BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, December 31, 2008

Selamat Pengantin Baru Adik

Assalamualaikum..
Salam hari rabu, untuk entry terakhir tahun nie aku nak cerita serba sedikit tentang majlis perkahwinan adik aku.

Bermula 2-3hari sebelum majlis aku dah diberikan tugas khas jadi driver untuk jemput saudara mara yang nak datang membantu untuk majlis adik aku dan jugak mencari pelbagai barang² keperluan untuk majlis. Majlis kat area kg aku bermula 2 hari sebelum majlis dengan aktiviti memasang khemah untuk majlis secara bergotong royong dan esoknya aktiviti membersihkan pinggan mangkuk dan jugak memotong bahan² mentah.

Alhamdulillah adik aku Ku Norhayati selamat dinikahkan dengan pasangannya iaitu Azmirrani pada 24hb lepas. Majlis kenduri yang berlangsung pada hari tersebut jugak meriah dengan kehadiran tetamu yang agak diluar jangkaan dari pagi sampai ke malam. Tapi syukur makanannya tetap ada untuk para tetamu yang hadir.
Pada 27hb pula acara menyambut menantu plak kat kg Sg Baru, Kuala Kurau. Kita orang dari Kedah buat gerakan kesana dalam pukul9 pagi sebanyak 8 buah kereta. Sampai ke rumah pengantin lelaki dalam kul12.30tgh hari.Lepas semua aktiviti kita orang buat gerakan jejalan.com ke Taiping dulu, kita org gi rumah saudara pakngah aku kat sana dan jugak gi melawat Zoo Tepeng, saja gi ushar kengkawan yang dah lama tak jumpa hahaa.

Lepas semua aktiviti kita orang buat gerakan pulang hampir kul6.30ptg, aku gi hantar saudara aku dulu kat Alor Star pastu baru buat gerakan pulang ke rumah sampai dalam pukul9.30mlm. Keletihan tahap maksimum malam tu layan tidoq awal bukan apanya esok jadi driver gi Padang Besaq plak..huhu aktiviti jejalan saja. Kiranya aku tengok meter kat kereta aku jarak perjalanan aku dari kl balik kg sampai balik kl semula dekat 2.5k

Saturday, December 20, 2008

Kebizian Melanda Dan Selamat tahun Baru 1430H

Assalamualaikum..
Salam petang sabtu, dah lama aku tak mengupdate kat blog nie, maklum jer laa bz ngan keja opis dan keja ST. Siang malam kena siapkan keja yang sepatutnya.
Kejap lagi aku akan buat gerakan ke kampung halaman, aku start cuti isnin nie selama seminggu kiranya balik kl semula awal muharam nanti la. 24hb disember nie majlis kenduri adik aku. Jadi kepada kengkawan yang dok area kedah dan sewaktu dengannya kalau ada masa terluang tu jemput la ke majlis perkahwinan adik aku.
oklah kepada kengkawan semua selamat menyambut tahun baru 1430Hijrah. Semoga kehidupan kita semua akan senantiasa diberkati oleh Allah di dunia dan akhirat.

Saturday, December 06, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum..
Malam nie aku buat gerakan pulang ke kampung halaman sambut raya haji bersama kaum keluarga. Jadi kepada kengkawan aku semua, dikesempatan ini aku nak minta ampun maaf kalau ada salah silap harap maaf la ya..tahun nie takda buat korban, insya'allah kalau ada rezeki murah ditahun depan bleh kot :D

Aku cuti sampai hari khamis, jadi jumpa lagi la minggu depan yaa..SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

Monday, November 24, 2008

Balik Kampung

Assalamualaikum..
Salam petang isnin, petang yang ceria dengan cuaca pun alhamdulillah cerah jer. Hari nie nak cerita aktiviti aku balik kampung.

Hari jumaat malam dalam kul 8 aku dah sampai kat rumah adi untuk join sekali aktiviti balik kampung, jadi kita orang buat gerakan ke Taman Medan untuk ambik imam nak join jugak balik sampai ipoh jer nak tengok anak kecilnya. Untuk ke rumah imam, si adi pun menggunakan segala kepakarannya jejalan shortcut untuk sampai ke sana tanpa melalui tol yang byk..kiranya nak save budget la nie. Tapi yang bestnya tetiba malam tu adi leh kemal plak, asyik silap masuk jalan jer kesudahannya sebelum sampai Taman Medan kita orang dah lalu tol LDP 4 kali dan tol batu 3, 2 kali..hahah..memang save budget.

Dari Taman Medan imam yang drive sampai ipoh bertolak dalam kul9 lebih sampai ipoh dalam kul11.30mlm, rest kejap kat rumah imam pekena teh o panas ngan kuih raya, baru buat gerakan ke Sg Petani plak rumah mentua si adi. Sampai sungai petani dalam kul2 pagi, pastu aku drive la sesorang plak ke Bukit Kayu Hitam, sampai rumah kat kul3.30pagi. memang syahdu betul drive pepagi dari Alor Setar ke Changlun ada sebijik kereta jer kat highway.

Aktivti hari sabtu, objektif utamanya gi kenduri sepupu aku si Fauziah, dalam kul1.30 baru aku buat gerakan ngan adik beradik aku yang lain, mak n ayah dan buat gerakan awal lagi. lepak kat rumah kenduri sampai kul3.30ptg pastu baru buat gerakan ke Pekan Jitra plak, mak dan adik² aku nak cari barang sket. Selesai cari barang terus gi rumah tok aku kat Tunjang, Lepak sampai kul5.30 baru buat gerakan pulang..samapi rumah letih tak ingat terus baring tido jer aku dah tak kira time petang nak maghrib ka apa...blasah jaa.

gambaq mak & adik² aku bersama pengantin Fauziah & Budiman

Aktiviti hari ahad plak, dalam kul10.30pagi aku, mak, adik² aku dan adik ipar aku gi cari barang kahwin kat Padang Besar. Memang pelbagai gift la ada kat sini dengan harga yang berpatutan. tapi yang letihnya nak menunggu mak n adik² aku abis bershopping laa..gilos la sampai kul2.30ptg baru settle. Buat gerakan pulang sampai rumah kat kul3ptg. Layan tengok tv jap sambil lelapkan mata dalam kul5 lebih bangun siap mandi² dalam kul6.15 buat gerakan pulang ke KL, janji ngan adi sampai SP dalam kul8mlm. Pastu jemput imam kat Ipoh dalam kul11mlm selamat sampai cyberjaya dalam kul2 pagi.

Monday, November 17, 2008

Akan Tiba

Hey hati ku..
Selalu mendambakan cinta namun
Tak kunjung tiba

Hatimu itu
Seperti apa yang ku mahu selama ini

Ertikanlah pagi ku yang kaku tanpa kamu

Kau ku cinta
Engkaulah yang ku puja
Tertunggu selama ini tak ku jumpa
Dengan mu ku dilamun indah
Ku harap cinta akan tiba di hati kita

Lihat kamu..tak ku sedari
Waktu dah mulai tinggalkan ku
Kau...kau...kau
Buat ku lupa mengapa ku disini pada mulanya..

Ertikanlah malan ku yang sayu
Dingin tanpamu

Setiap hari bersamamu
Ku ingin selalu dekat mu
Ku hitung saat dan waktu
Hingga esok kembali lagi

*OST Rona Roni Makaroni-Alif

Thursday, November 13, 2008

Pelancaran Rona Roni Makaroni

Assalamualaikum..
Alkisahnya petang tadi kat Cineleisure The Curve ada pelancaran drama terbaru terbitan Radiusone iaitu Rona Roni Makaroni, aku yang masih lagi bercuti berkesempatan la join skali majlis nie, atas jemputan pihak Radiusone khas utk forumer yg rajin menjawab kuiz diorang.

majlis bermula dari kul3ptg sampai la kul6ptg, memang sempoi² berlaka geng² radiusone nie dari pelakonnya sampai la ke pengarahnya, memang takda hal laa leh lepak borak². Lepas habis preview citer nie ada la acara makan².com menu utama dia makaroni laa hehehe. Lepas tu lepak kejap, borak² dan sempat sesi bergambaq sebelum buat gerakan pulang.

Bergambaq bersama para pelakon,pengarah dan jugak orang blkg tabir Radiusone.

Monday, November 10, 2008

Putrajaya Waterski World Cup 2008

Assalamualaikum..
hari nie nak citer sket aktiviti hujung minggu aku, semalam dalam kul10 lebih aku call adi tanya dia ada hal tak..dia cakap dia free jadi aku ajak la di gi tengok Putrajaya Waterski World Cup 2008, gi ambik adi kat rumah pastu terus buat gerakan ke percint6 kat Pusat Rekreasi Air.

Sampai dalam kul12 tgh hari, acara baru ja nak bermula, selain dari aktiviti dalam air ada jugak la pelbagai aktiviti lain, layan tengok waterski kejap pastu dalam kul1.30tgh hari gerak gi Alamanda kejap adi nak cari barang sket, pastu gi lepak kat Taman Warisan pekena nasik ayam kampung + laicikang, antara menu kegemaran la kalau aku gi situ.

Pastu terus gi ushar waterski lagi skali, sebab sebelah petang nie acaranya lagi menarik, ada aksi² lompat sket. Dalam kul4 lebih aku dan adi buat gerakan pulang laa..hantar adi dulu kat seri kembangan pastu baru gerak balik ke Cyberjaya sampai kat kul5.30 jugak laa..kiranya macam hari bekerja laa.

Kat bawah nie ada sket gambaq² sempena waterski tu yang aku snap.




Sunday, November 09, 2008

Rona Roni Makaroni

Assalamualaikum.

Tadi ada dapat mail dari radiusone.com.my yang memberitahu diorang akan melancarkan drama terbaru diorang iaitu Rona Roni Makaroni. Drama nie akan bersiaran melalui Astro Ria start 27hb nie. Aku memang meminati hasil kerja dari radiusone nie, jadi kepada kengkawan yang suka layan citer yang dihasilkan oleh Radiusone boleh la melayari website diorang untuk maklumat lanjut.

Thursday, November 06, 2008

Sesungguhnya

Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tak kau singgahi

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Dihadapannya, dihadapanmu ya Allah

(Korus)
Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menyentuh nikmatnya
Tanpa tulus di hatinya

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Dihadapannya, dihadapanmu ya Allah

(Ulang korus)

Lagu Dari Ungu

Apabila Gigi Geraham Bongsu Tumbuh..

Assalamualaikum..
Salam petang khamis, alhamdulillah hari nie dah 4 hari dah geraham bongsu aku start tumbuh. dan dah dua kali aku gi klinik ambik ubat hehe. Insya'allah kalau takda apa² hal isnin nie nak kena operate buang gigi geraham bongsu nie, kalau tak letih nak hadap kalau sakit lagi..tak bleh tido oOo.. berdenyut² hehehe.

Jadi sementara menanti hari isnin nie, terpaksa la hadap dulu ubat² yang doc bagi, tak kisah la aku makan ubat banyak mana pun janji kesakitan yang aku rasa nie dapat dikurangkan. Sekarang barulah aku dapat merasai macam mana kesakitan yang pernah kengkawan aku alami bila gigi geraham bongsu diorang mula tumbuh. Kepada kengkawan aku yang belum tumbuh gigi geraham bongsu tu, cepat² la tumbuh biar kita sesama merasai keseronokkanya.