BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 29, 2006

Alkisah Boikot Makan Ayam..

Assalamualaikum...dua tiga hari nie memang kecoh tentang kenaikan harga barang² termasuk laa sayur dan jugak ayam. Time masuk bulan puasa, dan² time tu laa semua pakat nak naikkan harga.Yang paling panas tentunya ayam nara laa( org serius dia memain plak). Semalam keluar berita tentang orang ramai disarankan boikot makan ayam..jadi dapat memacam reaksi laa dari pengguna..kebanyakkannya bersetuju dan ada jugak tak dapat mengelak kerana walaupun dia tak makan..katanya anak² dia tak boleh makan nasi kalau tak ada lauk ayam..itu laa macam² ada alkisah ayam nie.

Jadi semalam sesambil tgk tv, aku ngan member aku ada laa borak bab nie..kita orang pun dengan semangatnya tak nak laa makan ayam lagi buat sementara waktu nie..biar nanti harga ayam turun dulu. Member aku nie dengan selamber jer cakap dia memang lama dah tak makan ayam. Jadi kami akan jadi antara pengguna di Malaysia yang akan memboikot makan ayam laa nie( mcm real saja).

Habis tengok tv kita orang gi lepak tempat biasa laa..kat mana lagi kalau tak kat esso seri kembangan, lepas tutup jer esso kita orang gi laa lepak makan².com yang bestnya bila orang datang ambik order selamber jer aku ngan member aku pesan sup ayam. Masa nie tak sedaq lagi yang kami patutnya boikot makan ayam..bila dah sampai baru laa perasan ..alahai tadi baru cakap nak boikot makan ayam..sekali gi order sup ayam laa plak. Dah sampai makanan yang di order tu bedal jer laa, nak buat macam mana memang dah ini rezeki kami kot hehe..next time laa boikot..semangat perjuangan harmoni hehehe...

Thursday, September 28, 2006

Pekan Rabu - Macam² Ada

Ramadhan sudah datang tak lama lagi Syawal pulak. Jadi bulan nie laa orang ramai sibuk buat persiapan membeli belah sempena raya tak lama lagi. Tetiba teringat plak zaman kecik² dulu, kalau gi bershopping kat Aloq Setaq mesti pergi Pekan Rabu. Maklum la kat situ macam² ada..Tapi bila dah besaq nie dah jarang turun bandar Aloq Setaq, kalau sampai pun kat shahab perdana jer laa sebab kat situ perhentian bas ekspress. Dulu masa arwah tok dan tokwan ada memang aloq setaq laa tempat melepak malam sebelum raya. Skrg nie dah tinggal kat daerah lain jadi tempat melepak malam sebelum raya pun lain laa..hehehe. Tapi bila terdengar balik lagu pekan rabu nie..baru laa terasa dah lama aku tak menjejak kaki kesana..

Lagu Pekan Rabu

"Ha mai mai mai Mak Long Pak Long, Bang Wan Pak Wan, Pak Teh Mak Njang. Mai.
Mai kat Pekan Rabu kita ni. Nak cari apa semua ada. Tak payah pi jauh-jauh. Dok tang ni saja. Dalam Pekan Rabu semuanya ada. Percayalah.!"

Letaknya ditengah kota,
Pekan Rabu dibagi nama.
Masyur nama merata-rata,
terutama kawasan Utara.

Pekan Rabu memang tersedia,
barang kita juga barang depa
Reganya pula istimewa,
tak mahal tapi sederhana

Jaga-jaga bila melintas,
takut tak jumpa hai kuih karas
Emping padi dikanan kiri,
Bubur caca berwarna warni


Gitu juga buah-buahan
jambu pelam juga moktan
Luar negeri juga tempatan
reganya memang menjimatkan


Pekan Rabu istimewa, masyur namanya merata-rata

Kain baju toksah dok kata, fesyen Siam juga Amerika
Asli palsu kita jangan tanya yang pentingnya kita suka.

"Tu dia Makcik, mai mai mai. Harga jangan kira. ni dia fesyen kita punya. Makcik nak beli apa ? Ikan keli ? Ikan keli ada. Ikan kering ada. Sepat ada. Ruan ada. Ni ulam ! Ulam ni Makcik jangan cerita. Ala tempat kita ni. Nak ndak apa makcik habar. Ni belacan ni, belacan buat original. Ni belacan udang kepai ni. Udang kepai Kuala Kedah. Tempat lain tak dak makcik. Tak percaya, Makcik tanyalah sapa pun !."

Ulam-ulam begitu juga, daun pegaga ulam raja
Daun selom memang istimewa, penyeri tambah tenaga

Pakcik Makcik umur pertengahan, jangan hati rasa kebimbangan
Akar kayu, ubat ubatan, Tongkat Ali meyakinkan.

Pekan Rabu istimewa, disinilah tempat, dia bermula
Kini jadi orang ternama, masyur nama dia merata-rata

Pekan Rabu istimewa, masyur namanya merata-rata


"Kalau mai Kedah, jangan lupa singgah Pekan Rabu no!"

Lagu : A. Ali
Lirik : Tuan HajiYusuh Awang
Album : Lambaian Darul Aman (EMI)

Monday, September 25, 2006

Coretan "Jikalau Rajin" Di Bulan Puasa


Assalamualaikum, alhamdulillah kita dapat lagi merasai ramadhan tahun nie,Semoga ramadhan tahun nie dapat mendisiplinkan lagi diri kita dan cuba memperbaiki kelemahan diri.Bila datangnya ramadhan macam² ada..ngan terawihnya,bazarnya dan aktiviti berbuka puasa dan macam² lagi.Senang cerita memang best time bulan puasa nie.

Suatu Hari di hari Ahad(24 Sept 06)
pagi keja kat esso, petang keluar jejalan cari pasal kat Mines,balik dari Mines gi bazar ramadhan Serdang, pastu berbuka kat esso, malamnya keluar gi JJ Putra Permai cari barang keperluan untuk bersahur.

Suatu Hari di hari Isnin(25 Sept 06)
Mengantuk gilos pagi nie gi keja(sebab layan game Barcelona semalam la nie).Kat opis cut vo sepam dua janji ada laa jugak buat keja.Balik keja gi ushar bazar ramadhan Putra Permai.Berbuka kat tempat biasa laa kat mana lagi kalau tak kat esso :)

Suatu Hari di hari Selasa(26 Sept 06)
Semalam objective utama ialah dapatkan tiket balik raya. Lepas jer keja terus ke Puduraya cari tiket untuk balik raya.sibbaik ada lagi tiket tapi mahal laa RM35 sampai Alor Setar tapi tak kisah sangat la..janji dapat balik raya.

Suatu Hari di hari Kamis(28 Sept 06)
Semalam remp-it gi keja, balik keja mcm biasa laa gi mencari makanan untuk berbuka di bazar serdang. Semalam gi cari popia goreng pedas(betui ka nie..main sebut jer) favorite..sibbaik jumpa, byk² manusia kat situ leh jumpa jugak ngan sorang member MB..pehh jauh betui jejalan cari makanan bro nie..haha

Suatu Hari di hari Ahad(01 Okt 06)
Petang semalam plan aku ngan member² nak gi berbuka kat Pandan Jaya tempat Roti John Special, skali tutup la plak, pastu terus gi Tesco Ampang dan berbuka kat Restauran Santai.Tgh lepak berbuka jumpa plak memember lama satu kolej..bleh laa buat jejak kasih tentang kengkawan yang lain..tak rugi gi berbuka puasa kat Ampang semalam.

Suatu Hari di hari Khamis(05 Okt 06)
Hari nie keluar gi berbuka puasa ngan ahli² lembaga pengarah Malaysianbowlers.com dan jugak kengkawan MB.com yang lain kat Chop n Steak Kg Baru.Aku kalau western nie boleh laa makan tapi bukan makanan favorite untuk berbuka..apapun layaannnn

Suatu Hari di hari Selasa(10 Okt 06)
Hari nie cuti sempena Nuzul Quran kat selangor, jadi aku ngan kengkawan gi Endah Parade membowling, maklum laa dah lama tak membowling nie..best jugak, dapat laa air tebu free time berbuka hehehe

Friday, September 22, 2006

Berakhir Sudah Explorace Musim Ketiga



Gumbira rasanya hati bila team yang aku sokong Reezman & Azhari akhirnya menang jugak dalam explorace untuk musim ini, semalam memang aku menanti detik jam 9.30 malam untuk melihat rancangan kegemaran aku nie. Walaupun terpaksa bertugas semalam, nasibbaik jadi cashier jadi dapat laa tengok rancangan nie ngan aman skit walaupun kekadang ada sedikit gangguan(orang suruh keja gi layan tgk tv plak) hehehe..

Yang menjadikan rancangan nie lebih menarik,grand final kali nie dibuat di negeri kelahiranku negeri Kedah Darul Aman. Semalam punya pertarungan memang mendebarkan la bila team yang aku sokong yg mendahului tetiba dah kena pintas oleh pesaing mereka..itu laa lain kali "no more sesat" kalau aku yang masuk explorace kat kedah nie sure kalau bab lokasi tu tak jadi masalah..heheh.

Tapi oklah si Reezman & Azhari nie diorang memang jenis selamber jer..cool walaupun tau diorang ketinggalan "no more segan ,no more malu" tanya jer pakcik makcik guard janji dapat sampai ke destinasi yang dicari dan berjaya menyelesaikan task yang diberi walaupun kejap mendahului dan kejap ketinggalan yang penting diorang laa orang pertama sampai ke tempat penamat. Aku tumpang gumbira laa ngan kejayaan diorang nie..hehehe

Thursday, September 21, 2006

"Hakikat Kekayaan Dalam Islam"

Semalam selepas lunch time aku ngan kengkawan opis yang dipilih secara random kena gi "Talk" yang bertajuk "Hakikat Kekayaan Dalam Islam" anjuran Corporate Communications Unit (CCU).Pada petang itu orang yang dijemput untuk memberi ucapan mengenai tajuk ini ialah Tuan Hj Misri Simun iaitu Pengarah Pembangunan Kampus di MMU Cyberjaya.

Selepas sampai di CCU Presentation Room kita orang laa antara orang terawal sampai..kita orang nie gerak awal 10 minit dari masa bermulanya "Talk" nie.Maklum la tempat sebenar kejadian pun tak pasti lagi sebelum nie.Jadi untuk mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku kita orang buat gerakan awal. Bila sampai jer yang ada dalam bilik tu en Misri dan juga member² CITS yang sedang setting projector.Apabila ramai staff yang sudah sampai acara pun bermula.Pada waktu nie laa aku baru dapat tengok ramai jugak staff MMU yang aku tak kenal..hehehe.

Acara bermula dalam kul 2.40 petang,En Misri memberi penerangan mengenai apakah hakikat kekayaan dalam islam. Antara apa yang dapat aku faham mengenai apa yang disampaikan ialah:

- Kekayaan dan apa yang ada dlm alam semesta ini adalah hak mutlak Allah.

- kekayaan nie semua orang idamkannya dan Allah tidak melarang kita untuk mencari kekayaan.Tetapi kita kena lah ingat apa yang kita ada sekarang nie semuanya bukan hak kita yang kekal abadi.

- Untuk mengejar kekayaan kita kenalah mendapatkan dari sumber yang baik,lakukan setiap kerja dengan niat yang ikhlas supaya mendapat keredhaan Allah dan setiap hasil yang kita miliki tu kita kenalah ingat sebahagian darinya adalah hak milik orang lain. Jadi kita kenalah keluarkan sikit hasil yg kita dapat dan berikan kepada orang yang memerlukan.

- kita perlulah menjadi orang yang berharta supaya kita dapat berjihad kejalan Allah dengan harta yang kita ada sekiranya kita tidak mampu berjihad ke jalan Allah dengan tenaga yang kita ada. Orang yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima.

Supaya "Talk" petang itu tidak membosankan En Misri menceritakan pengalaman yang dilalui di Semporna Sabah.Dari situlah dia melihat kekuasaan dan kekayaan Allah yang mencipta langit dan bumi ini.Dibumi Semporna inilah dia melihat hakikat kekayaan yang sebenarnya.Begitu indah dan penuh dengan nikmat Allah yang terdapat dibumi itu dengan suasana dan keindahan yang terdapat disitu dapat menenangkan hati setiap pengunjungnya.Dan apa yang perlu kita ketahui bahawa sumber atau rezeki Allah ini ada dimana mana saja, jadi kita kenalah berusaha untuk mendapatkannya.

Akhir sekali En Misri ada la bagi tips untuk menjadi kaya..itupun dirujuk dari sumber² dari buku yang telah dibacanya.

Talk nie selesai hampir pukul 5 petang,Jadi lepas nie bolehla plan gi jejalan ke semporna Sabah. Tiba² terdetik jugak laa perasaan ingin kesana suatu hari nanti. Harap² apa yang diidamkan akan menjadi kenyataan hehehe..


Tuesday, September 19, 2006

Pecinta Wanita

Kutemukan dalam pencarian
Cinta sejati untuk hidupku
Kurang lebih yang seperti dia
Ku harap dalam cintaku

Ku tak mau menjanjikannya
Pasti bahagia bila denganku
Biar dia rasakan sendiri
Betapa gilanya cintaku

Aku memang pencinta
Namun ku bukan buaya
Yang setia pada seribu gadis
Ku hanya mencintai dia

Aku memang pencinta
Yang lembut seperti dia
Ini saat ku akhiri semua
Pencarian dalam hidup dan cintaku
Ternyata yang ku mahu hanyalah dia

Friday, September 15, 2006

Formula untuk berjaya...




Sekadar renungan..

Jika :
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
ialah :
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

maka,
Hardwork = H+A+R+D+W+O+R+K = 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98% jer... 2% lagi hilang ke mana?

Knowledge = K+N+O+W+L+E+D+G+E = 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96% jer?

Luck = L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47% (Kengkadang orang pikir nih yang penting)

Habis? apa yang boleh buat 100%? kekayaan? pangkat? ...tidak sama sekali... setiap soalan
mesti ada jawapannya... untuk mencapai kecermelangan,kita hanya perlu maju selangkah
lagi...ianya adalah...

A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Thursday, September 14, 2006

Apa Mungkin..

Mahu kemana ku langkahkan kaki
Mencari ketenangan hati ini
Apa yang aku buat serba tak kena
Masih jugak aku bergini

Puas sudah ku cari kepastian
Apakah harus ku biarkan
Kesetianmu tiada lagi...
Pergi ..pergilah engkau pergi

Mana mungkin..mana mungkin aku
Masih jugak menunggu
Apa mungkin..apa mungkin aku
Melupakan dirimu..

Wednesday, September 13, 2006

Ramadhan Bakal Menjelma

Dalam tempoh belasan hari lagi, Ramadhan bakal menjelma.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran: “Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 183)

Fadhilat Ramadhan telah dinyatakan di dalam bermacam hadith dan ayat Al-Quran. Di antaranya – yang agak popular, sabda Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan yang diberkati, maka Allah SWT memfardhukan ke atas kamu berpuasa pada bulan tersebut, bulan yang dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka, syaitan-syaitan dibelenggu. Serta di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terhalang daripada kebaikan malam itu maka terhalanglah ia daripada segala kebaikan.” (Al-Hadith)

Di dalam hadith yang lain, riwayat Bukhari dan Muslim:
“Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keikhlasan kepada Allah maka diampunkan kepada Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terdahulu."

Berdasarkan himpunan hadith sahih beserta kalam yang dipetik dari Al-Quran, dapat disimpulkan bahawa di antara kelebihan Ramadhan Al-Mubarak:

1. Di dalamnya terdapat Lailatul Qadar yakni malam yang diturunkan Al-Quran.

2. Lailatul Qadar juga yang lebih baik dari seribu bulan. Inilah yang termaktub di dalam Al-Quran: “Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran ini pada Lailatul Qadar. Dan apakah kamu mengetahui apakah kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.” (Al-Qadr: 1-3)

3. Bulan yang dibuka pintu syurga. Di dalam hadith yang lain: “Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang dinamakan ‘pintu Rayyan’, ertinya; orang yang sudah kenyang kerana minum, iaitu pintu yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti…”

4. Bulan yang ditutup pintu neraka.

5. Bulan yang syaitan-syaitan dibelenggu

6. Bulan keampunan, berdasarkah hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, Hasan Sahih menurut Al-Albani.

7. Melaksanakan umrah di dalam bulan Ramadhan bersamaan dengan pahala mengerjakan haji, berdasarkan hadith riwayat Al-Bukhari.

Bagaimana pula dengan ganjaran yang menanti Muslim yang memenuhi tuntutan untuk berpuasa di dalam bulan Ramadhan? Di antaranya:

1. Ganjaran pahala amalan di dalam bulan Ramadhan dipertingkatkan sebanyak 70 kali ganda.

Hadith Rasulullah SAW: “Bulan Ramadhan ini ganjarannya dipertingkatkan sebanyak 70 kali ganda.”

2. Memperolehi dua kegembiraan berdasarkan hadith yang sahih riwayat An-Nasa’i: “Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan; kegembiraan yang pertama ketika berbuka puasa dan kegembiraan yang lain ialah ketika menemui Allah.”

3. Diampunkan oleh Allah dosa-dosa yang terdahulu sekiranya didirikan dengan penuh
keikhlasan, berdasarkan hadith Mutafaq ‘alaih.

4. Puasa sebagai perisai menghadapi ‘musuh’ hawa nafsu.

5. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari kasturi di sisi Allah SWT.

6. Doa orang yang berpuasa tidak ditolak oleh Allah SWT, berdasarkan hadith riwayat
At-Tirmidzi, disahihkan oleh Al-Albani.

Persiapan Individu Menghadapi Ramadhan

Setiap individu perlu bersiap-sedia untuk menanti ketibaan Ramadhan. Pelbagai amalan perlu ditingkatkan, demi mencapai fadhilat yang tersenarai tatkala Ramadhan. Inilah hasrat yang pastinya ingin dicapai oleh semua Muslm yang hakiki, demi mencapai mardhatillah.

Memfokuskan pada ibadah puasa, persiapan yang boleh dilakukan demi memperkukuhkan amalan berpuasa fardhu sempena Ramadhan kelak, semestinya amalan berpuasa sunat. Di kala menghitung detik Ramadhan yang tinggal tiga belasan hari, masih belum terlambat untuk kita berpuasa sunat. Puasa-puasa sunat yang boleh kita laksanakan di dalam ‘tempoh kecederaan’ ini adalah:

1. Berpuasa pada Isnin dan Khamis
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Abu Hurairah RA: “Bahawa Rasululullah lebih sering berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, lalu ditanyakan orang kepadanya apa sebabnya.

Maka ujarnya: “Sesungguhnya amalan-amalan itu dipersembahkan pada setiap hari Isnin dan Khamis, maka Allah berkenan mengampuni setiap Muslim, kecuali dua orang yang bermusuhan, maka firman-Nya; “Tangguhkan kedua mereka itu!” (Riwayat Ahmad)

2. Puasa Nabi Daud
Puasa Nabi Daud ialah puasa secara berselang seli, yakni berpuasa, keesokannya tidak berpuasa dan seterusnya. Terdapat dua hadith yang menyokong amalan ini. Hadith yang pertama;Sabda Rasulullah SAW: “Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud. Beliau tidur seperdua malam dan bangun pada sepertiganya kemudian tidur pula seperenamnya. Beliau berpuasa sehari kemudian berbuka sehari (tidak berpuasa)” (Riwayat Ahmad) Hadith yang lain pula apabila Abdullah bin ‘Amar mendesak Rasulullah SAW agar menyuruhnya berpuasa lebih daripada apa yang diperintahkannya, lalu Rasulullah SAW bersabda: “Kalau begitu, berpuasalah seperti puasa Nabi Daud, dan jangan lebih lagi!”

Laksanakanlah amalan puasa sunat selagi mana diberikan nikmat kehidupan dan kesihatan oleh Allah SWT. Jangan sehingga kedua-dua peluang ditarik balik oleh Allah SWT, barulah kita merintih dan menyesal; mengapa tidak dilaksanakan amalan-amalan tersebut sebelum ini.

Adakah kedudukan Ramadhan masih jauh dari kita? Tidak! Hanyalah sekangkang kera dari tanggal hari ini, maka jangan berlengah lagi. Pastikan kehadiran Ramadhan disambut dengan hati yang terbuka yakni kita cukup bersedia untuk merebut peluang yang dikurniakan oleh Allah SWT, sekali dalam setahun. Jangan dilepaskan peluang keemasan ini.

Monday, September 11, 2006

Erti Keamanan - 11 September 2006

Alhamdulillah syukur kerana negara kita Malaysia berada dalam keadaan aman dan makmur. Hari ini 11 September 2006 ,Sudah 5 tahun peristiwa tragedi 11 september berlaku, pelbagai spekulasi dibuat berdasarkan peristiwa ini dimana disebabkan peristiwa ini jugak la keamanan yang dirasai oleh rakyat² di negara Afghanistan dan Iraq diragut oleh kezaliman tentera Amerika dan sekutunya.

Jadi dalam keadaan yang kita kecapi dibumi bertuah ini,erti keamanan haruslah dihayati sepenuhnya agar kita sedar... peliharalah keamanan yang kita ada sekarang, jangan sesekali biarkan keamanan yang dirasai dicabuli. Jadi dibumi Malaysia yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, perasaan hormat menghormati antara satu sama lain dan sikap toleransi perlu ada agar keamanan ini berkekalan....

Thursday, September 07, 2006

Galeri Seni Bintang

Disebabkan belum ada kerajinan untuk membuat template courseware, jadi aku pun rerajinkan diri open photoshop dan mempraktiskan laa sedikit ilmu yang ada dengan mengedit gambar² untuk diletakkan didalam galeri seni bintang nie.



:: Cuba untuk menghasilkan seni kraf yang baru ::



:: Kenangan terindah di Mersing ::




:: Gath Raya MB ::

:: Potret sehati dan sejiwa ::



:: Kaum kerabat MB ::

Keyakinan Diri

Keyakinan Diri Bermula Dalam Diri Anda Bukan semua orang yakin pada diri sendiri sepenuhnya. Terdapat cara untuk menonjoklan imej diri. Jangan mudah putus asa dengan menganggap anda tidak mungkin memperolehi keyakinan diri. Sebenamya semua imej diri dan membina keyakinan diri.

1. Mencapai sesuatu yang boleh meningkatkan diri anda.
Pastikan ia sesuatu yang boleh anda perolehi seperti belajar memandu atau mengambillebih tanggungjawab di tempat kerja. Tapi jangan membebankan diri anda seperti berazam mengurangkan berat dengan banyak sekali ketika cuti kerana ia hanya akan mengecewakan anda sahaja.

2. Luahkan perasaan takut anda.
Menceritakan perasaan takut atau kebimbangan kepada kawan-kawan rapat dapat melegakan fikiran anda dan pasti kawan-kawan anda juga akan berbuat demikian.

3. Belajar dari pakar.
Cuba selidik kalau-kalau tempat belajar anda ada menyediakan kursus-kursus motivasi. Kursus sebegini akan mengajar anda menerima-diri sendiri dan orang lain serta mengajar anda berusaha mencapai matlarnat tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

4. Latihan depan cermin.
Kita semua menggunakan cermin tapi tidak ramai yang benar-benar meneliti diri ketika bercermin. Latihan di depan cermin juga akan dapat membina keyakinan diri. Misalnya, ramai pelakon yang mengaku mereka lebih mudah menghayati watak jika berlatih di depan cermin. Untuk mengadakan di pentas atau menghadiri temuduga. Anda juga digalakkan membuat latihan di hadapan cermin agar tidak kekok dan lebih berkeyakinan.

5. Memerhatikan orang yang berkeyakinan dan berpengaruh
Terdapat segelintir masyarakat yang percaya dengan memerhatikan mereka yang nampak berkeyakinan, berpengaruh dan berjaya dalam hidup boleh dijadikan contoh untuk kita.

6. Mendapatkan feedback atau tindakbalas.
Tiada siapa tahu pencapaian diri mereka jika tidak diberitahu. Mungkin anda boleh bertanya kepada kawau-kawan atau guru atau majikan bagi mendapatkan feedback mengenai pekembangan diri anda.

7. Berfikiran positif
Anda juga boleh melatih diri anda berfikiran positif dengan meyakinkan diri anda seorang yang bersemangat dan positif. Jadi elakkan dari mengatakan 'tidak' dan katakan 'boleh'. Lama kelamaan anda akan dapat meyakinkan diri anda sendiri.

8. Menghargai diri sendiri.
Jika anda mahu orang lain menghargai anda, anda sendiri perlu menghargai diri anda dahulu. Walaupun caranya bukan mudah terutama apabila segala yang anda lakukan menyebabkan orang lain marah. Ingatlah sebenarnya semua orang cuba bersikap sedemikian. Jangan biarkan perkara yang kecil berlarutan dan menjejaskan diri anda. Jadi, bersikap sederhana dan jangan merasa takut dengan orang lain. Ingatlah, nobody's perfect'. Terimalah segala dugaan, pencapaian dan pujian dengan sikap terbuka.

Tuesday, September 05, 2006

Keberkatan Nisfu Sya'aban

Nisfu Sya'aban jatuh pada hari Khamis malam Jumaat (bersamaan dengan 7hb September) selepas waktu maghrib, pada 14 Sya'aban 1427H.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk waktu maghrib).

Berikut adalah antara amal ibadah yang boleh dilakukan pada hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam ~ 7 September 2006)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah dan surah Al-Qadar 1 kali
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3 kali

2. Membaca Yasin 3 kali selepas solat Maghrib (15 Sya'aban, malam ~ 7 September 2006)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam dan mati di dalam iman dan pohonlah segala yang baik;

Kemudian baca Istighfar 11 kali dan selawat 11 kali

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000 kali

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama-nama malam Nisfu Sya'aban sebanyak 22.

Antaranya yang termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada nabi Allah, Yusof a.s., di dalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw): pada malam nisfu Sya'aban setelah berlalu 1 pertiga malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki dan perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibu bapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari di angkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibu bapa kita.

Wallahua'alam.

Kenangan Bersama Team 513D - part 2

( kenangan :: peminat² Manchester United hehe)

Hari nie, memang boleh relax² kat opis jadi dengan rajinnya aku nak sambung laa citer kisah bebudak 513D nie.Negara kita baru jer menyambut kemerdekaan jadi ada jugak la kenangan terindah kita orang semasa nak menyambut merdeka masa zaman kolej dulu.

Kalau tak silap aku, kejadian tu berlaku pada tahun 2000 dimana sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 43 diadakan di Shah Alam. Kita orang nie pun dengan penuh semangat patriotik plan la nak pergi la tengok sambutan kemerdekaan di Shah Alam.Jadi disebabkan ada jugak team 513D nie yang tinggal di Shah Alam jadi lagi senang laa agenda kita orang nak pergi tengok sambutan kemerdekaan tu.

Pada 30hb petang kita orang pun bertolak la dari kolej kita orang ke rumah kawan kita orang nie ke Shah Alam.Sampai pun dah malam,jadi kita orang berehat la dalam bilik sambil berbincang agenda untuk hari esoknya.Awal pepagi memang nak gi tengok perbarisan kemerdekaan,pastu nak pergi ke bukit cerakah sebab nak sambut besday kawan kita orang kat sana.Bila dah lepak kat bilik nie tetiba terpandang plak papan carom, jadi kita orang yang mempunyai bakat semula jadi nie mula la menunjukkan skill memasing tanpa disedari sampai ke awal pagi.

Pada pagi 31hb tu ibu kawan kita orang pun masuk la kedalam bilik untuk kejutkan adik(kawan kita orang nie) sebab dia dah pesan kat ibu dia suruh kejutkan dia.Kita orang dalam keadaan sedar tak sedar tu terus jer tido..letih sebab penat bertarung main carom hehe.Pastu bila terbangun dah hampir pukul 10..lepas semua dah bersiap..kita orang pun breakfast la sesama..time breakfast tu kita orang tengok perbarisan melalui tv jer.Itu la semangat patriotik kita orang walaupun niat dah baik tapi apakan daya tak terbangun kita orang pagi tu hehehe.Plan punya la baik..tapi tak jadi keyataan jugak. Walaupun tak pergi ke perbarisan tu tapi tak bermakna kita orang nie takda semangat patriotik hehehe.. - Kisah Satu Hari Dihari Kemerdekaan -

Saturday, September 02, 2006

Tiada Lagi....

Sia-sia sudah, kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda
Sampai kapan lagi, kuharus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkin kan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai di sini

Reff:
Tiada lagi yang kuharapkan
Tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersamamu
Biar kusimpan semua
Kenanganku bersamamu.
Sampai kapan lagi ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada