
Assalamualaikum..
Tak sampai lagi seminggu insya'allah suluruh umat islam akan meraikan hari raya aidilfitri, semoga kedatangan syawal nanti dapat mengeratkan lagi siratulrahim diantara semua umat islam khususnya dibumi malaysia yang terchenta ini.
Kepada semua kengkawan dan jugak para blogger yang mengenali aku, aku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada melakukan kesalahan secara sengaja ataupun tidak, harap dimaafkan. Semoga kita semua dapat meraikan hari bahagia nie bersama orang yang tersayang.
Wednesday, September 24, 2008
Salam Aidilfitri 08
Posted by kmnizam at 9:06:00 AM 0 comments
Cuti raya
salam pagi rabu,best betul pepagi lagi dah dapat email yang cuti raya aku dah approve oleh boss..cayalah semangat raya tak ingat dah nie kat opis, nak buat keja pun dah malaih, tak sabaq plak rasanya nak balik kampung.
Dear MR KU MUHAMAD NIZAM BIN KU IBRAHIM
-----------------------------------------------------------------------
Your Leave Application Result :-
From : 29-09-2008 to 07-10-2008
Status : Approved
Posted by kmnizam at 8:21:00 AM 0 comments
Galeri Ramadhan
Assalamualaikum..
kat sini nak letak la sket pic² aktiviti berbuka dibulan ramadhan.






Aktiviti berbuka bersama kaum kerabat MPU & UMSB
Posted by kmnizam at 8:18:00 AM 0 comments
Monday, September 01, 2008
Alkisah seminggu berbuka di bulan ramadhan
Hari Pertama Puasa
Hari nie awalnya plan nak gi beli makanan kat cafe sirah kat dalam mmu nie jer..sekali member aku cakap makanannya takda pilihan dah..sebabnya orang dah tapau awal lagi. Jadi aku ngan kengkawan aku gi mencari makanan kat bazar ramadhan Putrajaya jer laa..walaupun hujan renyai² hadap jer laa..dah settle beli makanan, elok masuk keta nak buat gerakan terus hujan lebat. Menu semalam mcm biasa laa..nasi tomato ngan ayam panggang + air tembikai. Sahur pagi tadi mkn kuih bahulu made in johore..sponser by ameant.
Hari nie jejalan cari makanan kat bazar ramadhan Dengkil, time sampai dalam kul5 ptg orang tak ramai lagi, jd senang sket la aktiviti membeli makanannya. Aku tapau nasik + ikan merah harga bleh tahan jugak rm4.50 huhu..+ ayam panggang(ikut nafsu nie)hehe..pastu beli air tembikai + murtabak(khas utk bersahur). Port berbuka puasa macam biasa la kat 2006.
Hari nie lagi best, menu berbuka puasa di sponser oleh pn wawa, terima kasih bebanyak..moga dimurahkan rezeki lg.Berbuka kat rumah member tempat biasa.
Hari nie berbuka bersama AJK Malaysianbowlers.com kat Hotel Sri Petaling
Hari nie jejalan gi cari makanan kat bazar ramadhan Serdang, Manusia punya la ramai, pusing satu pusingan terus tapau nasik putih ngan ayam panggang..air cincau & murtabak hafiz..layann
Hari nie disebabkan kesuntukan masa dengan pelbagai hal, maka aku dan kengkawan gi bazar ramadhan Putrajaya jer la, ingatkan cuti tak ramai manusia, rupanya sama saja. Menu mcm biasa la nasik tomato + ayam percik + air tembikai..charooo
Posted by kmnizam at 11:40:00 PM 0 comments
Friday, August 29, 2008
Ramadhan Datang Lagi
Posted by kmnizam at 11:16:00 PM 0 comments
Thursday, August 28, 2008
Makan².com - Bersama geng² projek MOE
Salam malam jumaat, Tadi baru jer lepas layan citer "kekasihku seru" kiranya drama favorite aku jugak la nie selepas citer sindarella hari tu. Aku layan citer tu kat rumah member tadi sesambil sesi photoshoot bersama kengkawan. Nie saja la aku rerajin diri mengarang blog nie selepas aku edit 1-2 pic utk diletakkan dalam citer kali ini iaitu aktiviti makan².com bersama ngan geng² projek moe.

Selain itu dengan adanya sesi macam nie sedikit sebanyak dapat lagi mengeratkan semangat satu pasukan agar segala kerja yang kita orang perlu selesaikan dapat dilakukan dengan baik.
Posted by kmnizam at 11:42:00 PM 1 comments
Alkisah sebelum bermulanya ramadhan
Disebabkan tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan, jadi posting hari nie saja jer untuk mengingatkan diri aku dan kengkawan dah tak lama dah kita nak start berpuasa..hehe. Picture kat atas adalah hasil creativity brader halim udang dari team Taqis FC.
Posted by kmnizam at 12:31:00 PM 0 comments
Wednesday, August 27, 2008
Malaysia 51

Selamat menyambut kemerdekaan negara Malaysia yang tercinta yang ke 51. Lagi 4 hari diambang sambutan kemerdekaan, aku berharap negara Malaysia akan terus stabil dari segi ekonomi & pentadbirannya agar negara ini akan kekal aman dan makmur.
Posted by kmnizam at 11:40:00 PM 0 comments
Hijau Kuning Juara Lagi
"Biar jasa jadi kenangan hijau kuning lambang kebanggaan". Itu antara bait² ayat yang terdapat pada lagu hijau kuning yang akan sentiasa didengari semasa menyaksikan perlawanan kat stadium. Aku macam biasalah mesti gi tengok nyer kalau kedah masuk final atau kedah ada game kat lembah klang kalau berkesempatan. Bertolak gi stadium dalam kul5.30 dengan bro shahrail, brader firdaus, brader taqi dan Det (dtg dari johor) dengan mengenakan t-shirt hijau kuning..heheh semangat membara.
Syukur..alhamdulillah, tahun 2008 ini sekali lagi membuahkan kejayaan kepada squad bola sepak negeri Kedah kerana berjaya merangkul 3 piala iaitu piala Liga Super, FA dan Malaysia menyamai apa yang dilakukan pada tahun lepas. Tahniah kepada pihak pengurusan, jurulatih dan pemain² kedah atas semangat juang yang ditunjukkan pada perlawanan akhir hari sabtu lepas menewaskan pasukan Selangor 3-2 membolehkan piala Malaysia kekal dibumi hijau kuning.
Walaupun tahun depan tidak dapat lagi melihat kelibat pemain import yang byk membantu kedah selama ni iaitu Marlon, Nelson dan Huggins, Insya'allah dengan usaha dari semua pihak Pasukan kedah akan terus cemerlang dan dapat mengekalkan kejuaraan. Cayalah kenari terbang tinggi lagi...
Posted by kmnizam at 12:02:00 AM 0 comments
Wednesday, August 20, 2008
20082008
Salam hari rabu, alhamdulillah keadaan kat bumi Cyberjaya nie baik walaupun semenjak dua menjak nie hujan turun tak menentu keadaannya.
Alkisahnya aku nak cerita hari nie, team futsal Taqis FC ada membuat friendly ngan team Zettasoft FC dari Bangi. Macam biasa la kalau friendly nie hampir 97% member team Taqis turun. Memang meriah keadaan masa game petang tadi dengan kehadiran ramai penyokong Zettasoft FC yang bertudung labuh mengamatkan lagi gelanggang futsal. Tapi team Taqis jugak mempunyai peminatnya tersendiri yang selalu datang setiap kali team Taqis turun training.
Keputusan friendly mcm biasalah tentu la team Taqis menang. Ini semua adalah disebabkan komitment semua team member Taqis FC. Tahniah la kepada team Taqis fc, insya'allah lepas raya nanti ada lagi friendly.
Posted by kmnizam at 10:37:00 PM 0 comments





