Assalamualaikum
salam pagi isnin, alhamdulillah dibumi cyberjaya cuaca hari nie cerah jer.Semenjak berpindah ke Cyberjaya nie, inilah kali pertama kebosanan melanda time weekend, tak tahu apa yang nak aku buat kat dalam MMU nie.Takkan nak lepak kat rumah jer kot. Jadi alternatifnya terpaksa la bawa diri keluar jejalan.com.
Start jumaat malam, bosan tak tahu nak buat apa, patutnya ada game badminton malam tu, skali dibatalkan plak, member serumah aku balik kg lg la bosan takda geng..jadi aku pun membawa diri ke esso seri kembangan, inilah port aku kalau dah takda tempat nak dituju. Lepak² sambil borak² cerita terkini ngan member aku.Dalam kul10.30 mlm aku buat gerakan pulang ke Cyberjaya, sampai jer baru perasan member opis aku ada hantar sms ajak kluar makan. Aku pun apa lagi call dia ajak kluar, malam tu kluar jejalan.com skali ngan member rumah dia, port untuk lepak².com ialah kat NZ wangsa maju.Lepak sampai kul1 lebih terus buat gerakan pulang, sampai kat rmh pun dah kul2.30 pagi.
Sabtu melepak kat mmu sepetang, kluar mkn kat terminal ngan geng² opis. Sebelah malam gi esso seri kembangan lepak ngan member aku, sebab plan lepas dia abis keja terus gi Mines layan citer Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer ok jugak la citer dia janji citer superpower tu mmg aku suka layan la.Yang menarik dalam citer ni ada satu ayat yang betul² memberi kesan kat aku iaitu " kita masih boleh membuat pilihan". Terasa ja ngan pilihan yang aku buat dalam hidup aku nie, inilah pilihan yang telah aku buat, kekadang rasa macam tak best jer tp apapun terpaksa layan jer la :) Balik jer dari layan citer tu terus gi lepak kat Mc D Putra Permai. Lepak kejap ja sebab Mc D tutup kul2 pagi. Dah lewat aku tido kat serdang jer laa.
Ahad macam biasa la kehidupan bermula kul2 ptg, kluar gi esso seri kembangan basuh keta dulu, dah berapa lama tak basuh, siap bleh buat autograf lg kat keta aku tu. Pastu gi kluar makan².com ngan member aku kat pizza hut Putra Permai. Balik jer terus gi mengemas koleksi
buku² aku untuk dibawa ke rumah baru. Lepas kemas semua buku² terus gi lepak kat esso sampai kul 9.30 malam baru buat gerakan ke Cyberjaya. Sampai Cyberjaya layan tgk tv sampai terasa time utk menidokan diri hehehe.