BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 30, 2009

Sukan Inter Campus


Assalamualaikum..
Salam petang isnin, alhamdulillah..kenyang sudah.. baru jer lepas pekena nasik goreng kampung. Alkisahnya nak cerita tentang sukan intercampus antara MMU Cyberjaya ngan MMU Melaka di Melaka. Aku dan kengkawan uzin, wan cakcibor dan harris buat gerakan ke Melaka pada petang jumaat lepas sebabnya sebelah malamnya aku ada game bowling kat Mahkota Parade. Sampai situ dah kul7 lebih jadi lepak makan².com kejap terus gi melepak kat tempat bowling. Dalam kul9 baru bermulanya game. Team Cyberjaya 5 lelaki dan 5 perempuan, sama jugak la ngan team Melaka. Kita orang main 6 games. Aku macam biasa laa tahun nie..tempat kedua jer dengan jatuhan 1054 pin. Kurang 46 dari peserta tempat pertama dari MMU Melaka. Tapi keselurahannya dimenangi oleh Team Cyber untuk membawa balik piala pusingan. Habis game dalam kul1 lebih pastu lepak minum².com dulu pastu baru balik tido kat kuarters MMU Melaka.

Team Bowling Wanita MMU Cyberjaya

Team Bowling Lelaki MMU Cyberjaya

Sabtu pagi plak dalam kul9 dah buat gerakan gi kat dewan untuk upacara perasmian sukan intercampus nie, selesai jer majlis ..bfast kejap pastu terus buat gerakan ke gelangang futsal. Aku tak join team futsal sekadar jadi penonton jer dan bagi support untuk team cyber dan jugak taqis yang beraksi. Akhirnya wakil dari MMU Cyber jugak yang menjuarai acara futsal lelaki. Bagi futsal perempuan pula dimenangi oleh MMU Melaka. Aku tak sempat nak tengok semua game sebab balik untuk jadi backup untuk game karom, tapi aku plak tak pasti kat mana tempatnya..jadi last sekali aku balik sambung tido kat kuarters jer laa..haha lagi best. Tengah best layan tido skali dengar plak suara riuh rendah kat luar, keluar tengok ada game bola tampar wanita la plak, kluar la snap gambaq sekejap pastu sambung tido balik. Kul1.30 gi ke dewan untuk makan tengah hari pastu balik lepak kat kuarters dalam kul 3 buat gerakan ke gelangang sepak takraw. Ingatkan main antara regu, sekali main team yang akhirnya dimenangi oleh team MMU Melaka.

Team Sepak Takraw MMU Cyberjaya

Akhir sekali adalah acara penutup dan penyampian hadiah, selesai semua sempat la sesi bergambaq sekejap pastu pulang ke kuarters mandi manda dulu dan buat gerakan gi makan².com kat Alai pekena ikan bakar sambal yang tak sedap...haha tapi disebabkan semua kelaparan habis jugak laaa.. dalam kul11 buat gerakan pulang, sampai Cyberjaya dalam kul 12.30mlm. Sampai rumah jer terus tido..

Kontijen lelaki MMU Cyberjaya bergambar selepas
majlis penyampaian hadiah

Monday, March 23, 2009

Minggu Yang Meletihkan..

Assalamualaikum..
Salam hari isnin, hari nie ambik halfday pagi, jadi masuk opis tgh hari la, dapat la cover balik rehat yang tak cukup time weekend. Minggu lepas memang minggu yang meletihkan dengan pelbagai aktiviti sukan dan jugak dengan keja menyiapkan prototaip untuk tender projek MOE pastu + dengan kekalahan manchester united lagi...adoiyaiii

Sepanjang minggu lepas, selepas habis waktu keja aku ada training sepak takraw untuk wakil campus Cyberjaya untuk pertandingan sukan MESRA antara Cyberjaya dan Melaka. Cuma hari jumaat malam jer sempat jejalan.com. Dapat la rest sket dan akhirnya aku gi layan jugak citer GENG. Hari sabtu pagi kul7.40 aku ngan efry dah buat gerakan ke Putrajaya untuk melihat belon udara. Selesai snap² gambaq lepak bfast kat kedai makteh, dalam kul10 lebih buat gerakan pulang. Kul11.30 buat gerakan ke Banting plak dengan Dole untuk gi beli medium untuk ternakan kita orang. Skali ada problem plak, tak dapat nak ambik mediumnya, memang bara jugak la dah la tunggu hampir 2 jam. Aku plak dah la kena keja hari sabtu akhirnya kul3 ptg baru masuk keja, settle semua keja dalam kul 2.30pagi. Dalam kul3 dah buat gerakan pulang tinggal lagi 3-4 orang member aku yang stay buat keja sampai pagi.


Esoknya ahad kul8.40 pagi dah buat gerakan ke Banting, plannya ambik medium, bfast kat kedai Paklong dan terus ke rumah cikgu Yusof. Sampai Banting dalam kul 10.20pagi terus dengan aktiviti memindahkan medium dan ternakan. Letih tak ingat untuk siapkan semuanya akhirnya dalam kul3 ptg kita orang dah berhenti buat keja, sambung minggu depan plak..terus buat gerakan pulang ke Cyberjaya dalam kul 4 ptg baru sampai. Aku rest kejap pastu keluar gi Putrajaya tengok belon udara lagi dalam kul7 lebih dah balik layan tengok tv jap kat rumah member pastu balik rumah terus tido. huhu bestnya kalau setiap hari leh tido awal.

Saturday, March 14, 2009

Tournament Bowling MESRA

Assalamualaikum..
Semalam ada tournament bowling anjuran staffclub a.k.a MESRA, aku ngan kengkawan MPU yang lain pun menjoinkan diri, maklum laa main free sapa yg taknak join, tapi bilangan pemain agak terhad la kepada 40 permain jer. Kalau dapat lagi ramai penyertaan mesti lagi meriah. tapi apapun tahniah la kepada penganjur. Harap lepas nie dapat buat yang lebih baik dari semalam.

Alhamdulillah semalam aku berjaya dapat tempat kedua, gagal mempertahankan kejuaraan tahun lepas. Agak tak menjadi game semalam, susah nak dapat step sebab satu lane 4 org. Tapi kira oklah tu...maklumlah tahun nie aku agak slow sket dalam aktiviti membowling nie, jadi bila kurang latihan tu macam mana nak perform hehehe..

Bila difikirkan balik tahun nie semua aktiviti kelab MESRA yang aku masuk, hanya tempat kedua jer semua aku dapat dari takraw, futsal dan bowling. Takda kilauan emas langsung tahun nie. Mungkin lepas nie leh tingkatkan lagi prestasi untuk join sukan InterCampus plak.

Friday, March 13, 2009

Syukur..

Assalamualaikum..
Salam pagi jumaat, pagi nie awan menangis kat bumi Cyberjaya nie, memang best laa kalau hari nie adalah hari cuti, tapi hakikatnya hari nie adalah jumaat, jd kena la keja. Alkisah nak citer bulan nie bulan yang penuh dengan rahmat rezeki dariNya. Dari awal bulan sampai la tgh bulan nie.

Semalam apabila mendapat perkhabaran yang mengumbirakan melalui email memang rasa syukur sangat laa, tetapi nak celebrate lebih² pun tak best jugak la, sebab tak semua kengkawan yang mendapat perkhabaran yang mengumbirakan nie. Kesian pun ada bila dapat tau mereka tak dapat apa yang patutnya diorang dapat, padahal buat keja satu team nie. Sukar untuk memahami mcm mana diorang dinilai, mengikut apa yang aku lihat kengkawan aku nie keja memang penuh dedikasi sanggup datang keja waktu malam dan sanggup buat keja dari rumah, tapi apa yang mereka dapat agak mengecewakan laa..

Apa yang aku harap lepas nie kengkawan aku nie akan tetap bersemangat meneruskan keja, insya'allah kalau ada rezeki kita tak kemana.

Wednesday, March 11, 2009

Cuti².com kat MMU jer laa..

Assalamualaikum..
Salam petang rabu, hari nie aku baru jer plan nak apply cuti 23-24hb mac nie untuk gi cuti².com kat Pulau Redang ngan memember MMU, skali project leader aku cakap tak leh nak cuti plak sebab nak kena siapkan prototaip utk tender MOE yang baru. Potong betul laaa..tp apapun terpaksa la bagi priority kat keja dulu..baru jer aku nak ikut nasihat doktor yang suruh aku berehat sket, sbb katanya aku nie tak cukup rehat semenjak dua menjak nie. Tadi check mail skali dah dpt email dibawah nie..jadi siap sedia jer laa utk buat keja.

Dear All,
Please be informed that we will participate in new MOE tender.
One of the requirement
is to come out with prototype.
Th
us, the work has been assigned to you.
Details are a
s below:-

Prototype/Requirement for new MOE tender (Task Distribution)

6. Pembangunan e-Bahan Grammar bagi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris

      ID in charge - Amin / Efry

      Team - Ku Nizam

Putihnya Lukisan

oh dunia
penuh dengan derita
ada suka
ada juga dukanya
yang disana sedang menahahahaha
yang disini ditimpa malapetaka

ow dunia harini
ow sedihnya
ow tanah dijajah lagi
ow kehahanya

*
jika ku seorang pelukis
akan ku warnai dunia
denga warna putih
agar tiada gelap
lukisannya ow oh oh dan oh

oh manusia
tak ku mengerti sifatnya
ada mulia
ada juga kejinya
yang si tua berbalahkan kuasa
yang simuda mengacukan senjata

ow maruah dijual beli
ow murah nya
ow bumi terbelah lagi
ow bencana

ulang (*)

oh oh oh oh oh oh dan oh lagi

ulang (*)

lagu Meet Uncle Hussain

Monday, March 09, 2009

Maulidul Rasul

Assalamualaikum..

12 Rabiul Awal tahun gajah, Nabi diputerakan pemimpin ummah. kita sedia maklum berkenaan dengan tarikh ini, adalah tarikh bagi kita menyambut hari kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Selawat dan salam ditujukan khas kepada Nabi Muhammad s.a.w. , keluarga baginda...serta sahabat-sahabat baginda.

Friday, March 06, 2009

Tournament Futsal MESRA

Assalamualaikum,
Salam pagi jumaat, alhamdulillah pagi nie cuaca agak baik kat bumi cyberjaya nie. Aku plak pepagi lagi dah berperang perasan sama ada nak datang keja atau nak halfday. Tapi disebabkan ada tugas fotografi pagi nie, nak taknak kena datang keja jugak la.

Alkisahnya nak cerita tentang tournament futsal anjuran staffclub(MESRA) semalam kat Pusat Komuniti Cyberjaya. Sebanyak 9 pasukan dari pelbagai falkuti dan department yang dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B bagi menjayakan tournament nie. Team Taqis FC telah menghantar 2 pasukan untuk tournament ini iaitu team Taqis XY dan Taqis XL.

Team Taqis XL

Alhamdulillah pada peringkat kumpulan team Taqis XY berjaya menjadi juara kumpulan A dan bagi team Taqis XL plak menjadi naib juara kumpulan B, jadi pertembungan adik beradik berlaku pada separuh akhir yang menyaksikan kesudahan perlawanan ditentukan oleh sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1. Akhirnya Taqis XL layak ke final apabila memenangi sepakan penalti 2-1.

Team Taqis XY

Dalam aksi final team Taqis XL yang kekurangan pemain akibat kecederaan terpaksa akur dengan kehebatana team UPIN apabila tewas 2-0. Apapun tournament semalam dapat memberi gambaran dalam pasukan terutama kepada pasukan Taqis FC bagi menghadapi Tournament Futsal TM yang akan datang. Tahniah kepada semua pemain² Taqis FC yang menunjukkan semangat juang yang tinggi semalam..

Wednesday, March 04, 2009

Rehat².com kat Kampung

Assalamualaikum..
Salam pagi rabu, alhamdulillah hari nie masuk opis dengan semangat, maklum la dah 4 hari dapat rehat².com kat kampung halaman. Aku balik hari jumaat malam sampai kat Changlun dalam kul5 pagi.

Kali nie memang bebetul banyak masa aku habiskan merehatkan diri kat rumah saja, lega sket rasa kaki dan tangan aku nie, maklum la sejak seminggu dua nie, penuh saja aktiviti sukan. Aku kluar pun pada hari ahad kejap dan isnin gi bank dan gi cari barang² member pesan kat Bukit Kayu Hitam. Bestnya kalau dapat slalu balik kampung, lagi best kalau MMU ada cawangan kat Kedah hehehe..mula la aku nak berangan tah apa².

Semalam buat gerakan balik ke KL ngan Jelita Transtours, kira ok la balik naik bas nie, kalau drive sendiri memang letih, hampir keseluruhan perjalanan hujan. Memang layan tido saja laa..dalam bas pun ada 10 org jer..leh la dok kat mana yang rasa sesuai dihati hehe.. dalam kul9 malam dah sampai KL, naik bas turun serdang, gi ambik kereta kat rumah dole, lepak makan².com kat Azwart pastu terus buat gerakan pulang ke Cyberjaya