BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 28, 2008

Aktiviti² Dihujung Minggu di Ipoh Perak.

Assalamualaikum..
salam petang isnin. Hari nie memang ngantuk jer, maklum la semalam sampai rumah pun dah dekat kul12tgh malam.

Aktiviti bermula apabila aku n team secrettouch ada projek fotografi kat Ipoh Perak. Kita orang bergerak ke Ipoh pada hari sabtu dalam kul1 ptg, sampai ipoh dlm pukul 3.30ptg. Sampai jer kat Ipoh gi jumpa bakal pengantin jap iaitu si saiful a.k.a imam. Pastu buat gerakan gi makan dulu kejap, sebab memasing perut dah kelaparan kejar masa punya pasai takut sampai lambat utk majlis pernikahan pada lepas asar.

Sesi fotografi bermula dalam kul5 ptg kat surau pastu apabila semua selesai kita orang buat gerakan ke rumah pengantin perempuan ada makan².com sket. Pastu buat gerakan ke rumah penginapan yg disediakan utk kita org. Sebelah malamnya plak bermula sesi fotografi utk berinai + sambung sesi bergambaq kat backdrop yang kita orang sediakan. kul1pg jgk baru abis sesi fotografinya. Kul2 pagi baru la bleh lelapkan mata.

Esoknya seawal kul8pagi dah dikejutkan oleh antesmu salah sorang member kitaorang yang turun ke majlis perkahwinan member diorang nie. Ajak gi sarapan pagi..balik jer dari sarapan lepak kejap pastu dalam kul10.30pagi buat gerakan ke rumah pengantin perempuan utk sesi pengambaran di majlis perkahwinan. Selesai sesi pengambaran dalam kul4 ptg. Pastu baru la aku dan kengkawan yang lain buat gerakan pulang, tapi sempat la singgah mandi².com dulu kat air terjun batu berangkai. Charoo jgk laa segar sket rasa, walaupun penat tu masih terasa. Sibbaik la member aku si adi yang drive time balik..kalau dia takda rasanya mau malam baru buat gerakan dari Ipoh.

Itu lah aktiviti hujung minggu aku, memang penat, tapi best. Tapi dengan adanya aktiviti nie tak dapat la aku nak menjoinkan diri untuk Malaysianbowlers.com annual tournament bowling yang diadakan semalam. Tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar mengikut laporan yg disediakan oleh pn seketeri MB iaitu puan axa.


Monday, January 14, 2008

Kembali Senyum

Pantas kau diam membisu
Ada garis sendu diwajahmu
Salahkah sekadar aku bertanya
Berikan jawapan

Kuatkah ikatan cinta
Apa mungkin kasih mu setia
Tak ku duga airmata berlinang
Luka perasaanmu sayang

Sengaja hatimu ingin ku duga
Tak terlintas fikiran mencuriga cinta
Ku tahu seputih dingin salju
Itu warna cintamu

Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cinta ku takkan terbelah bagi
Keringkanlah airmata di pipi mu sayang
Kembali senyum

Dan maafkanku…

lagu dari izwan pilus

Selamat buat mereka² yang aku sayangi

Assalamualaikum..
Salam petang isnin, hari nie letih mode, maklum la pagi tadi kul8.30 baru aku sampai kat MMU, malam tadi gerak dari Changlun kul10 malam sampai Puduraya dah kul 4.50pagi. Malas nak kaco member aku..jadi aku melepak jer la kat situ sampai kul6.30pagi. Pastu gi tunggu bas ke Putra Permai.

Balik kg kali nie memang banyak betui aktiviti. Aku mcm biasa la, kalau kat kg tu memang jd driver jer laa. Aktiviti yang best kali nie ialah jejalan cari bahan mentah untuk kenduri adik aku, kul4.15pagi dah buat gerakan ke pasar borong Aloq Setaq. Sampai dalam kul5pagi..tapi tu laa pasar borang dah meriah ngan manusia. Walaupun rasa macam tak banyak mana beli..tp penuh jugak la barang kat blkg keta..hehehe

Alhamdulillah adik aku yang bongsu selamat diijabkabulkan ngan pilihan hatinya insya'allah kenduri akan diadakan pada 31hb nanti, dan adik yang kedua pun dah selamat melangsungkan majlis pertunangan pada 12hb lepas..sama tarikh besday ngan ibu kesayangan aku. Aku doakan semoga semua orang yang aku sayangi nie akan senantiasa diberkati oleh Allah kehidupan mereka.

Semalam sebelum balik ke kl sempat la teman ayah aku gi memanggil saudara mara untuk ke majlis kenduri adik aku, letih jugak pusing² area aloq setaq. Sampai rumah pun dah kul8 malam. Sempat rest dan makan jap..pastu kul9.30 terus buat gerakan ke Changlun.