BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 27, 2007

secrettouch

Assalamualaikum
Alhamdulillah..akhirnya secrettouch telah berjaya didaftarkan secara rasminya..Jadi senang sket untuk team kita orang menjalankan aktiviti yang berkaitan fotografi. Kepada team member secrettouch, semoga apa yang kita rancangkan berjalan dengan lancar.Kepada kengkawan yang memerlukan khidmat fotografi untuk pertunangan, perkahwinan atau sebarang acara leh jer contact kita orang :D



Secrettouch FP

Monday, November 26, 2007

Kini Bebas...

Assalamualaikum..
Salam petang isnin..hari nie mcm biasa jer..mode buat keja pun takda. Jadi lepak².com jer laa. Alkisah yang aku nak ceritakan hari nie ialah..hari nie aku dah bebas( konon jer nie)...sebab member seangkatan aku kat Inilah Budaya Department Putri dah pun berpindah tempat keja kat kampung halamannya kat JB. Sedih jugak la..maklum lah dah 6 tahun keja sesama.

Banyak kenangan yang tak dapat dilupakan, yang paling best..time datang interview untuk bekerja kat MMU la..member aku nie siap bawa satu family dia tu temankan dia. Tapi memang berbaloi..akhirnya dapat jgk keja kat MMU dan akhirnya menjadi team member graphic artist kat IBDP dan kemudiannya CMEAD.

Kepada sahabat aku fadh a.k.a mama haziq & fahim semoga berjaya ditempat keja baru..kalau turun kl jangan lupa inform kita orang.Insya'allah ada masa nanti, sampai la aku ke JB :)

Tuesday, November 20, 2007

Bila Nak Saksi

Wajahmu kerap kumimpi wajahmu sering kupuja
Buatku terasa sepi kala ku bukakan mata
Kau masih belum pun ku punya Rinduku masih kau tak peka
Cintamu kerap kumimpi cintamu sering kudamba
Buatku terasa sedih kala ku bukakan mata
Kau masih belum pun kudakap rinduku masih kau tak singkap

Bila nak saksi kau datang terkulai?
Bila nak saksi kau datang membelai?
Bila nak saksi cintaku sampai?

Dirimu kerap ku mimpi Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan kau dapat bersama
Nyatakan cinta yang terpendam Membina istana tersergam

Bila nak saksi kau datang terkulai?
Bila nak saksi kau datang membelai?
Bila nak saksi cintaku sampai?
Kau masih belum pun ku punya Rinduku masih kau tak peka

Bila nak saksi kau datang terkulai?
Bila nak saksi kau datang membelai?
Bila nak saksi cintaku sampai?
Bila nak saksi cintamu ku damba

Dirimu kerap ku mimpi Dirimu sering ku khayal
Aku Angan angankan

*lagu dari kumpulan Spider

Monday, November 12, 2007

Majlis Kenduri + Gathering KOL


Assalamualaikum..
salam malam isnin, hari nie kat opis agak kebizian yang melanda dengan aktiviti meng"upload" subject² baru ke dalam server mmls. Dari pagi sampai ke petang..dalam kul4 lebih pc aku dah slow angkara disk space aku yg tinggal berapa mb jerr. Apapun pc aku dah kembali stabil ngan bantuan en adi yang meminjamkan ext harddisk dia utk aku pakai buat seketika.

Pada hari sabtu dan ahad aktiviti aku agak padat, pada hari sabtu aku gi kenduri kahwin member malaysianbowlers.com iaitu en apat a.k.a evildead kat Bidor. Kita orang gi berkonvoi ngan kaum kerabat mb.com yg lain. 5buah keta semuanya dengan port perjumpaan utk perjalanan kat hentian rehat Rawang. Memang best dan penat hari tu..yer la keluar rumah seawal jam9 pagi..balik rumah kat kul6 petang..penatt siottt. Malam memang aku lepak kat rumah jer laa dah tak larat nak kluar.

Hari ahad pun penuh jgk aktiviti, seawal jam 9 pagi kluar gi bfast kat terminal bas Cyberjaya ngan member seopis aku merangkap member team photograpy. Dalam kul9.45 kita orang buat gerakan ke Kg Melayu Subang untuk ke majlis perkahwinan member kita orang. Kira kita orang tolong dia jer la ambikkan gambaq sempena perkahwinannya. Yang bestnya semua team kita orang turun hari tu aku dan chino dari Cyberjaya, whosend dari Cheras dan eirwan dari Gombak. Port perjumpaan awalnya kat Airod Subang.

Aku lepak ambik gambaq sampai kul2.30ptg jer pastu terus buat gerakan ke Flamingo bowl plak untuk jumpa bebudak kedahonline.net. Sampai jer diorang dh settle aktiviti membowling, jadi melepak makan dan minum².com jer laa ngan diaorang. Balik jer dari Ampang singgah kat esso seri kembangan, ajak member aku lepak borak, maklum la dah lama tak lepak sesama, banyak jugak la benda untuk dibualkan. Dalam kul8.40 malam baru buat gerakan ke Cyberjaya.
huhu..2 hari yang memenatkan bagi aku..tp apapun aku suka dengan aktiviti yang aku lakukan skrg.