BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 27, 2007

Gathering Malaysianbowlers.com

Assalamualaikum..
salam pagi jumaat, mcm biasa la pepagi nie mode ngantuk jer, maklum la smlm balik membowling pun dah lewat pagi. Semalam ada gathering Malaysianbowlers.com memang meriah, seramai 35 orang ahli lama dan baru yang menjoinkan diri. Dah lama tak merasai kemeriah gathering MB.com nie.

Semalam gathering bermula dalam kul10 malam, awalnya dah booking 8 lane tapi disebabkan ramai yang datang jadi tambah lagi 2 lane, sempat layan 1 game ngan rate biasa pastu kita orang ambik yg package rate 3 games rm10 jimat belanja. Semalam time bowling aku fight sup sayur ngan kak as untuk total keseluruhan 3 games, keputusannya aku yang kena belanja, game ke 3 bleh ampess plak main, dalam masa yang sama, aku fight jugak ngan juragan air laici untuk game ke 2. Keputusannya tetap sama, aku kalah jugak hehehe.Takpa asyik aku jer dpt minum air laici free, tiba masa aku plak bg org minum air laici free. Tapi apapun bak kata kawan aku,"sekiranya kemenangan itu dapat mengembirakan kengkawan aku tu..aku merelakannya"
hahaa.

Kita orang habis membowling dalam kul 12.30 mlm pastu mcm biasa gi melepak makan².com dan sesi memotang kek sempena besday mleo a.k.a tunang whosend kat restauran maju sri petaling sampai kul2 pagi. Pastu memasing membuat gerakan, aku ngan whosend sampai cyberjaya dalam kul2.30pagi huhu..memang letih bangat..ZZzzzzz time.

kat bawah nie gambar ehsan dari http://axa87.blogspot.com/ untuk aktiviti semalam.






Sunday, July 22, 2007

Transformers Lagi & TT Zon 3

Assalamualaikum..
pepetang ahad nie takda plan apa hari nie, jadi aku lepak².com jer la kat opis. Hari nie memang best layan tido, ngan paginya hujan plak tu..tapi takkan la nak tido sampai ke petang plak kot :)Tahun nie aku mencipta rekod ngan gi menonton filem yang sama 3 kali kat pawagam..filemnya tak lain dan tak bukan ialah TRANSFORMERS.

Kali nie aku gi layan citer nie ngan member² opis plak. Plan asalnya lepas balik keja hari jumaat lepas gi terus ambik tiket dulu, tapi tukar plan last minute kita orang ingat selamber jer laa gi terus The Mines sure tiket ada punya untuk tayangan kul9 malam.Kita orang sampai Mines dalam kul8 malam skali tiket dah sold out utk tayangan kul9 malam jadi nak tak nak kena la ambik tayangan kul 11.55malam. Jadi kita orang ada masa lagi 4 jam untuk menunggu masa tayangan jadi jejalan.com dulu laa kluar gi mencari makanan kat seri kembangan pastu gi lepak kat pusat bowling ushar orang main jer laa. Lepas settle tgk wayang dalam kul2pagi kita org lepak minum².com kat restauran Azwart kat Putra Permai tempat jajahan takluk aku dulu nie.. hehe.

Sabtu pepagi lagi member aku dah msg bagitau yang dia kat Dengkil tgh betulkan aircond keta dia.Nnt tgh hari sikit dia ajak aku follow dia gi kat Ampang cari barang keta dia. Dalam kul1.3o tgh hari baru buat gerakan ke Ampang. Sempat la singgah Tesco Ampang kejap sebelum gi kedai spare part. Lepas ambil barang lepak makan².com kejap. Pastu kita orang gi melawat rumah member kita orang zaman study dulu kat Pandan Mewah. Balik jer dari rumah member kita orang aku singgah esso seri kembangan kejap pastu terus gi rumah sewa lama aku untuk menidokan diri yg kemengantukan. Tidp pepetang tak elok, tapi apakan daya dh habis energy hehe..aku bangun bila dgr azan maghrib, lepas settle apa yang sepatutnya aku terus buat gerakan ke Putra Permai untuk jumpa geng² MHCC zon 4 kat restauran Alif.

Dalam kul9 lebih baru kita orang buat gerakan ke Bkt Jelutong untuk TT zon 3. Kita orang dari zon 4 hanya 3 buah kereta jer , yg lain ada komitmen lain la plak. Tempat berkumpul geng² MHCC sebelum bergerak ke restauran MMZ bkt Jelutong ialah kat Project kat ngan politeknik Shah Alam. Bila sampai jer dah ramai geng² MHCC yang menanti kat situ, lepak kejap jer tunggu geng² zon 1 pastu terus buat gerakan ke MMZ bkt Jelutong. Selepas sesi TT & sual kenal member baru, memang meriah TT semalam ada 30 buah keta semuanya yang join. Selepas tu kita orang terus gi lepak kat dataran Shah Alam, memang meriah kat sana memalam minggu. Lepas lepak kat situ gi minum².com kat restauran Mirasa kat seksyen 9 Shah Alam. Melepak sampai kul2.30pagi. Pastu memasing buat gerakan pulang. Aku terus ikut highway KLIA sampai CYberjaya dalam kul3 pagi.



Friday, July 20, 2007

Hari nie 20-07-2007 kemalasan melanda..

Assalamualaikum....
salam petang jumaat, apa ke halnya laa kemalasan melanda la pulak. Sekarang nie dah la keja byk gilos. Paling best baru jer dapat email dari boss bagitau cuti dibekukan start dari 30hb julai sampai 13hb ogos. Ermmm..konvo punya hal laa niee. Abis la tak leh la nak join memeriahkan majlis kengkawan yg kahwin time tarikh nie kalau hari cuti pun kena bekerja jgk..aduss nasib badan..selagi tak tutup mata..keja keja keja.

Thursday, July 19, 2007

Kemeriahan Membowling

Assalamualaikum..
salam pagi khamis, pagi nie datang opis ngan penuh rasa mengantuk. memang kemalasan melanda la macam nie. Alkisahnya semalam balik dari Endah Parade ke Cyberjaya pun dah kat kul2.30 pagi.

Semalam agenda utamanya ke Endah Parade adalah untuk menghadiri meeting AJK Malaysianbowlers.com bagi membincangkan aktiviti² bagi memeriahkan kalender MB.com pada tahun nie. Start meeting pun dah kul9 lebih, jadi habisnya pun hampir kul 10.45malam. Habis jer meeting aktiviti seterusnya adalah membowling la plak, maklum la dah lama gilos rasanya aku tak membowling semenjak berpindah masuk ke MMU lagi. Dengan semangat membara nie tetiba lane penuh la plak, aduss silap betul la tak suruh geng MB.com booking awal². Jadi kita orang lepak².com jer laa dulu.

Dalam kul11 lebih baru la kita orang dapat lane, bermula la aktiviti membaling bola..ingat " baling mesti ke depan" tema semangat, sehebat semangat pasukan bola sepak Malaysia hahaha.. 1st game memang permainan aku hancur gilos, tapi 2nd game alhamdulillah semangat semakin membara kerana ada pertarungan sapa kalah belanja air laici ngan puan Sato, memang seperti dijangkakan seperti keputusan terdahulu dengan semangat Malaysia Boleh akhirnya berjaya jugak potong di selekoh terakhir. Dapat la minum air laici free semalam..rasa lebih sedap
daripada biasa. Terima kasih puan Sato lain kali kita fight lagi yaaa :) 3rd game bertambah meriah dengan pertarungan sapa kalah kena bayar RM1 dan RM2 pada sapa yang dpt point paling rendah antara semua pemain iaitu zam, sato, axa87, hulk, mleo, whosend & aku. Memang sudah dijangkakan Zam aka Mr President yang berjaya akhirnya(saiko pun tak jalan dia nie) dan tempat terakhir ialah hulk(ibarat team Malaysia la nie) hehehe. game nie memang penuh gelak ketawa dan saiko, memang best, tanpa menghiraukan kita orang la orang terakhir yang bermain kat situ. Sampai pekerja kaunter kat situ pun muka bosan jer kena tunggu kita orang abis main.

Settle jer aktiviti membowling kita orang gi lepak tempat biasa laa, restauran mamak lepak makan dan minum.com sampai kul2 pagi baru buat gerakan pulang. Jadi nie la akibatnya..kemengantukan melanda dipagi :D

Monday, July 16, 2007

Alkisah 1 Minggu..

Assalamualaikum..
salam pagi isnin, alhamdulillah hari nie 16 Julai 2007 genap la 6 tahun aku berkhidmat kat MMU, nie baru jer balik dari sign kontrak lagi 1 tahun.Last week aku cuti seminggu, sebab nak abiskan cuti tahunan aku. Jadi dah cuti panjang tu balik lepak kat kampung la baru best skit.

Sekarang nie kat kampung musim buah²an, memang meriah la macam² buah ada hehe..tapi sayangnya time tu jugak la aku demam plak. Ingatkan balik kampung sempat la menghindari dari virus yg menyerang geng² lain kat MMU nie, tapi ternyata tak terdaya. Tapi nak layan makan buah²an punya pasal, terpaksa la makan ubat selang seli, kalau tak tak merasa la nak makan buah durian, manggis,cempedak,dokong, rambutan semua aku layan hehe. Aku bercuti kat kampung sampai hari rabu jer, khamis tu dah balik KL sebabnya nak urusan pasal renew contract aku. Skali bila sampai jer sini member aku cakap kontrak HR belum siapkan lagi. Jadi lepak².com jer la kat bumi Cyberjaya.

Awal Sabtu kul12.30 mlm aku gi layan citer Harry Potter and the Order of the Phoenix ngan member² aku kat The Mines, citernya ok la, bleh layan sibbaik tak tertido dalam pawagam. Abis citer pun dah dekat kul 3 pagi, jadi aku lepak kat serdang jer la, malas aku nak balik Cyberjaya. Malamnya aku gi Putrajaya jumpa member aku kat sana sebab ada urusan seri paduka baginda. Lepak kejap ngan dia pastu terus ke Esso Seri Kembangan untuk agenda seterusnya iaitu gi Mines layan citer Die Hard 4.0 plak pada kul 12.20mlm. Citer dia memang best la bagi aku, sebab penuh ngan aksi² , walaupun kekadang rasa macam tak logik jer tapi memang sempoi..layannn.

Hari ahad kluar jejalan.com ngan member² seopis gi ushar apa yg ada kat JJ Cheras Selatan. Pehhh memang ramai manusia betul la memang susah nak cari parking. Tiada objektif utama
hanya jejalan jer laa. Dah bosan balik lepak makan².com kat Restauran Firdausi pastu terus balik lepak kat Pinggiran Putra layan WE sepam duangan geng² kat sana. kul 11 lebih baru buat gerakan pulang ke MMU. Sibbaik ada jugak aktiviti di hari minggu, kalau tak memang hidup kebosanan la aku kat MMU nie hehehe..peace!!!

p/s: Tahniah Team Malaysia!!! saja jer bg Uzbekistan menang 5-0 sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yg ke 50.

Friday, July 06, 2007

MB -TRANSFORMERS Gathering

Assalamualaikum..
salam pagi jumaat yg mendamaikan, pagi nie datang opis ngan mode mengantuk..semalam sampai kat rumah pun dah kat kul2.30 pagi. Semalam ada MB -TRANSFORMERS Gathering - kat Cineleisure, The Curve Damansara.

Antara geng² MB yang menjoinkan diri ialah Hulk, Axa, Kesum, KD, Tim, Juragan, Whosend, mleo, Evildead & tunang, Dassler & tunang. Nie adalah kali pertama aku menjejak kaki kat Cineleisure, aku sememangnya jahil tentang jalan² area Damansara nie. Tapi yang pastinya pawagam dia memang best la selesa dan sound system yang cun. Perjalanan ke Cineleisure bermula dari Cyberjaya - Dengkil - Serdang - Universiti Malaya - Damansara.

Wednesday, July 04, 2007

Mengenangmu

Takkan pernah habis
air mataku
bila kuingat
tentang dirimu

Mungkin hanya kau yang tahu
mengapa sampai
saat ini
ku masih sendiri

Adakah di sana
kau rindu padaku
meski kita kini ada di
dunia berbeda

Bila masih mungkin
waktu kuputar
‘kan kutunggu
dirimu

Biarlah kusimpan
sampai nanti aku
‘kan ada di sana
Tenanglah dirimu
dalam kedamaian

Ingatlah cintaku
kau tak terlihat lagi
Namun cintamu
abadi

Monday, July 02, 2007

Kenduri Vs Transformers



Assalamualaikum..

salam pagi isnin, errmmmmm..ngantuk jer rasa pagi nie. Macam nak ambik halfday jer, semuanya angkara layan citer Transformers la semalam. Ambik tiketnya movie time kul11.55malam sekali startnya kat kul1pagi..huhu citer best punya pasal terpaksa la tunggu jugak. Tapi memang berbaloi la layan citer nie, kalau dari 10 bintang aku bagi 9 1/2 bintang la.Inilah antara aktiviti aku pada hari ahad.

Sebelah paginya, seawal kul 9.30pagi aku dah bersiap untuk gi ke majlis perkahwinan kawan sekampung merangkap jiran aku kat Klang. Port perjumpaan ialah kat perumahan tentera kat Bukit Kinrara, Puchong. Setibanya aku kat sana, aku dan kawan aku nie merangkap raja sehari nie terus buat gerakan dahulu ke rumah saudara pengantin perempuan. Tak sampai 20minit, kaum kerabat keluarga lelaki pun sampai. Tepat kul12.30 tgh hari di iringi paluan kompang acara pun bermula, aku pun mewakili kaum kerabat pengantin lelaki, siap tolong bawa hantaran hehehe..selamber. Alhamdulillah selamat sudah kawan aku. Tahniah buat Taufik & Fazila, Semoga bahagia ke akhir hayat.

Dalam kul2.30ptg aku pun buat gerakan pulang ke Cyberjaya, sampai letih terus tertido sampai la kul5.30ptg. Pastu dalam kul6ptg aku gerak ke opis lepak².com ngan member² opis yg lain. kul8 mlm terus buat gerakan ke Seri Kembangan, lepak makan kat restauran firdausi pastu terus ke esso seri kembangan sampai kul11.30 sebelum bergerak ke Mines layan citer Transformers.

Sebelum itu, pada hari sabtu seawal 9.30pagi bersiap sedia untuk ke majlis kenduri member seopis kat Melaka, kita orang konvoi 2 biji kereta jer ke sana. Tunggu punya tunggu akhirnya gerak dari mmu dalam kul10.30pagi jgk. Sampai kat rumah kenduri dalam kul12.30 tgh hari. Dah kelaparan apa lagi terus gi mengisi perut ngan nasi kenduri la. Dalam kul1.30 baru la acara bersanding bermula. Kita yg dah kekenyang melepak jer la sesambil melihat semakin ramai tetamu yang datang termasuk la staff² MMU dari Cyberjaya & Melaka.

Kenduri nie memang memberi pelbagai nostalgia buat sahabat seopis aku iaitu milan, aku pun tak pasti adakah ini kenangan terindah atau sebaliknya. Apapun aku memang respect la pada dia kerana dia berani.. nak tau kisahnya lawatilah blognya Milan.blogdrive aku dan kengkawan opis buat gerakan pulang dalam kul 2 lebih, singgah sebentar kat surau TNB utk bersolat dan kemudian meneruskan perjalanan. Kita orang balik ikut jalan lama terus ke Port Dickson. Berehat sekejap kat Teluk Kemang minum².com dan jugak pekena pisang goreng dan keropok lekor sponser by Darnalis.

Pastu meneruskan perjalanan ke Cyberjaya. Mengikut susur keluar ke Nilai, kita orang sampai kat MMU Cyberjaya hampir kul7 malam. Aku rest kejap sebab malamnya plan nak tgk bola live Kedah Vs Perlis bagi merebut piala FA. Skali aku boleh tertido dan bangun jam dah menunjukkan kul11 malam. aduss..menyesal pun tak guna, jadi sambung tido balik la dan aku bangun balik kul1.30 pagi layan tgk tv citer walaupun tak best layan jer laa sampai la kul2.30 pagi baru sambung tido balik. Apapun esoknya aku tgk news yang Kedah menang piala FA melalui tendangan penalti 4-2. Tahniah buat pasukan Kedah..kenari terbang tinggi lagi :)