BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 12, 2007

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum..
Esok semua umat islam dirantau asia tenggara nie akan start berpuasa. Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu ramadhan pada tahun nie. Semoga apa yang kita lakukan dibulan yang mulia nie akan senantiasa diberkati.

Kepada semua kengkawan aku, geng² blog aku minta ampun dan maaf la kalau ada salah dan silap. Semoga ibadah puasa yang kita jalankan nie diterimaNya. K lah selamat menjalani ibadah puasa kengkawan.

Monday, September 10, 2007

MB Trio Graded Merdeka Tournament

Assalamualaikum..
Salam petang isnin, pagi semalam dalam kul11pagi bermula lah satu lagi tournament anjuran Malaysianbowlers.com , aku seawal jam 9 pagi dah buat gerakan ke Endah Parade. Singgah kejap ambik member aku kat Pinggiran Putra.

Semalam memang meriah la seramai 27 team yang join tournament nie. Dapat la lihat muka baru dan muka lama ahli MB yang join tournament nie. Team aku punya nama ialah Sup Sayur. Menang ternyata kita orang nie memang team sayur hahaha. Team kita orang dapat no21 kalah tipis kepada team pesaing kita orang iaitu team kura² yang tabah. Apapun kita orang memang enjoy jer join tournament nie.

Settle jer tournament, kita orang macam biasa la lepak².com dulu, kali nie kita orang lepak kat KFC kat Endah Parade tu jugak. Hampir kul3.30ptg baru buat gerakan pulang. Balik rumah memang letih bangat, sempat la cover balik tido yang tak cukup sebelum nie hehe..


Jelapang Padi Juara Lagi

Gambar sumber :http://www.fam.org.my

Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur kepada yang maha esa, tahun nie merupakan tahun yang penuh gemilang bagi pasukan bola sepak Kedah kerana berjaya merangkul 3 piala. Ini jugak merupakan sejarah baru tercipta dalam bola sepak Malaysia dengan pasukan Kedah menjadi pasukan pertama memenangi piala Liga Super, FA dan jugak piala Malaysia.

Aku ngan kengkawan sekampung aku dari Kedah gi ushar perlawanan akhir kat stadium, memang meriah gilos laa, memacam gelagat leh tgk. Yang pastinya memang berbaloi la pelaburan rm20 dan rm30( beli dari ulat tiket) untuk dptkan tiket perlawanan akhir. Semangat hijau kuning jugak la dapat dilihat apabila member sekampung aku sanggup tu datang dengan naik bas ekspress semata nak layan final piala Malaysia nie.

Akhir sekali kepada semua pemain dan pengurusan Kedah tahniah diucapkan atas kejayaan yang penuh cemerlang nie.

Wednesday, September 05, 2007

Kad Dari Tun

Assalamualaikum..
awal bln nie dah kena pulun buat keja e-learning, pertengahan bulan lepas dah dok buat² bz ngan konvo mmu. Akhirnya keja² yang dilakukan time konvo tu berbaloi jugak la bila Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (Chancellor MMU) ada htr kad penghargaan kepada setiap orang yg terlibat dalam menjayakan konvokesyen ke-8 MMU.


Tuesday, September 04, 2007

Semoga Semuanya Selamat

Assalamualaikum..
Seperti sedia maklum, bekas perdana menteri Malaysia yang ke-4 Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menjalani pembedahan pintasan koronari di Institut Jantung Negara (IJN). Semoga Tun akan selamat dan semuanya berjalan lancar.

p/s: Tun Dr. Mahathir, org yg byk berjasa kpd negara dan jgk jajahan takluknya satu ketika dahulu - Kubang Pasu(kg halaman aku).Jasamu akan tetap dikenang.

Monday, September 03, 2007

Malaysiaku Gemilang

Assalamualaikum...
Salam pagi isnin, hari nie cuaca kat bumi cyber nie mendung jer..sama jer ngan mode aku bekerja, kemalasan tetap ada..negara Malaysia dah pun menyambut kemerdekaan ke-50 aku nie jer yang belum merdeka lagi..banyak lagi kerja yang menanti.

"Malaysiaku Gemilang" itulah tema bagi menyambut kemerdekaan tahun nie, aku takda la gi memana pun pagi hari merdeka yang lepas, lepak tengok tv kat rumah jer. Sebelah petangnya baru gi melepak ngan ameant & alya kat Taman Warisan, Putrajaya. makan².com pastu memasing bawa haluan memasing. Aku terus gi melepak kat esso sampai kul11.30mlm pastu sambung lepak².com kat azwart cawangan putra permai sampai kul1 lebih ngan ady & paktam.

Esoknya kul9 pagi dah gi ke azwart ambik badang yang datang dari Kedah untuk menghadiri kenduri abg ke-3(dole). Balik lepak kat rumah kejap, dalam kul11 pagi buat gerakan ke Serdang sebab aku kena jadi driver pengantin. Dalam kul1 ptg baru rombongan pengantin bergerak ke Putrajaya. Ramai kengkawan yang dah sedia ada dan jugak yang sedang berusaha mencari jalan kerumah pengantin, tapi alhamdulillah semuanya selamat tiba ngan selamatnya.

Selain kenduri, majlis nie ibarat macam bertemuan semula kengkawan lama dan baru. Maklum la memasing bz dengan komitmen kerja dan sebagainya jadi peluang yang macam nie lah dapat menemukan kembali kengkawan untuk berkumpul. Hari yang paling mengembirakan walaupun masih ada lagi kengkawan yang tak dapat menghadiri majlis nie, tapi syukur sesangat dengan semua kengkawan yang dapat hadir ke majlis dole nie antaranya BD & Niena, Manja & suami, Mie & tunang, Ameant & Alya, whosend & Mleo, ady & isteri, Khalid & isteri, najmi & isteri, AJ, chino, 2pac, dan badang. Semoga persahabatan kita nie akan kekal walaupun memasing dah mempunyai komitmen.