BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 29, 2006

Dah bleh meng"enjoy"kan diri...

Assalamualaikum..
Lega sikit rasanya bila projek MOE nie dah sampai fasa akhir, jadi dah bleh la start melepakkan diri balik dan dapat balik keja awal macam biasa. Semalam lepas balik keja layan PS2 kejap..pastu ada member opis msg kawan aku ajak gi membowling. Jadi memang segera cakap setuju jer laa, maklum la dah lama gilos tak membowling nie.


Semalam kita orang gi membowling kat tempat biasa laa Endah Parade, sampai jer sana jumpa laa geng² MB yang lama tak jumpa.lupa plak semalam ada liga bumiputera kat sana hehehe..kita orang layan main bowling semalam sampai tempat tu nak tutup la kul1. Memang betul² bersemangat nak membowling.


Balik jer dari main bowling gi lepak makan dan minum kat Anjung Seri Kembangan sampai kul2 pagi. Balik rumah jer leh lepak berborak ngan bebudak rumah kat kul4 pagi baru dapat tido. Hari nie masuk keja kul2 ptg..time tak berapa bz nie bleh laa nak halfday, kalau tak tak dapat laa..Baru laa dapat beriadah sikit skrg nie..dapat laa hiburkan diri sendiri hehe..

Tuesday, November 28, 2006

Nyata Dan Maya

Kulihat indah hari depanmu
Mentari sentiasa
Menerangi

Bumi indah di telapak kakimu/
Bumi yang ditelapak kakimu
Kan terbentang menjadi
Oh milikmu
Cekallah sayang
Dalam menempuhi
Dunia ini
Saban hari
Adakalanya
Mendung jua kunjung
Bersabarlah

Ku kan selalu denganmu,kasih
Dalam jasadku yang nyata atau maya
Kerana ku terlalu mengendah
Suka dukamu setiap ketika

Ku kan selalu denganmu,kasih
Dalam kau bertatih atau kau berlari
Andai kau jatuh kubantu(kau)bangun
(oh sayang)semula
Andai kau jatuh ku bantu kau bangun semula

Ku tahu kau pastikan bersinar
Bagai sebutir bintang
Gemerlapan

Keyakinan kau bukannya kosong
Lahir dari hati yang
Kenalimu

Wednesday, November 15, 2006

Open House CMEAD


Meriah betul la open house cmead hari nie, target dalam 200 orang jer staff dan tetamu yg akan hadir tapi pada pandangan kasar aku melebihi apa yang apa disasarkan pada awalnya.Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar kebanyakan makanan yang disediakan dan yang dibawa oleh staff cmead 90% habis semuanya.

Majlis bermula pada pukul 12 tengah hari sampai pukul 3 petang, aku hanya tolong untuk part permulaan jer, part selepas majlis memang tak dapat menolong la, memang mengantuk tahap 7 petala langit punya. Maklum laa dah laa kenyang + skrg nie setiap mlm tido paling awal pun kul 2pagi, mana boleh tahan kalau macam nie. Selalunya hari biasa time lunch aku gunakan untuk lelapkan mata jap..tp hari nie tak dapat..itu yg rasa memang aku berada ditahap normal tu..nak buat keja pun tak boleh.

Apapun harap kerjasama semua staff dalam menjayakan open house cmead nie akan terus berkekalan. Baru la terasa macam satu family skit hehehe.

Tuesday, November 14, 2006

Gila Kentang Betul laa....

Assalamualaikum....
Dah banyak hari tak update apa² kat blog nie..maklum la sekarang nie bz skit. Dengan projek MOE ngan E-Learning lagi..dah terasa stress dah aku dengan bendalah nie. Dua² dateline dekat², terkejar aku untuk siapkan kedua duanya.

Start saja projek MOE nie, bermula laa hidup aku sebagai staff yg perform( sesuka aku jer puji diri sendiri) hahaha..keja 7 hari seminggu cuma sabtu ahad jer balik dalam kul8 malam. Kalau hari kerja lain memang paling awal pun kul 10.30mlm laa.Tetapi kekadang sampai kul 3 pagi, memang letih bangat tapi tak leh buat apa laa dah keja nak tak nak kena siapkan.

Memang sekarang nie terasa tiada kehidupan untuk bersosial la, kepada kengkawan yang jemput gi open house tu aku mintak maaf la, memang masa tak mengizinkan la hehehe..

Tak sabaq rasanya nak tunggu settle semua projek nie. Harap semuanya berjalan lancar la. Panjang kata selagi tak tutup mata..kerja..kerja..kerja..gila kentang betull laaa..

Wednesday, November 01, 2006

Bestnya hidup...Kena buat Projek MOE la plak

Assalamualaikum..Bestnya kehidupan,Mood raya masih dirasai tapi bila masuk jer opis semalam terus nama tersenarai dalam external project untuk MOE, aduss..memang masak laa kalau kena buat projek MOE nie, nak tak nak malam nie terpaksa laa bertapa kat opis siapkan keja.Dah la esok dateline untuk storyboard yang pertama.Yang bestnya dah laa external projek kena buat,yang internal pun kena siapkan mengikut dateline yg diberikan jugak.

Disebabkan terasa akan tekanan yang akan dirasai semalam tepat jer kul 5.30 terus buat gerakan pulang, memang malas nak lepak opis lagi siapkan keja MOE nie. Aku ngan member aku balik gi enjoy dulu, kita orang gi layan citer Bilut. Citer dia boleh tahan jer laa, tapi disebabkan citer nie mengenai generasi Felda, aku ngan kengkawan aku gi tengok kat pawagam jugak la, maklum laa kita orang pun anak peneroka Felda jugak hehehe..

Hari nie memang kena bersemangat siapkan keja..go go chaiiyokk!!! bagi semangat untuk diri sendiri hehee..