BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 26, 2006

Aktiviti Hujung Minggu...

Assalamualaikum..

Pagi selasa nie datang jer opis ngan mission nak siapkan semua lesson sekali ngan htmlnya. So pepagi lagi laa dah buka dreamweaver buatkan html untuk semua lesson. Alhamdulillah dalam kul 11.30 tadi dah settle semuanya html. itu baru html jer laa masukkan vo ngan animation blum buat lagi..uishh sempat ka tak nie sebelum hari jumaat nie nak siapkan semua. Kalau tak siap macam mana nak balik cuti raya haji ngan aman hehehe..

Cuti hujung minggu + krismas rasanya hari sabtu jer laa rasanya bebetul cuti.Hari sabtu aku bangun awal jugak la walaupun tido dah kat kul2 pagi, maklum laa malam sabtu tu ada meeting ajk MB + membowling skali kat endah parade. habis main gi lepak kat restauran maju borak² kat kul1 baru balik.

Sabtu pagi tu mission pertama aku format pc aku yang kat rumah tu, maklum laa dah tenat sangat dah pc aku tu..rasanya virus pun penuh bermaharajalela. Sesambil format tu sempat laa aku cilok laptop si dole online internet jap untuk check negara Sampai laa mission format pc aku selesai. Pastu aku boleh sambung tido balik sampai ke senja..ishh biar betul aku niee.

Hari ahad plak bangun tido pun dah lewat,angkara layan EPL la nie lepas game manchester ada plak game chelsea, walaupun aku bukan penyokong chelsea tapi tetap layan jugak laa game diorang. Dalam kul1.30 ptg aku ngan member aku datang opis untuk siapkan keja aku yang masih berbaki 5 lesson lagi. Semua kerja tu mestilah disiapkan dalam tahun nie jugak..itulah yang boss aku bgtau masa meeting bebudak graphic haritu.

Balik dari opis jer aku ngan member aku terus gi Mines, objektif utama ialah nak layan citer cicak-man dan member aku nak ushar² hphone baru kat sana. Sampai jer gi kaunter tgv skali dah abis laa tiket filem tu, yang tinggal pun yang orang dah booking. Kita orang pun jejalan ushar hp dulu laa, pastu lagi 30 minit tayangan kita orang gi kaunter tu semula dan tanya sibbaik ada 2 tiket lg takda org ambik..jd dpt laa layan citer cicak man tu. bagi aku citer cicak man tu akan lebih menarik kalau heronya bukan apek la, kata citer superhero tp nampaknya cicakman nie lemah jerr..tp mmg respect habis dengan teknik CGI dia. cayalah filem melayu pun dah semakin maju dah skrg nie.

Hari isnin, kul11.30 pagi aku dah merempit ke opis. sampai jer ada member aku sorang kat opis tgh siapkan keja dia. Sibbaik ada dia..kira ada geng jugak la kat opis.bila petang skit baru laa meriah skit opis aku bila 2 orang lagi member aku datang buat keja jgk. lepak kat opis sampai kul 7.30mlm jer pastu terus merempit balik rumah la. baru jer kluar dari mmu dari hujan renyai² sampai jer separuh jalan skali hujan lebat la plak..tak sampai 5 minit habis lencun aku. sempat berhenti kejap ushar hphone pastu terus merempit sampai kerumah.Sibbaik hujan area
cyberjaya jer..kat area rumah aku cuaca ok.

Thursday, December 21, 2006

Hapus Aku....

Kutuliskan kesedihan
Semua tak bisa kau ungkapkan
Dan kita kan bicara dengan hatiku

Buang semua puisi
Antara kita berdua
Kau bunuh dia sesuatu
Yang kusebut itu cinta

Reff:
Yakinkan aku Tuhan
Dia bukan milikku

Biarkan waktu waktu
Hapus aku…

Sadarkan aku Tuhan
Dia bukan milikku

Biarkan waktu waktu
Hapus aku…

Monday, December 18, 2006

Semangat Doha

Assalamualaikum..

Dua hari cuti hujung minggu banyak masa dihabiskan di rumah saja, Hari sabtu pagi gi keja kat esso hanya backup sampai kul11 pagi jer, tapi tu la dalam semangat nak gi keja skali minyak motor plak leh takda, bara jer rasa..nak tak nak terpaksa la gi keja jalan kaki. Balik keja lepak kat rumah jer la, bebetul rest nie.

pagi ahad memang aktiviti tido jer laa, bangun jer baca msg dari member aku bagitau gaji dah masuk..waahhh nie sudah berita baik nie, terus plan gi bershopping kat JJ Putra Permai, bukan nak shopping apa sangat pun, hanya nak beli barang² utk buat stok kat opis jer. Tapi baru jer kejap bershopping, sempat la beli kelengkapan untuk ke Doha, member aku dapat emergency call, terpaksa la pulang dengan segera.

Sampai kat rumah jer dalam kul 3.30 petang aku ngan member aku terus laa berangkat ke doha dalam acara pingpong, awalnya hanya kita orang berdua jer, pastu pakcik dan anaknya sebelah rumah plak menjoinkan diri, semakin meriah dah nie.Dalam kul5 lebih ada plak anak² jiran yang nak join main pingpong skali, memang dah menjadi tumpuan laa rumah kita orang macam nie..

Disebabkan keletihan, aku biarkan jer la anak² jiran aku meneruskan aksi mereka di Doha, aku lepak kat bilik layan movie. Tengah best layan citer member aku plak call ajak lepak minum².com, lepas jer minum lepak la kat rumah aku. Disebabkan kebosanan aku cadangkan kat member aku gi tengok wayang citer cicak man. Skali bila dah sampai Mines tengok citer cicak man kul 9.30 dah penuh laa, nak tak nak kita orang layan jer citer eragon. bleh tahan jugak la citer dia nie.

Abis layan citer nie kita orang balik lepak kat esso sampai tutup, pastu gi lepak makan².com kat restauran firdausi. Balik rumah layan bola manchester united ngan west ham sekali kalah la plak...ampes.com betui laaa

Wednesday, December 06, 2006

C E R I T A

Assalamualaikum...
Hari nie datang opis dengan penuh semangat nak siapkan keja E-learning, maklum la untuk subjek yang aku buat nie student dia punya aktif aku baru siap lesson4 dia dah sampai lesson8 memang tak terkejar aku macam nie. Memang tak dapat la nak me'relax'kan diri lepas projek MOE, nak tak nak kena jugak siapkan keja aku sampai lesson8 hari isnin depan.

Semalam aku, kawan aku dan jugak awek dia pergi layan citer CINTA kat Mid Valley, menarik perhatian betul la citer nie, memang box office la aku rasa, punya ramainya manusia. Bagi aku best la citer nie dengan cara pengarahnya mengolah plot cerita nie dengan tersusan dan mudah difahami apa mesej yang cuba disampaikan. Yang menampakkan lagi menarik cerita nie ialah seni fotografi. memang cantik laa..tak caya gi laa tgk kat pawagam hehehe..promosi skitt

Tapi bila dah habis citer, dalam perjalanan ke parking lot aku mula tersenyum sendiri mengenangkan dengan selamber jer seorang member aku pernah bagitau aku yang ending citer nie rahim razali tu akan meninggal dunia punya la aku percaya hehehe..tunggu punya tunggu sampai abis cerita ok jer si rahim razali tu memang sah laa tipah tertipu nie..memang boleh bikin badan tukar jadi warna hijau nie...

Hari nie lebih menceriakan lagi dengan kejayaan Barcelona layak ke pusingan kalah mati liga juara²..cayalah tak sia² aku layan pagi tadi.Memang mencemaskan betul la games pagi tadi..sibbaik menang, harap lepas nie manchester united akan ikut jejak barcelona la. Maklum la dua² team nie la yang menjadi kebanggaan aku dalam arena PES.

Friday, December 01, 2006

C I N T A

Sebuah kisah tentang kasih,melatari sisi setiap manusia dalam perjalanan hidup.Antara cinta dan persahabatan menjadikan satu semangat yang membina kepada keutuhan sebuah perhubungan..intro jer nie sempena kemeriahan sambutan filem cinta kat pawagam sekarang nie hehhe.


Nie baru la kisah yang aku nak ceritakan.Hari nie memang ngantuk mode betul la, rasa macam malas nak datang opis jer. Tapi bila fikir balik kalau lepak kat rumah pun bosan jugak.Nie semua angkara terjebak dalam arena PES.Sampai kul 3 pagi baru leh tido.


Hari nie bila sampai opis jer lepas bfast, ada kawan aku ambik time off nak gi putrajaya. Nie kira berita yang menarik la bagi aku, aku pun skali ambik time off saja jer nak jejalan ke putrajaya sesambil tu leh lelapkan mata dalam keta.Balik jer dari jejalan tu baru la terasa segar sikit( macam real jer nie).


Semalam kita orang ada meeting MB bagi membincangkan isu tentang tournament yang akan datang dan jugak isu tentang annual tournament yang akan diadakan pada bulan februari tahun depan. Bestnya rasa bila dapat bertemu ngan kaum kerabat MB nie. Selesai jer meeting kita orang pun adakan sesi makan².com, semalam layan domino pizza jer memang meriah laa, tapi aku macam biasa laa memang bleh makan, tapi paling byk pun rasanya 3 slice jer mampu. Makan².com nie pun sempena nak meraikan seorang kawan kita orang yang akan berangkat ke Brunei pada hari ahad nanti. Dia dah dapat tawaran kerja yang menarik kat sana. Alhamdulillah semoga dia akan senantiasa dimurahkan rezeki. Harap² bila dah berada dinegara orang tu, takkan lupa la kepada kengkawan kat negara sendiri hehehe..


Semalam sebelum balik sempat laa kita orang fight UNO dua round, siapa yang kalah kena denda makan pizza. Memang ditakdirkan pasangan tuan rumah yang menjadi mangsa kedua² pusingan itu.Tahniah kepada mereka, semoga kecemerlangan ini akan berterusan dimasa akan datang..hehehe peace no war!!!!

Wednesday, November 29, 2006

Dah bleh meng"enjoy"kan diri...

Assalamualaikum..
Lega sikit rasanya bila projek MOE nie dah sampai fasa akhir, jadi dah bleh la start melepakkan diri balik dan dapat balik keja awal macam biasa. Semalam lepas balik keja layan PS2 kejap..pastu ada member opis msg kawan aku ajak gi membowling. Jadi memang segera cakap setuju jer laa, maklum la dah lama gilos tak membowling nie.


Semalam kita orang gi membowling kat tempat biasa laa Endah Parade, sampai jer sana jumpa laa geng² MB yang lama tak jumpa.lupa plak semalam ada liga bumiputera kat sana hehehe..kita orang layan main bowling semalam sampai tempat tu nak tutup la kul1. Memang betul² bersemangat nak membowling.


Balik jer dari main bowling gi lepak makan dan minum kat Anjung Seri Kembangan sampai kul2 pagi. Balik rumah jer leh lepak berborak ngan bebudak rumah kat kul4 pagi baru dapat tido. Hari nie masuk keja kul2 ptg..time tak berapa bz nie bleh laa nak halfday, kalau tak tak dapat laa..Baru laa dapat beriadah sikit skrg nie..dapat laa hiburkan diri sendiri hehe..

Tuesday, November 28, 2006

Nyata Dan Maya

Kulihat indah hari depanmu
Mentari sentiasa
Menerangi

Bumi indah di telapak kakimu/
Bumi yang ditelapak kakimu
Kan terbentang menjadi
Oh milikmu
Cekallah sayang
Dalam menempuhi
Dunia ini
Saban hari
Adakalanya
Mendung jua kunjung
Bersabarlah

Ku kan selalu denganmu,kasih
Dalam jasadku yang nyata atau maya
Kerana ku terlalu mengendah
Suka dukamu setiap ketika

Ku kan selalu denganmu,kasih
Dalam kau bertatih atau kau berlari
Andai kau jatuh kubantu(kau)bangun
(oh sayang)semula
Andai kau jatuh ku bantu kau bangun semula

Ku tahu kau pastikan bersinar
Bagai sebutir bintang
Gemerlapan

Keyakinan kau bukannya kosong
Lahir dari hati yang
Kenalimu

Wednesday, November 15, 2006

Open House CMEAD


Meriah betul la open house cmead hari nie, target dalam 200 orang jer staff dan tetamu yg akan hadir tapi pada pandangan kasar aku melebihi apa yang apa disasarkan pada awalnya.Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar kebanyakan makanan yang disediakan dan yang dibawa oleh staff cmead 90% habis semuanya.

Majlis bermula pada pukul 12 tengah hari sampai pukul 3 petang, aku hanya tolong untuk part permulaan jer, part selepas majlis memang tak dapat menolong la, memang mengantuk tahap 7 petala langit punya. Maklum laa dah laa kenyang + skrg nie setiap mlm tido paling awal pun kul 2pagi, mana boleh tahan kalau macam nie. Selalunya hari biasa time lunch aku gunakan untuk lelapkan mata jap..tp hari nie tak dapat..itu yg rasa memang aku berada ditahap normal tu..nak buat keja pun tak boleh.

Apapun harap kerjasama semua staff dalam menjayakan open house cmead nie akan terus berkekalan. Baru la terasa macam satu family skit hehehe.

Tuesday, November 14, 2006

Gila Kentang Betul laa....

Assalamualaikum....
Dah banyak hari tak update apa² kat blog nie..maklum la sekarang nie bz skit. Dengan projek MOE ngan E-Learning lagi..dah terasa stress dah aku dengan bendalah nie. Dua² dateline dekat², terkejar aku untuk siapkan kedua duanya.

Start saja projek MOE nie, bermula laa hidup aku sebagai staff yg perform( sesuka aku jer puji diri sendiri) hahaha..keja 7 hari seminggu cuma sabtu ahad jer balik dalam kul8 malam. Kalau hari kerja lain memang paling awal pun kul 10.30mlm laa.Tetapi kekadang sampai kul 3 pagi, memang letih bangat tapi tak leh buat apa laa dah keja nak tak nak kena siapkan.

Memang sekarang nie terasa tiada kehidupan untuk bersosial la, kepada kengkawan yang jemput gi open house tu aku mintak maaf la, memang masa tak mengizinkan la hehehe..

Tak sabaq rasanya nak tunggu settle semua projek nie. Harap semuanya berjalan lancar la. Panjang kata selagi tak tutup mata..kerja..kerja..kerja..gila kentang betull laaa..

Wednesday, November 01, 2006

Bestnya hidup...Kena buat Projek MOE la plak

Assalamualaikum..Bestnya kehidupan,Mood raya masih dirasai tapi bila masuk jer opis semalam terus nama tersenarai dalam external project untuk MOE, aduss..memang masak laa kalau kena buat projek MOE nie, nak tak nak malam nie terpaksa laa bertapa kat opis siapkan keja.Dah la esok dateline untuk storyboard yang pertama.Yang bestnya dah laa external projek kena buat,yang internal pun kena siapkan mengikut dateline yg diberikan jugak.

Disebabkan terasa akan tekanan yang akan dirasai semalam tepat jer kul 5.30 terus buat gerakan pulang, memang malas nak lepak opis lagi siapkan keja MOE nie. Aku ngan member aku balik gi enjoy dulu, kita orang gi layan citer Bilut. Citer dia boleh tahan jer laa, tapi disebabkan citer nie mengenai generasi Felda, aku ngan kengkawan aku gi tengok kat pawagam jugak la, maklum laa kita orang pun anak peneroka Felda jugak hehehe..

Hari nie memang kena bersemangat siapkan keja..go go chaiiyokk!!! bagi semangat untuk diri sendiri hehee..