BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 18, 2007

[info] Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.Secara logik..., mungkin ada kebenarannya..Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

*:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!! *

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.

Memburu Impian..

Ku jejak jalan yang berliku
Membara jiwaku memburu impian

Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai di hujung dunia

Akan ku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri

Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi milikku

Ku mula dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi…

Tuesday, April 10, 2007

Aktiviti JPB,Tournament MB & TT

Assalamualaikum...
salam pagi selasa, hari nie baru sempat nak ushar blog nie, semalam bz bangat.pepagi nie mission aku biasa laa siapkan keja e-learning yg masih banyak lagi nie.rasanya macam tak sempat jer nak siapkan sebelum 13hb nie. Graphic + vo yg blum di cut lagi...ermmm sendiri mau ingat la bila nak siap niee..

catitan hujung minggu,hari sabtu aktiviti pagi sampai ke tgh hari melepak kat rumah dan balas dendam tido sepuasnya hehehe. Tengah best layan tido skali adik member aku datang rumah bgtau tiket utk layan midnight citer Jangan Pandang Belakang(JPB) takleh booking by phone la plak. Nak tak nak terpaksa la aku gi cari tiket dulu petangnya kat The Mines, sibbaik ada lagi tiket walaupun kena beratur panjang.Malam,awalnya mcm nak ushar la konsert AF5, sekali ushar kat tv satu ada live Kedah vs Terengganu untuk liga super. Terus layan bola jer laa aku sesambil tu sempat jugak la ushar keputusan Chelsea ngan Tottenham.Sekali Chelsea menang 1-0, tak bestnya aku rasa.

Dalam kul11.20 malam aku buat gerakan ke esso, sebab kita orang plan tutup jer esso terus buat gerakan ke The Mines utk layan JPB. memang layan la citer JPB nie baru la terasa macam tengok citer seram sikit, takda la macam layan citer PHSM.Habis layan citer nie terus buat gerakan balik rumah. Sampai jer rumah sempat la layan game EPL Man Utd Vs Portsmouth. Kacewanya aku bila man Utd kalah 2-1. Habis jer game tu aku layan plak game Barcalona vs Real Zaragoza, tapi aku layan 1st half jer la, nak kena tido awal sebab esoknya ada tournament bowling plak.

Pagi ahad, dalam kul8.45 aku dah buat gerakan ke Endah Parade, sampai jer dalam kul9.15 skali tempat bowling belum buka lagi, jd aku pun gi la melepak kat cafe kat tingkat bawah bfast dulu. Settle jer naik pusat bowling baru ada 2-3 orang yg datang. Tournament hari tu start dalam kul11pagi sampai kul1 tgh hari. Habis jer tournament ajk MB lepak dulu sebab ada orang kaya MB nak belanja makan. Terima kasih bebanyak buat wanbear kerana sponser makan².com hari tu.
Balik sampai jer rumah aku terus aktiviti menidokan diri, memang letih bangat, bangun tido dalam kul6 ptg, skali dapat msg dari member aku minta cover dia jadi cashier untuk asar ngan maghrib. Jadi segera la aku gi melepak kat esso. Lepas maghrib ada member mhcc msg aku tanya gi tak TT kat satey kajang. Aku pun on jer laa..bila lagi nak lepak ngan bebudak mhcc. Malam tu kita orang dari Putra Permai terus buat gerakan ke satey kajang reramai. Aktiviti TT selesai jam 11 malam, maklum la esoknya keja. kalau tak leh jer lepak sampai lewat malam. Balik dari TT lepak kat esso sampai tutup.

Thursday, April 05, 2007

Pelayaran...

Berilah peluang kepada diriku
Meneruskan pelayaran ini
Dan mencari secebis erti
Untuk aku berdiri

Usahlah kau menghalang diriku
Untuk mengejar cita ini
Agar ku capai kejayaan
Dalam hidup

Ku hanya memberi satu kesenian
Untuk dinikmati bersama
Akan ku hulur dengan caraku
Yang ikhlas ini

Aku juga insan seperti mu
Perlu melengkapkan diri
Melalui lorong hidupku
Akan ku teruskan
Pelayaran ini
Sehingga hujungnya

Wednesday, April 04, 2007

Ketika Kemalasan Bekerja Melanda....


:: Dah kena klon nie ::



:: Budak Jahat ::


:: Poster Khas Filem Cinta Bangat (filem nie tidak mendapat kelulusan FINAS) ::

:: Mantroy bersama awek france ::

:: Suatu Hari Di Majlis Perkahwinan ::

:: Kembar yang tak seiras ::



:: Macam² hal betul la diorang niee ::