BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 29, 2007

Aktiviti Carca Merba

Assalamualaikum...
Hari nie aku masih lagi dalam mode relax walaupun keja banyak. Baru nak semangat buat keja, skali vo tak dapat² lagi. Itu yang menjadikan aku malaih skit. Malaih nak buat keja banyak kali. Ini la alasan seorang staff yang malaih bekerja..ada jer alasan nak bagi hehehe..

Aktiviti carca merba aku bermula pada hari jumaat malam, mana aku ngan kawan aku gi join tournament bowling Telekom Malaysia. Pada awalnya aku memang takda mood nak main, tapi disebabkan yang menganjurkan tournament nie adalah salah seorang dari member kita orang kat MB jadi..selamber jer laa main, kalah tu memang dah tetap dah haha. Kita orang main 5 game malam tu memang prestasi aku macam yoyo la. Walaupun tak menang pada malam tu, yang penting aku dapat 2 point untuk raking bowling.

Balik dari main bowling aku gi lepak makan².com ngan sorang lagi member serumah aku. kita orang lepak sampai kedai tu dah nak tutup..punya la lama melepak. Balik rumah plak terus layan tgk tv sampai ke pagi. Lepas subuh baru laa aktiviti melelapkan mata.Sebelah petangnya plak aku gi melepak kat esso jadi bakcup cashier untuk time asar dan mahgrib.Settle semua keja aku terus balik rumah sebab nak layan tengok bolasepak antara Malaysia ngan Singapura. Skali Malaysia kalah penalti..ermm memang takda rezeki la Malaysia nak menang. Tapi apapun kira ok la diorang dah cuba yang terbaik.

Habis jer game tu terus la layan citer cerekarama yang bertajuk 7 cahaya. Nampak macam menarik..layan jer la. Pastu terus sambung dengan layan dvd sementara nak tunggu kul 1.10pagi sebab ada game manchester united untuk piala FA.Akhirnya kat kul3 baru aku tido,Esoknya dalam kul8.30 aku dah dapat msg dari sorang member aku nie tanya nak gi kenduri Aqiqah dan cukur jambul si Aszra ka tak.Aku memang niat nak gi kenduri tu.terus call member aku bagitau kata nak pergi dan dia terus suruh aku bersiap sebab dia nak gerak awal ke rumah kenduri tu. Ayakkk..nak tak nak kena laa gi mandi.

Kita orang sampai kat rumah kenduri dalam kul 10.50pagi lepak², makan².com, join doa selamat baru la kita orang buat gerakan pulang. Balik sampai separuh jalan member aku plak dah ngantuk katanya. Nak tak nak aku la kena jadi driver plak..sampai rumah dah kul4 lebih. Sempat la aku ngan member aku layan final Australia Open, pastu aku dah tak tahan sakit kepala terus masuk bilik tido kejap. Pastu time maghrib macam biasa laa gi esso lepak sampai kul11.30 baru balik.

Ermm, itu laa memang sekarang nie problem betul la nak setting masa tido yang betul, kalau dah lepas dari kul12 tu memang susah skit nak tido.Kalau hari cuti ok la jugak, tapi kalau hari keja tu yang sakit skit..macam² ada betul laaaa.

Friday, January 26, 2007

Mohon Dengan Sangat

Assalamualaikum...

Hari jumaat yang mendamaikan nie, tapi diri aku nie takda la sedamai mana. Banyak benda yang sedang bermain difikiran aku skrg nie. Sekarang nie baru la terasa akan dugaan dalam usaha aku memilikinya.

Walaupun baru bertemu, memang hati aku nie bebetul tertawan dengan apa yang ada padanya, walaupun ada kekurangannya akan aku terima ia seadanya. Tak semuanya perfect dalam dunia nie...tapi aku kena terima hakikat, ia jugak menjadi idaman orang lain. Terasa jugak aku akan saingannya sekarang nie.

Dalam keadaan sekarang, aku hanya mampu berharap. Apa yang penting aku akan terus berusaha supaya ia menjadi miliku. Itupun jika antara ia dan aku ada jodoh, kalau tak aku tetap redha.

Monday, January 22, 2007

Terlalu Istimewa

Assalamualaikum...

salam dipagi hari isnin, pagi nie memang ngantuk jer datang opis,ngan terbabas tido angkara layan tengok man utd vs arsenal awal pagi semalam..kacewa betul la aku MU kalah,atleast seri pun jadi la, walau macam mana pun terpaksa la terima hakikat kekalahan tu.

Cuti hujung minggu lepas, aku banyak habiskan aktiviti kat rumah jer, bebetul rest.Padahal sabtu tu aku dah ada plan baik, tapi nak buat macam mana tak dapat dilaksanakan plak. Jadi lepak kat rumah layan tgk tv dan DVD pun charaaa...Pagi sabtu tu awal lagi dah bangun, maklum lah sambut tahun baru 1428Hijrah..semangat tahun baru nie..hehehe." Insan cemerlang Ummah Terbilang "

Aktiviti pada hari ahad pun lebih kurang sama jer, lepak².com kat rumah layan tgk tv, tp semalam best gak la dapat layan tgk game badminton final bagi acara double, tahniah buat beregu Malaysia kerana berjaya jadi juara.Abis jer game tu aku ngan geng² rumah meneruskan acara kegemaran kita orang dipetang hari iaitu Pingpong Terbuka Tmn Kembang Sari ehehhe..sempat la layan 4 game, pastu awan menangis plak.

Malamnya plak layan anugerah juara lagu,"rentak kita rentak dunia" satu jer ramalan aku yang bebetul benar berlaka iaitu bagi kategori etnik kreatif jer yang betul, yang lain semuanya tersasar hehehe..apapun kemenangan adibah nor memang terlalu istimewa la,akhirnya bakatnya diiktiraf jugak oleh orang² seni kat malaysia nie. Apa yang dapat aku lihat dari situasi ini,sekiranya kita lakukan sesuatu dengan keikhlasan insya'allah kita akan mendapat balasan yang baik dariNya.

Monday, January 15, 2007

Coretan Hujung Minggu

Assalamualaikum..

Hari nie alhamdulillah, cuaca di Cyberjaya dalam keadaan baik. Maklum la sekarang nie di selatan semananjung dan jugak di Sabah dilanda banjir yang teruk. Pagi tadi sebelum datang opis sempat la layan MHI, info terkini mangsa banjir yang dipindahkan dah meningkan ke 109k kat Johor. Memang bersimpati dengan nasib yang menimpa diorang, semoga diorang tabah menghadapi ujian dari ilahi nie.

Hujung minggu hari tu, banyak jugak aktiviti yang dilakukan. Hari sabtu seawal jam 10 pagi dah gerak ke Puchong jumpa member satu opis, pastu terus ikut dia ke bukit kemuning mencari bahan spare part untuk kereta dia. Settle jer urusan di bukit kemuning terus hantar member kita orang balik rumahnya kat Puchong, waktu tu jam baru kul1.20 tgh hari. Pastu aku ngan member aku terus buat gerakan ke Flamingo Ampang untuk jumpa kengkawan baru kat Komuniti Kedah. Aktiviti hari tu ialah membowling.

Pukul 2.20 petang dah sampai kat Flamingo, jadi lepak² jer kat pusat bowling tu tunggu geng² KOL yang seorang pun aku tak kenal hehehe..dalam kul 2.40 ptg ramai dah geng² KOL yang sampai, sempat laa borak².com sesi perkenalan, dalam kul3 kita orang teruskan aktiviti membowling. Aktiviti nie selesai dalam kul5 ptg. Pastu kita orang gi lepak minum² dan makan² kat warung wak, tempat geng² MB lepak kalau main bowling kat Ampang.

balik jer terus gi lepak kat esso, backup cashier utk solat maghrib. Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan aku pun lepak + terus tido kat esso sampai la esso tutup kul11.30 malam. Gila letih hari tu hehe.

Hari ahad relax sikt la,pagi lepak kat rumah jer, kul3 petang baru gi esso, backup cashier jugak sampai member aku balik dari kl. Dalam kul 9 geng² pinggiran putra call cakap diorang lepak kat restauran firdausi, jadi aku pun join diorang la lepak minum. Settle jer balik lepak kat rumah aku, sempat la 2-3 rounds layan PES6 ngan diorang.








Friday, January 12, 2007

Lepak² di Petang Jumaat

Assalamualaikum...
Petang jumaat yang mendamaikan, hari nie relax jer kat opis, maklum la amendment moe dah settle. Lepak² ngan kengkawan opis pekena kuih ngan nescafe panas memang best la.Pastu mengimbau kenangan lalu tentang cerita² jepun, omputih dan kartun zaman kanak². Memang topik yang menarik dibualkan hehehe.

Memang melucukan bila mengenangkan kembali cerita² dulu, ya laa dulu cerita tu memang bagi kita hebat gilos, sekarang nie kalau layan balik tengok alahai biasa jer rasanya. Tapi apapun setiap cerita itu tetap meninggalkan memori indah zaman kanak² dulu.

Hari nie 12 januari merupakan hari istimewa bagi orang yang paling aku sayang sekali kat dunia nie, siapa lagi kalau bukan mak kesayangan aku. Hari nie genap la 50 tahun usia mak aku, seusia dengan kemerdekaan negara kita. Semoga mak dipanjangkan umur dan sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Wednesday, January 10, 2007

Suatu Petang ( Boring Mode )

Assalamualaikum...
Pepetang nie tetiba jer rasa kebosanan, complete set nie ngantuk, malaih dan sewaktu dengannya.Hari nie connection internet leh tahan jugak la slow, itu yang lagi tahap kebosanan aku meningkat hehehe.

Sempena dah tahun baru nie, aku ingat semangat aku nie dah pulih sepenuhnya, tapi bila jadi keadaan macam nie aku cepat sangat down. Apa laa baru aku sedar semangat aku belum pulih sepenuhnya. Kena bebetul disiplinkan diri kalau macam nie.

Alhamdulillah syukur amendment moe untuk part aku dah settle, lega sikit rasanya. Aku memang bebetul bosan dah mengadap bendalah nie, amendment untuk praktis plak tah apa² jer, itu yang membuatkan aku lagi terasa bara tu.Tapi terpaksa terima hakikat dah itu kerja aku, suka tak suka, nak atau tak nak terpaksa la di siapkan.Untuk ceriakan sikit mode petang nie layan mp3 lagi best hehehe..

Wednesday, January 03, 2007

Semangat Baru 2007

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur aku kerana masih lagi dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik dapat merasai hari raya korban dan tahun baru 2007 nie.2006 baru tiga hari meninggalkan kita, pelbagai suka duka 2006 dilalui dan kini ianya hanya akan menjadi sebuah kenangan terindah an sebaliknya.

Sempena tahun baru nie, aku berharap dapat memulakan kehidupan ditahun nie dengan semangat baru. Tahun nie banyak jugak agenda yang nak aku penuhi, semoga apa yang dirancang berjalan seperti yang diharapkan.