BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Monday, July 16, 2007

Alkisah 1 Minggu..

Assalamualaikum..
salam pagi isnin, alhamdulillah hari nie 16 Julai 2007 genap la 6 tahun aku berkhidmat kat MMU, nie baru jer balik dari sign kontrak lagi 1 tahun.Last week aku cuti seminggu, sebab nak abiskan cuti tahunan aku. Jadi dah cuti panjang tu balik lepak kat kampung la baru best skit.

Sekarang nie kat kampung musim buah²an, memang meriah la macam² buah ada hehe..tapi sayangnya time tu jugak la aku demam plak. Ingatkan balik kampung sempat la menghindari dari virus yg menyerang geng² lain kat MMU nie, tapi ternyata tak terdaya. Tapi nak layan makan buah²an punya pasal, terpaksa la makan ubat selang seli, kalau tak tak merasa la nak makan buah durian, manggis,cempedak,dokong, rambutan semua aku layan hehe. Aku bercuti kat kampung sampai hari rabu jer, khamis tu dah balik KL sebabnya nak urusan pasal renew contract aku. Skali bila sampai jer sini member aku cakap kontrak HR belum siapkan lagi. Jadi lepak².com jer la kat bumi Cyberjaya.

Awal Sabtu kul12.30 mlm aku gi layan citer Harry Potter and the Order of the Phoenix ngan member² aku kat The Mines, citernya ok la, bleh layan sibbaik tak tertido dalam pawagam. Abis citer pun dah dekat kul 3 pagi, jadi aku lepak kat serdang jer la, malas aku nak balik Cyberjaya. Malamnya aku gi Putrajaya jumpa member aku kat sana sebab ada urusan seri paduka baginda. Lepak kejap ngan dia pastu terus ke Esso Seri Kembangan untuk agenda seterusnya iaitu gi Mines layan citer Die Hard 4.0 plak pada kul 12.20mlm. Citer dia memang best la bagi aku, sebab penuh ngan aksi² , walaupun kekadang rasa macam tak logik jer tapi memang sempoi..layannn.

Hari ahad kluar jejalan.com ngan member² seopis gi ushar apa yg ada kat JJ Cheras Selatan. Pehhh memang ramai manusia betul la memang susah nak cari parking. Tiada objektif utama
hanya jejalan jer laa. Dah bosan balik lepak makan².com kat Restauran Firdausi pastu terus balik lepak kat Pinggiran Putra layan WE sepam duangan geng² kat sana. kul 11 lebih baru buat gerakan pulang ke MMU. Sibbaik ada jugak aktiviti di hari minggu, kalau tak memang hidup kebosanan la aku kat MMU nie hehehe..peace!!!

p/s: Tahniah Team Malaysia!!! saja jer bg Uzbekistan menang 5-0 sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yg ke 50.

Friday, July 06, 2007

MB -TRANSFORMERS Gathering

Assalamualaikum..
salam pagi jumaat yg mendamaikan, pagi nie datang opis ngan mode mengantuk..semalam sampai kat rumah pun dah kat kul2.30 pagi. Semalam ada MB -TRANSFORMERS Gathering - kat Cineleisure, The Curve Damansara.

Antara geng² MB yang menjoinkan diri ialah Hulk, Axa, Kesum, KD, Tim, Juragan, Whosend, mleo, Evildead & tunang, Dassler & tunang. Nie adalah kali pertama aku menjejak kaki kat Cineleisure, aku sememangnya jahil tentang jalan² area Damansara nie. Tapi yang pastinya pawagam dia memang best la selesa dan sound system yang cun. Perjalanan ke Cineleisure bermula dari Cyberjaya - Dengkil - Serdang - Universiti Malaya - Damansara.

Wednesday, July 04, 2007

Mengenangmu

Takkan pernah habis
air mataku
bila kuingat
tentang dirimu

Mungkin hanya kau yang tahu
mengapa sampai
saat ini
ku masih sendiri

Adakah di sana
kau rindu padaku
meski kita kini ada di
dunia berbeda

Bila masih mungkin
waktu kuputar
‘kan kutunggu
dirimu

Biarlah kusimpan
sampai nanti aku
‘kan ada di sana
Tenanglah dirimu
dalam kedamaian

Ingatlah cintaku
kau tak terlihat lagi
Namun cintamu
abadi

Monday, July 02, 2007

Kenduri Vs Transformers



Assalamualaikum..

salam pagi isnin, errmmmmm..ngantuk jer rasa pagi nie. Macam nak ambik halfday jer, semuanya angkara layan citer Transformers la semalam. Ambik tiketnya movie time kul11.55malam sekali startnya kat kul1pagi..huhu citer best punya pasal terpaksa la tunggu jugak. Tapi memang berbaloi la layan citer nie, kalau dari 10 bintang aku bagi 9 1/2 bintang la.Inilah antara aktiviti aku pada hari ahad.

Sebelah paginya, seawal kul 9.30pagi aku dah bersiap untuk gi ke majlis perkahwinan kawan sekampung merangkap jiran aku kat Klang. Port perjumpaan ialah kat perumahan tentera kat Bukit Kinrara, Puchong. Setibanya aku kat sana, aku dan kawan aku nie merangkap raja sehari nie terus buat gerakan dahulu ke rumah saudara pengantin perempuan. Tak sampai 20minit, kaum kerabat keluarga lelaki pun sampai. Tepat kul12.30 tgh hari di iringi paluan kompang acara pun bermula, aku pun mewakili kaum kerabat pengantin lelaki, siap tolong bawa hantaran hehehe..selamber. Alhamdulillah selamat sudah kawan aku. Tahniah buat Taufik & Fazila, Semoga bahagia ke akhir hayat.

Dalam kul2.30ptg aku pun buat gerakan pulang ke Cyberjaya, sampai letih terus tertido sampai la kul5.30ptg. Pastu dalam kul6ptg aku gerak ke opis lepak².com ngan member² opis yg lain. kul8 mlm terus buat gerakan ke Seri Kembangan, lepak makan kat restauran firdausi pastu terus ke esso seri kembangan sampai kul11.30 sebelum bergerak ke Mines layan citer Transformers.

Sebelum itu, pada hari sabtu seawal 9.30pagi bersiap sedia untuk ke majlis kenduri member seopis kat Melaka, kita orang konvoi 2 biji kereta jer ke sana. Tunggu punya tunggu akhirnya gerak dari mmu dalam kul10.30pagi jgk. Sampai kat rumah kenduri dalam kul12.30 tgh hari. Dah kelaparan apa lagi terus gi mengisi perut ngan nasi kenduri la. Dalam kul1.30 baru la acara bersanding bermula. Kita yg dah kekenyang melepak jer la sesambil melihat semakin ramai tetamu yang datang termasuk la staff² MMU dari Cyberjaya & Melaka.

Kenduri nie memang memberi pelbagai nostalgia buat sahabat seopis aku iaitu milan, aku pun tak pasti adakah ini kenangan terindah atau sebaliknya. Apapun aku memang respect la pada dia kerana dia berani.. nak tau kisahnya lawatilah blognya Milan.blogdrive aku dan kengkawan opis buat gerakan pulang dalam kul 2 lebih, singgah sebentar kat surau TNB utk bersolat dan kemudian meneruskan perjalanan. Kita orang balik ikut jalan lama terus ke Port Dickson. Berehat sekejap kat Teluk Kemang minum².com dan jugak pekena pisang goreng dan keropok lekor sponser by Darnalis.

Pastu meneruskan perjalanan ke Cyberjaya. Mengikut susur keluar ke Nilai, kita orang sampai kat MMU Cyberjaya hampir kul7 malam. Aku rest kejap sebab malamnya plan nak tgk bola live Kedah Vs Perlis bagi merebut piala FA. Skali aku boleh tertido dan bangun jam dah menunjukkan kul11 malam. aduss..menyesal pun tak guna, jadi sambung tido balik la dan aku bangun balik kul1.30 pagi layan tgk tv citer walaupun tak best layan jer laa sampai la kul2.30 pagi baru sambung tido balik. Apapun esoknya aku tgk news yang Kedah menang piala FA melalui tendangan penalti 4-2. Tahniah buat pasukan Kedah..kenari terbang tinggi lagi :)

Monday, June 25, 2007

Kebosanan Melanda Di Cyberjaya

Assalamualaikum
salam pagi isnin, alhamdulillah dibumi cyberjaya cuaca hari nie cerah jer.Semenjak berpindah ke Cyberjaya nie, inilah kali pertama kebosanan melanda time weekend, tak tahu apa yang nak aku buat kat dalam MMU nie.Takkan nak lepak kat rumah jer kot. Jadi alternatifnya terpaksa la bawa diri keluar jejalan.com.

Start jumaat malam, bosan tak tahu nak buat apa, patutnya ada game badminton malam tu, skali dibatalkan plak, member serumah aku balik kg lg la bosan takda geng..jadi aku pun membawa diri ke esso seri kembangan, inilah port aku kalau dah takda tempat nak dituju. Lepak² sambil borak² cerita terkini ngan member aku.Dalam kul10.30 mlm aku buat gerakan pulang ke Cyberjaya, sampai jer baru perasan member opis aku ada hantar sms ajak kluar makan. Aku pun apa lagi call dia ajak kluar, malam tu kluar jejalan.com skali ngan member rumah dia, port untuk lepak².com ialah kat NZ wangsa maju.Lepak sampai kul1 lebih terus buat gerakan pulang, sampai kat rmh pun dah kul2.30 pagi.

Sabtu melepak kat mmu sepetang, kluar mkn kat terminal ngan geng² opis. Sebelah malam gi esso seri kembangan lepak ngan member aku, sebab plan lepas dia abis keja terus gi Mines layan citer Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer ok jugak la citer dia janji citer superpower tu mmg aku suka layan la.Yang menarik dalam citer ni ada satu ayat yang betul² memberi kesan kat aku iaitu " kita masih boleh membuat pilihan". Terasa ja ngan pilihan yang aku buat dalam hidup aku nie, inilah pilihan yang telah aku buat, kekadang rasa macam tak best jer tp apapun terpaksa layan jer la :) Balik jer dari layan citer tu terus gi lepak kat Mc D Putra Permai. Lepak kejap ja sebab Mc D tutup kul2 pagi. Dah lewat aku tido kat serdang jer laa.

Ahad macam biasa la kehidupan bermula kul2 ptg, kluar gi esso seri kembangan basuh keta dulu, dah berapa lama tak basuh, siap bleh buat autograf lg kat keta aku tu. Pastu gi kluar makan².com ngan member aku kat pizza hut Putra Permai. Balik jer terus gi mengemas koleksi
buku² aku untuk dibawa ke rumah baru. Lepas kemas semua buku² terus gi lepak kat esso sampai kul 9.30 malam baru buat gerakan ke Cyberjaya. Sampai Cyberjaya layan tgk tv sampai terasa time utk menidokan diri hehehe.

Wednesday, June 20, 2007

Tentang Kasih

Kebosanan melanda di petang hari..jd open jer la photoshop edit² gambaq pun chara jgk :)




Tuesday, June 19, 2007

Menghapus Jejakmu

terus melangkah melupakanmu
lelah hati perhatikan sikapmu
jalan pikiranmu buatku ragu
tak mungkin ini tetap bertahan

perlahan mimpi terasa mengganggu
kucoba untuk terus menjauh
perlahan hatiku terbelenggu
kucoba untuk lanjutkan itu

engkau bukanlah segalaku
bukan tempat tuk hentikan langkahku
usai sudah semua berlalu
biar hujan menghapus jejakmu

terus melangkah melupakanmu
lelah hati perhatikan sikapmu
jalan pikiranmu buatku ragu
tak mungkin ini tetap bertahan

perlahan mimpi terasa mengganggu
kucoba untuk terus menjauh
perlahan hatiku terbelenggu
kucoba untuk lanjutkan itu

engkau bukanlah segalaku
bukan tempat tuk hentikan langkahku
usai sudah semua berlalu
biar hujan menghapus jejakmu

lepaskan segalanya
lepaskan segalanya

engkau bukanlah segalaku
bukan tempat tuk hentikan langkahku
usai sudah semua berlalu
biar hujan menghapus jejakmu

Monday, June 18, 2007

Cyberjaya - Keramat - Shah Alam

Assalamualaikum..
salam petang isnin, hari nie macam malas jer nak dtg keja, tp sibbaik la rmh aku dekat ja ngan opis, selamber kat kul8.40 baru masuk opis. Niat awal macam nak ambik halfday ja, Tapi macam tak best plak..datang jer la keja.
Weekend lepas dipenuhi ngan pelbagai aktiviti, hari sabtu kehidupan bermula pada pukul 3ptg. Lepas bersiap semua aku ngan kawan aku gi tgk kawan kita org masuk tournament badminton anjuran staff cluB MMU. Kita orang nak join tak bleh disebabkan kita orang bukanlah ahli kelab yg berdaftar.Habis jer semua game aku buat gerakan blk ke rumah sementara member aku jejalan.com ke serdang. Sebelah malam plak tepat kul8.40 malam aku buat gerakan ke Taman Equine, agenda pada malam itu ialah berjumpaan tertutup bebudak MHCC zon 4 kat Restauran Alif.Pada mulanya ingatkan tak ramai yang datang, tp bila jam dah melewati kul9 lebih semakin ramai yang datang, yang semakin mengkompiuskan aku bila bebudak dari zon lain pun ada jugak kebanyakkannya EC² zon kat central region. Bila dah ramai berkumpul baru la aku tahu yang malam tu si Puteri PA kepada YB Din kat MHCC ada buat kenduri doa selamat kat rumahnya, patutla buat TT tertutup utk bebudak zon 4 jer.

Alhamdulillah rezeki betul malam tu kami dihidangkan dengan nasi ayam..dah blasah sampai kenyang tetiba Din bawa keluar tempat BBQ ngan segala jenis bahan yg siap sedia utk dijadikan BBQ. Pehhh..kul10 lebih baru nak buat BBQ kul berapa la baru leh balik nie. Lepas settle jer upacara BBQ bebudak MHCC buat gerakan pulang dalam kul 1.40pagi. Sekali skala layan BBQ pun best jugak.

Esoknya, hari ahad pepagi lagi member aku dah call plan untuk ke rumah kenduri sorang budak MB iaitu si Adifaza kat keramat, awalnya semua 7 org geng² MB berkumpul kat Taman Segar, pastu terus buat gerakan ke Keramat, bertemu ngan 3 orang lain geng MB yang lain.Pastu baru la gi ke rumah kenduri Adifaza.

Balik dari kenduri singgah sebentar kat rmh adik kawan aku kat setiawangsa, pastu terus buat gerakan ke Kota Kemuning opis member aku. Lepak² tido sepam dua, dalam kul 7 lebih baru buat gerakan ke Stadium Melawati Shah Alam untuk layan konsert akhir Ganstarz ngan kengkawan MB. Kita orang layan tak sampai habis pun konsert tu sebab member aku ada hal plak, dia nak ambik keta member dia kat rumah boss dia kat Kota Kemuning.Skali objektif tak tercapai keta tu tak dapat dihidupkan atas masalah² tertentu. Akhirnya kita orang gi lepak mkn².com kat Restauran Ameer Ehsan kat Kota Kemuning. Settle jer terus hantar member aku kat opis dia terus buat gerakan pulang ke Cyberjaya dalam kul 12.40pagi baru sampai kat MMU. Letih seharian terus tido..walaupun tak terlena :D







Wednesday, June 06, 2007

Rindunya Pada Suatu Ketika Dulu

Tetiba aku terasa rindu pada kengkawan lama masa zaman study kat sekolah menengah dulu. memori pahit manis hidup bersama kengkawan kat hostel 1992-1997 terlintas satu persatu..bila dikenangkan lebih banyak perkara yang melucukan berlaku dari perkara yang mendukacitakan. Ada masa jadi budak baik, ada masa jadi budak nakal. Tempat dimana aku mula belajar berdikari dan semangat setia kawan.Sekarang aku berharap semoga apa yang dirancangkan sebelum aku dan kengkawan meninggalkan zaman bersekolahan dulu akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Monday, June 04, 2007

Layan Kenduri

Assalamualaikum..
Hari nie cuaca dingin jer..maklum laa semalaman hujan jer. Hari nie dtg opis ngan matlamat nak siapkan keja aku yg tak kunjung siap tu..akhirnya siap jgk la grafiknya ptg nie..tp animation blum buat lagi. Animation esok plak la sambung buat, relax time la plak..hehehe

Aktiviti hujang minggu bulan nie memang penuh ngan aktiviti. Hari sabtu start kul2 petang gi besday party Icha, dah cukup umur 1 thn dah Icha. Semoga Icha membesar ngan sihat.Lepak kat situ sampai kat kul4 pastu terus buat gerakan ke esso seri kembangan, sebab dah janji ngan seorang lagi kawan untuk gi ke majlis kenduri kawan aku kat melaka plak.

Kul4.30 terus buat gerakan dan sampai ke destinasi rmh pengantin dah kat kul6 ptg. Kita orang memang plan nak pergi lewat sebab itu kenduri sebelah rmh pengantin perempuan, janji dapat jumpa dan berbual ngan kawan kita org pun jd la. Sampai jer tgk kawan kita orang tgh membasuh periuk..hahaa layannn, raja sehari pun kena basuh periuk.Lepas lepak mkn².com nasik minyak, kita orang jejalan kat blkg rmh mentua kawan aku tu, maklum la blkg rmh mentua dia tu laut. Memang best la kalau dpt lepak kat situ, seronok ja tgk orang mandi manda kat laut tuu..sibbaik la niat aku dtg kenduri jaa.hehe. Habis aktiviti melepak tepi pantai tu..kita org pun buat gerakan pulang dalam kul7.15ptg, sampai kat esso seri kembangan dalam kul9 mlm.

Esoknya plak seawal jam8.30 dah bangun(kira awal la nie time cuti².com) aktivitinya gi kenduri kahwin president kelab malaysianbowlers.com(MB) iaitu Zam dan Sato(Bendahari MB) kat Bagan Datoh. Kita orang gi konvoi reramai.Awalnya semua bebudak MB berkumpul kat rumah family kak As. Kul11 lebih baru la baru buat gerakan ke rmh kenduri.Tapi yg bestnya time konvoi nie, mcm² hal berlaku. Aku nie tetiba plak bleh sakit perut..tak bleh tahan punya pasal, cari station minyak tak jumpa aku singgah jer la surau, asal hajat aku termakbul hahaha. baru la bleh drive ngan aman. Klau tak tersiksa jgk aku hehehe.

Kita orang sampai kat rmh pengantin dekat kul1 ptg. Lepak² lepas mkn sambil nak tunggu pengantin selesai mkn beradap utk sesi bergambar bersama pengantin. dalam kul3 lebih buat gerakan pulang ke KL. Aku hanya mampu sampai kat area subang jer, pasti terus layan tido dlm kereta, hujan lebat ka apa ka..langsung aku tak peduli hehehe sebab balik yg drive keta uzin takumi.

Akhirnya sampai kat rmh dalam kul 5.30ptg..pehh macam keja plak semalam kluar kul 9pagi blk 5.30ptg. Sampai rmh jer terus sambung tidoq. Letih bangat, bangun jer lepas mandi manda, terus gi mkn kat restauran firdausi ngan member². Pastu balik rmh layan Gangstarz..pastu layan jer apa cerita kat tv yang aku rasa best sampai rasa ngantuk blk, tutup tv..ZzzzzZZZ