BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 31, 2007

Suka Duka 2007

Assalamualaikum..
Salam pagi isnin terakhir pada tahun 2007, esok bermulalah lagi satu dimensi baru dengan bermulanya tahun 2008. Semoga tahun 2008 akan lebih membawa erti dalam kehidupan kita semua.

Alhamdulillah, tahun nie byk jugak kenangan manisnya dlm hidup aku, awal tahun aku mendapat awek baru walaupun bersusah payah sebelumnya..dapat jugak memilikinya hehe. Insya'allah akan aku jaga kurnian tuhan kepada aku sebaiknya.
Aku bersyukur jugak kerana khidmat aku masih lagi diperlukan di MMU, jadi dapat la aku meneruskan hidup dengan pengurusan seperti tahun sebelumnya walaupun dah meningkat beban tanggungan aku.
Tahun nie jugak aku memulakan satu langkah baru baik menaik tarafkan hidup dan kemahiran aku dalam menceburi bidang baru. Semoga bidang baru nie akan berjaya.
Setiap kehidupan tak semestinya kita senantiasa gembira..pasti setiap orang akan merasai kesedihan dan sebagainya..itulah kehidupan bagi aku laa. Aku pun takleh lari dari kesedihan yang melanda aku dan jugak orang² yang aku sayangi. Tapi apapun terjadi aku kena redha, mungkin ini dugaan Allah kepada aku dan jugak orang² yang aku sayangi.
Tapi tahun 2007 lah dugaan yang maha hebat dalam hidup aku, alhamdulillah, aku masih lagi mempunyai kekuatan dan semangat menghadapi dugaan dariNya..tapi segala kekuatan dan semangat ini semua pasti datang jua dariNya. Bersyukur jugak aku diberi kesihatan yang baik dalam kehidupan aku pada tahun nie, begitu jugak dengan orang² yang aku sayangi.
Itulah sukaduka tahun 2007 pelbagai kenangan terindah dan sebaliknya. Insya'allah kalau dipanjangkan umur akan bertemu lagi ditahun 2008.

Friday, December 28, 2007

Movie time: national treasure book of secrets

Assalamualaikum..
Salam pagi jumaat..sungguh mendamaikan dan mengantuknya aku. Semalam balik dari lepak².com tgk wayang sampai rumah dah kat kul1.30pagi. Melepasi time tido aku menyebabkan aku susah sket nak melelapkan mata..mau kat kul 3pagi baru nak bleh tido, siap leh layan baca komik dulu. Sekali sekala buat aktiviti mcm nie memang charoo laa.
Semalam layan tgk wayang citer national treasure book of secrets ngan kaum kerabat malaysianbowlers.com kat Mid Valley ada la 10 org yg join. Citer dia memang best la bagi aku dengan aksi²nya, komedinya..tapi lagi best yang part 1 bagi aku laa. Apapun pada geng² yang belum gi layan citer nie...gi la layan di pawagam yg berhampiran dengan anda..sure best.
Sebelum layan citer nie kita org lepak makan².com kat Carl's jr kalau tak silap aku laa..layan burger memang stok kenyang punya laa kena sebijik pun. pastu kul9.30 baru masuk wayang. Abis layan citer nie gi lepak minum².com kat kerinchi dulu..pastu baru la memasing buat gerakan.

Wednesday, December 26, 2007

Alkisah Raya Haji 2007

Assalamualaikum..
Salam pagi rabu, dah lama aku tak menulis kat blog nie..kebizian melanda semenjak dua menjak nie. Hari nie memang aku nak melepak kat opis jer..malaih nak buat keja walaupun bila masuk opis jer dah nampak storyboard dah ada atas meja.

Alkisah raya haji tahun nie..1st time aku drive balik raya sesorang..syahdu betui.Tapi aku dah siap burnkan cd lagu utk hilangkan ngantuk..haha persediaan rapi tu..Sibbaik la higway tak jamm time aku balik, kalau tak lagi la syahdu takda member nak berborak. Tahun nie takda buat korban, makan daging korban ja yang banyak..lepak kat rumah asyik pekena masakkan berasaskan daging jer laa.

Tahun nie balik raya best jgk la..dapat jumpa balik kawan aku yang dah hampir 10 tahun tak jumpa. Dapat la mengimbau kembali zaman² dok cari ikan puyu kat dalam sawah bendang dulu. Nostalgia betui laa. Raya tahun nie..dapat jugak la merasai gi beraya dalam banjir. Raya kedua aku gi beraya rumah mak saudara aku ..terpaksa la meredah banjir yg tak berapa sangat la..tapi mmg charoo laa.