kat hentian rehat Rawang. Memang best dan penat hari tu..yer la keluar rumah seawal jam9 pagi..balik rumah kat kul6 petang..penatt siottt. Malam memang aku lepak kat rumah jer laa dah tak larat nak kluar.

Hari ahad pun penuh jgk aktiviti, seawal jam 9 pagi kluar gi bfast kat terminal bas Cyberjaya ngan member seopis aku merangkap member team photograpy. Dalam kul9.45 kita orang buat gerakan ke Kg Melayu Subang untuk ke majlis perkahwinan member kita orang. Kira kita orang tolong dia jer la ambikkan gambaq sempena perkahwinannya. Yang bestnya semua team kita orang turun hari tu aku dan chino dari Cyberjaya, whosend dari Cheras dan eirwan dari Gombak. Port perjumpaan awalnya kat Airod Subang.

Aku lepak ambik gambaq sampai kul2.30ptg jer pastu terus buat gerakan ke Flamingo bowl plak untuk jumpa bebudak kedahonline.net. Sampai jer diorang dh settle aktiviti membowling, jadi melepak makan dan minum².com jer laa ngan diaorang. Balik jer dari Ampang singgah kat esso seri kembangan, ajak member aku lepak borak, maklum la dah lama tak lepak sesama, banyak jugak la benda untuk dibualkan. Dalam kul8.40 malam baru buat gerakan ke Cyberjaya.
huhu..2 hari yang memenatkan bagi aku..tp apapun aku suka dengan aktiviti yang aku lakukan skrg.

Monday, October 29, 2007

Layan Kenduri & Open House

Assalamualaikum..
Salam petang isnin..hari nie cuaca kat Cyberjaya nie mendung jaa..aku rasa petang nie sure hujan punya laa.Sabtu dan ahad lepas penuh ja aktiviti aku dengan undangan perkahwinan laa..dan jugak open house.

Sabtu..dlm kul10 pagi buat gerakan ke Putrajaya gi ambik abg ferio yang sakit utk dihantar ke workshop rasminya. Setelah selesai sesi penghantaran abg ferio..gi dropkan tuan empunya abg ferio kat Taman Warisan Putrajaya. Pastu aku buat gerakan pulang ke MMU. Lepak kejap dalam kul12.40 tgh hari buat gerakan ke Petaling Jaya untuk menghadiri majlis perkahwinan member opis aku nie. Aku gi ngan Danz sebijik keta dan Chino serta gadisnya sebijik keta. Balik jer dari majlis, kepala pun dah pening angakara blasah nasik minyak + panas + aku tak bfast. Jadi aku blasah 2 biji penadol terus tido. Bangun jer dah kul6 lebih.

Ahad plak aktiviti bermula pada jam 10.45pagi..aku buat gerakan ke esso seri kembangan tunggu uzin & wife dia utk buat gerakan ke majlis perkahwinan member sekolej dulu kat Kepong. Dole & wife dah kat gombak time tu, jadi kita org plan jumpa kat rumah pengantin jer laa..best jugak la gi kenduri kengkawan lama nie..dpt la jumpa jugak 2-3 orang member sekolej dulu.

Selesai jer dari majlis perkahwinan kita orang buat gerakan ke esso utk ambik keta aku dan buat gerakan ke Bangi plak untuk menghadiri open house rumah juan. Sampai jer sana ramai dah geng² opis yang ada..antaranya madir, milan,chino, pian & wife. Selesai jer aktiviti makan².com..lepak ambik gambaq sepam dua..baru la buat gerakan pulang.

Ingatkan dan balik terus..skali member aku bg cadangan ajak port Putrajaya dulu ambik gambaq sepam dua baru buat gerakan balik Cyberjaya. Aku on jer laa..skali skala best gak. Balik lepak kejap rumah member aku nie, maghrib baru buat gerakan balik rumah aku. Semalam kul9 lebih aku dah tido..letih tak ingattttt.


Thursday, October 25, 2007

Lepak.com - Chinostudio

Assalamualaikum..
hari nie masuk opis pagi td dlm keadaan mood ngantuk, gilos la semalam leh terbabas tido kat rmh member aku si chinos. Semalam member opis aku nie ada buat makan².com kat rmh dia a.k.a Chinostudio sempena sudah siap hasil keja yg dia inginkan selama nie.

Aku semalam sampai dlm kul8.30mlm..kengkawan yg lain ada yg dah sampai awal. Bila sampai jer tgk diaorang tgh bermain ps2 winning eleven..ermm memang layan laa..mood utk mkn tu dah kurang sket laa..mood nak layan main ps2 jer ngan geng² pingiran putra heheh..Lepas dah 3-4game baru laa gi layan menu utama mlm tu iaitu spaghetti hasil masakan si chino.

Settle jer makan².com sambung lepak sesambil aktiviti fotografi studio si chino nie + ngan bebudak pinggiran putra yang main ps2 tanpa henti, sampai la aku plak sambung layan plak hehehe.Last skali tinggal aku ngan bebudak pinggiran putra jer yg melepak sampai pagi..last skali diaorang buat gerakan..aku jgk yg tak tersedar leh layan tido. terjaga dalam kul3 pagi tp disebabkan malas nak drive keta balik rmh..layan tido jer lah sampai pagi.




Tuesday, October 23, 2007

Menunggumu


Di dalam sebuah cinta
Terdapat bahasa
Yang mengalun indah
Mengisi jiwa
Merindukan kisah
Kita berdua
Yang tak pernah bisa
Akan terlupa

Reff:
Bila rindu ini masih milikmu
Kuhadirkan sebuah tanya untukmu
Harus berapa lama aku menunggumu
Aku menunggumu

Di dalam masa indah
Saat bersamamu
Yang tak pernah bisa
Akan terlupa
Pandangan matanya

Menghancurkan jiwa
Dengan segenap cinta
Aku bertanya

Kembali ke: Reff
Aku menunggumu
Dalam hati ku menunggu
Dalam hati ku menunggu
Aku...

Dalam lelah ku menunggu
Dalam letih ku menunggu
Aku...
Masih menunggu

Bila rundu ini masih milikmu
Kuhadirkan sebuah...
Harus berapa lama, harus berapa lama
Aku menunggumu, aku menunggumu
Aku menunggu...aku menunggumu

Monday, October 22, 2007

Alkisah Raya 2007

Assalamualaikum..
Salam petang isnin..huhu hari nie baru laa dpt online..balik kg 10 hari tak dpt online angkara line phone kat rmh aku rosak, org TM semua cuti agaknya..aku report start raya ke-2 sampai smlm pun tak betulkan lg.Apa kehalnya la diorang nie.

Tahun nie raya memang best..tp duitnya pun best jugak laa..asyik kluar jejalan.com jer. Yang bestnya dapat la jumpa kaum kerabat sebelah ayah aku yg selama nie tak pernah berjumpa..maklum laa diorang baru thn nie balik beraya kat kg halaman. Dapat la jugak aku kenal saudara mara jauh.

Alkisah raya tahun nie:
Raya Pertama - gi jejalan raya rmh kengkawan satu kampung, sblh petang balik berapa rumah tok sebelah ayah.

Raya Kedua - gi ziarah kubur tok & tokwan sebelah mak kat alor setar, tak sempat nak pusing raya rumah saudara mara yg lain sebab kaum kerabat sebelah ayah aku nak dtg rumah beraya dan jugak kengkawan aku.

Raya Ketiga - sambung beraya rmh saudara mara kat Alor Setar dan Kuala Kedah

Raya Keempat - beraya kat rumah saudara mara kat area Jitra

Raya Kelima - Keluar gi Jitra ngan ayah aku..jejalan.com sesambil byr duit keta

Raya Keenam - Lepak Mode..seharian dok rmh layan tv jaa...bestnya hidup

Raya Ketujuh - Pagi kluar gi bank dan settlekan bayaran pinjaman rmh dan keta utk bln depan..maklum la gaji masuk awal pastu terus gi bkt kayu hitam beli beras pulut utk buat ketupat.

Raya Kelapan - Keluar ngan mak dan ayah aku gi kenduri rmh saudara jiran aku kat Changlun..sibbaik dekat jaa..tp dah ambik tender jd driver time raya nie..ikut arahan jer laa hehehe.

Raya Kesembilan - balik kl gerak kul9 pagi..singgah ambik member aku kat Sg Petani..pastu singgah Sbrg Perai tolong ambikkan barang member aku yg tertinggal - jumpa member aku kat Shah Alam terus ke Cyberjaya. Sampai terus ke opis ingat nak simpan barang skali..opis kunci la plak ngan mangga..terus gi beraya rmh member opis kat Pinggiran Putra sesambil htr barang utk disimpan kat rmh dia.Sampai bebetul kat rmh dah kat kul6.30ptg.

itu jer la alkisah raya thn nie..alhamdulillah semuanya perancangan berjalan dengan lancar.



Tuesday, October 09, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2007

Assalamualaikum...
Aidilfitri bakal menjelma tak lama lagi.. aku ingin mengambil kesempatan nie untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin" pada semua kawan2 yg mengenali diri aku...Ampun maaf kalau ada salah dan silap... minta halal termakan minum... :)

kepada kengkawan yg menyambut perayaan kali nie kat area utara terutamanya kedah, jemputlah dtg beraya kat rmh aku.

Monday, October 01, 2007

Aktiviti² Berbuka Puasa

Assalamualaikum....
Salam petang isnin..kejap jer rasanya berada dlm bulan ramadhan nie..tak sampai lagi 2 minggu kita akan menyambut bulan syawal plak. Hari nie baru la berkesempatan aku nak update blog, maklum la sebelum nie memang bz gilos ngan subject e-learning aku tu. Kat sini aku letakkan gambaq² semasa aktiviti berbuka puasa.
Nie masa berbuka ngan ady & wife, paktam & milan kat Morib

Nie majlis berbuka puasa ngan kaum kerabat Malaysianbowlers.com kat Chop n Steak Kg Baru pada 22hb Sept 2007



Nie plak majlis berbuka puasa bebudak 513D pada 29hb Sept 2007 kat Restauran Firdausi, terima kasih bebanyak kepada kengkawan yang sudi hadir memeriahkan majlis nie.


Nie plak semasa berbuka puasa ngan Ameant & Alya serta whosend & Mleo pd 30hb Sept 2007

Wednesday, September 12, 2007

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum..
Esok semua umat islam dirantau asia tenggara nie akan start berpuasa. Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu ramadhan pada tahun nie. Semoga apa yang kita lakukan dibulan yang mulia nie akan senantiasa diberkati.

Kepada semua kengkawan aku, geng² blog aku minta ampun dan maaf la kalau ada salah dan silap. Semoga ibadah puasa yang kita jalankan nie diterimaNya. K lah selamat menjalani ibadah puasa kengkawan.

Monday, September 10, 2007

MB Trio Graded Merdeka Tournament

Assalamualaikum..
Salam petang isnin, pagi semalam dalam kul11pagi bermula lah satu lagi tournament anjuran Malaysianbowlers.com , aku seawal jam 9 pagi dah buat gerakan ke Endah Parade. Singgah kejap ambik member aku kat Pinggiran Putra.

Semalam memang meriah la seramai 27 team yang join tournament nie. Dapat la lihat muka baru dan muka lama ahli MB yang join tournament nie. Team aku punya nama ialah Sup Sayur. Menang ternyata kita orang nie memang team sayur hahaha. Team kita orang dapat no21 kalah tipis kepada team pesaing kita orang iaitu team kura² yang tabah. Apapun kita orang memang enjoy jer join tournament nie.

Settle jer tournament, kita orang macam biasa la lepak².com dulu, kali nie kita orang lepak kat KFC kat Endah Parade tu jugak. Hampir kul3.30ptg baru buat gerakan pulang. Balik rumah memang letih bangat, sempat la cover balik tido yang tak cukup sebelum nie hehe..


Jelapang Padi Juara Lagi

Gambar sumber :http://www.fam.org.my

Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur kepada yang maha esa, tahun nie merupakan tahun yang penuh gemilang bagi pasukan bola sepak Kedah kerana berjaya merangkul 3 piala. Ini jugak merupakan sejarah baru tercipta dalam bola sepak Malaysia dengan pasukan Kedah menjadi pasukan pertama memenangi piala Liga Super, FA dan jugak piala Malaysia.

Aku ngan kengkawan sekampung aku dari Kedah gi ushar perlawanan akhir kat stadium, memang meriah gilos laa, memacam gelagat leh tgk. Yang pastinya memang berbaloi la pelaburan rm20 dan rm30( beli dari ulat tiket) untuk dptkan tiket perlawanan akhir. Semangat hijau kuning jugak la dapat dilihat apabila member sekampung aku sanggup tu datang dengan naik bas ekspress semata nak layan final piala Malaysia nie.

Akhir sekali kepada semua pemain dan pengurusan Kedah tahniah diucapkan atas kejayaan yang penuh cemerlang nie.

Wednesday, September 05, 2007

Kad Dari Tun

Assalamualaikum..
awal bln nie dah kena pulun buat keja e-learning, pertengahan bulan lepas dah dok buat² bz ngan konvo mmu. Akhirnya keja² yang dilakukan time konvo tu berbaloi jugak la bila Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (Chancellor MMU) ada htr kad penghargaan kepada setiap orang yg terlibat dalam menjayakan konvokesyen ke-8 MMU.


Tuesday, September 04, 2007

Semoga Semuanya Selamat

Assalamualaikum..
Seperti sedia maklum, bekas perdana menteri Malaysia yang ke-4 Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menjalani pembedahan pintasan koronari di Institut Jantung Negara (IJN). Semoga Tun akan selamat dan semuanya berjalan lancar.

p/s: Tun Dr. Mahathir, org yg byk berjasa kpd negara dan jgk jajahan takluknya satu ketika dahulu - Kubang Pasu(kg halaman aku).Jasamu akan tetap dikenang.

Monday, September 03, 2007

Malaysiaku Gemilang

Assalamualaikum...
Salam pagi isnin, hari nie cuaca kat bumi cyber nie mendung jer..sama jer ngan mode aku bekerja, kemalasan tetap ada..negara Malaysia dah pun menyambut kemerdekaan ke-50 aku nie jer yang belum merdeka lagi..banyak lagi kerja yang menanti.

"Malaysiaku Gemilang" itulah tema bagi menyambut kemerdekaan tahun nie, aku takda la gi memana pun pagi hari merdeka yang lepas, lepak tengok tv kat rumah jer. Sebelah petangnya baru gi melepak ngan ameant & alya kat Taman Warisan, Putrajaya. makan².com pastu memasing bawa haluan memasing. Aku terus gi melepak kat esso sampai kul11.30mlm pastu sambung lepak².com kat azwart cawangan putra permai sampai kul1 lebih ngan ady & paktam.

Esoknya kul9 pagi dah gi ke azwart ambik badang yang datang dari Kedah untuk menghadiri kenduri abg ke-3(dole). Balik lepak kat rumah kejap, dalam kul11 pagi buat gerakan ke Serdang sebab aku kena jadi driver pengantin. Dalam kul1 ptg baru rombongan pengantin bergerak ke Putrajaya. Ramai kengkawan yang dah sedia ada dan jugak yang sedang berusaha mencari jalan kerumah pengantin, tapi alhamdulillah semuanya selamat tiba ngan selamatnya.

Selain kenduri, majlis nie ibarat macam bertemuan semula kengkawan lama dan baru. Maklum la memasing bz dengan komitmen kerja dan sebagainya jadi peluang yang macam nie lah dapat menemukan kembali kengkawan untuk berkumpul. Hari yang paling mengembirakan walaupun masih ada lagi kengkawan yang tak dapat menghadiri majlis nie, tapi syukur sesangat dengan semua kengkawan yang dapat hadir ke majlis dole nie antaranya BD & Niena, Manja & suami, Mie & tunang, Ameant & Alya, whosend & Mleo, ady & isteri, Khalid & isteri, najmi & isteri, AJ, chino, 2pac, dan badang. Semoga persahabatan kita nie akan kekal walaupun memasing dah mempunyai komitmen.




Thursday, August 23, 2007

Tentang Kemerdekaan

Assalamualaikum..
sempena dengan bulan kemerdekaan nie, ingin aku mewujudkan satu galeri tentang apa itu kemerdekaan dari pelbagai perspektif kengkawan aku. Terima kasih kepada kengkawan yang sudi menyumbangkan hasil kerja korang.

Design by Chino
Design by Chino
Design by Rayz
Design by Rayz




Design by Ameant

Design by Chino Design by Koi Design by Squad85
Design by Fadh Design by Keh
Design by Antesmu Design by Chino
Design by Keh
Design by Milan Design by Mleo
Design by Melor Design by Ameant
Design by Mleo
Design by Tim Design by 2pac Design by 2pac
Design by Whosend
Design by Lambo