BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 26, 2006

Tiada Nasib...

Ermmm..memang tiada nasib..itu jer yang boleh aku katakan, akhirnya team pilihan aku Holland dalam world cup sudah berakhir perjuangan apabila tewas 0 - 1 kepada portugal. Memang harapan aku kalau boleh nak tengok team nie boleh pergi lagi jauh, tapi tu laa hakikat dalam bolasepak nie, mesti ada kalah menang. Tapi walaupun diorang tewas semalam, tapi semangat berjuang diorang memang patut dipuji, Antara perlawanan yang paling menarik laa yang pernah aku tengok diorang main semalam, memang menguasai perlawanan sepenuhnya..tapi itulah tiada nasib.

Tapi semalam walaupun dalam aksi menarik tertarik tu..aku kecewa jugak laa sebab Van Basten tak nak turunkan Van Nestrooy. Aku rasa kalau dia main semalam mungkin keadaan akan jadi sebaliknya(pepandai jer aku nie)

Lepas nie boleh laa aku layan perlawanan lain dengan aman, harap sepanyol leh gi ke pusingan seterusnya. dalam world cup kali nie kecewa jugak laa dengan prestasi pasukan asia, semuanya gagal mara ke pusingan ke-2. Nampaknya pasukan asia belum mampu menandingi pasukan dari benua eropah dan amerika latin. Itu jer laa yang aku rasa apa yang berlaku pada world cup 2006 nie.

Tuesday, June 20, 2006

Hari nie 20-06-2006 kemalasan melanda..

Assalamualaikum...
Hari nie memamg aku malas nak buat keja..maklum la keja elearning untuk fasa pertama dah upload, jd sempat laa mengulat kejap..hehehe

Mengantuk pun ada jugak nie...biasa laa musim world cup nie..sanggup tido awal semalam sebab nak bangun tengok sepanyol vs tunisia..tak sia² layan game semalam..akhirnya sepanyol menang 3-1.Kira dah 2 team favorite yg layak ke pusingan ke2 iaitu holland ngan spain.

Hari nie takpa laa datang opis lepak jer..tp hari lain kena siapkan jugak keja sikit, sebab dateline untuk fasa 2 pada 13 julai depan, pastu minggu depan plak aku dah apply cuti seminggu nak balik kampung. Balik jumpa orang tersayang :D

Teringat kampung jer mula laa terpikir musim buah apa laa sekarang nie..bulan lepas aku balik kg, buah manggis dah start masak..bestnya.layan manggis plak laa kat kampung macam nie.Kalau ada sesapa yang teringin nak makan buah manggis ..jom follow aku balik kampung nun jauh kat utara..calosss

Thursday, June 15, 2006

Tujuh Kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut
"

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.


3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut


4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.


5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak
disukai dan tak diingini.


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima
musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam
sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat,
walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan
jadi biasa, kerana sudah biasa.

Petua Untuk Mendapat Pasangan

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan
bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha
sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan
pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa.Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan
perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk
didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang men yebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

Monday, June 12, 2006

World Cup 2006


Kemeriahan World Cup 2006 sudah pun terasa..lama tu nak menanti..4 tahun sekali,akhirnya muncul kembali. Aku macam biasa laa memang suka tengok bola sepak nie.Team pilihan aku Holland.Tapi tu laa, time Holland nyer game, time tu laa aku kena keja..aisehh melepas laa nak tengok game diorang.Tapi untuk perlawanan pertama Holland menang 1 - 0 ngan Serbia. Janji menang....hehehe

Tapi kalau game yang lain pun best gak layan, maklum laa negara mana yang layak ke world cup nie semuanya yang hebat², rugi oOo kalau tak tengok game diorang. Tapi kena tengok keadaan semasa jugak laa, kalau hari keja tu, kalau game yang pukul 3 pagi tu kena tengok jugak laa negara mana yang main, kalau tak tido lagi baik laa :)
tapi kalau hari cuti memang selamber jer layan game pukul 3 pagi..aduss dah demam bola dah nie.

Friday, June 09, 2006

Lagu Warisan..byk kenangan

Lama dah tak dgr ada org nyanyi lagu nie..
dulu² masa zaman aku kat hostel sekolah menengah..setiap pagi masa "rocall" kena nyanyi lagu
nie. Aku lepak kat hostel dari form 1 - form 5, kalau tak leh hafal lagu nie mmg saja laa..hehehe.Lagu nie memang meninggalkan banyak kenangan betul laa..kalau dengar lagu nie mesti aku teringat zaman sekolah menengah dulu,teringat kengkawan kat hostel,byk jugak yang dah terputus hubungan selepas dari kita orang tamat form5.
Harap² dapat laa jumpa balik ngan kaum kerabat masa kat hostel dulu :)

Lagu Warisan:

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Thursday, June 08, 2006

Diari seorang lelaki

Artist : Pretty ugly
Song : diari seorang lelaki


dari semalam ku tunggu
fikir kau pulang ke pangkuanku
ku dengarkan lagu cinta
pilihan terbaik kita

ku mainkan cd berulang
lupakan segala ucapan
perpisahan yang kau pinta

benar dikau ku cinta setiap detikku puja
kau sering perhatiku sambil belai rambutmu
tak ingin aku lupa kenangan yang tercipta
berikan aku diari ku tulis setiap hari

terjaga dari tidurku terima panggilan dari jauh
katakan saja kau rindu
setahun ku hilang arah
ku tempahkan tiket sahala
malam ini kitakan bertemu
tunggu dibawah lampu

bercinta bersatu bagai adam dan hawa
bergaduh seksa buat kita sempurna
janganlah dipendam luahkan perasaan
tiada benci dihati itula destinasi

Operator, The Line Is Dead

Artist : Jason Lo
Song : Operator, The Line Is Dead

I guess I never wanted this
Another 'ever after' kiss
Operator, the line is dead
Oh no, it's only me and all the walls inside my head

And for the record, I was lost
With only one road I could not cross
And that's the road that takes me here
Oh no, not again
This is where it started

I need you, I'm for you
You threw me, I caught you
Don't leave me and say that you want
to find a way back
Believe me, I followed all you said
Operator, the line is dead

How come you never look away?
Everybody bought but I paid
You're not the one who left me here
Oh no, that was me and all the things I wanted

But now I find you different
You broke up all the walls in my head
Please don't go, let me

Need you, I want you
You know that I found you
Don't leave me and say that
you want to find your way back
Believe me, I followed all you said
Operator, the line is dead