BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 09, 2009

Piala Azhar 09



Salam..

Alhamdulillah Piala Azhar 09 berjalan seperti yang dirancang dengan jayanya. Tahun nie semakin ramai yang menyertai petandingan nie, semakin meriah rasanya. Apa yang penting tujuan utama pertandingan nie adalah untuk mengeratkan lagi siratulrahim antara kengkawan dia mmu cyber dan melaka.

Tahun nie aku di undi bersama zakaye, alhamdulillah syukur berjaya jugak kita orang menjadi johan mengalahkan pasangan darn dan harith. Yang bestnya nama akan terpahat la kat piala pusingan nanti haha..ada la jugak kenangan.

Bestnya tahun nie join tournament dengan semangat baru + rambut baru..tak sia² tukar imej kejap hehe..

Wednesday, November 04, 2009

Menatap Matamu

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

Lagu - Aril AF7

Tuesday, October 27, 2009

Piala Testimonial Azhar 2009



Assalamualaikum,
Alhamdulillah selepas selesainya majlis open opis raya, upacara cabutan undi untuk piala testimonial Azhar 2009 telah diadakan dengan jayanya. Dibawah berikut adalah senarai nama setiap pasukan yang bertanding. Insya'allah jika tiada aral melintang tournament nie akan diadakan pada 07 November 2009.


Gambar sekitar majlis cabutan undi


Maghfirah

Salam..
Alhamdulillah baru jer lepas layan futsal kat pusat komuniti cyberjaya bersama kengkawan taqis fc, habis jer game ada buat kejutan sikit kat ishe sempena besday dia kat court futsal. Ada acara potong kek plak..nie semua idea dari bakal tunang ishe berkomplot bersama kengkawan untuk adakan kejutan nie. Lepas dah berpeluh sakan..pastu isi perut ngan kek coklat plak..huhu memang lagi membesar bagai johan laa macam nie. Pada ishe ..happy besday semoga berbahagia bersama orang tersayang dan sentiasa diberkati kehidupan didunia dan akhirat.

Sampai rumah online FB macam biasa..sekali terpandang status orang yang paling aku sayangi, tetiba rasa sedih bila membacanya..aku tahu bertapa rindunya dia pada sahabatnya..pada hakikatnya aku tahu dia memang seorang sahabat yang baik dan sifat itulah antara yang menyebabkan aku tertarik pada dirinya..dan aku hanya mampu berdoa semoga Allah lembutkan hati sahabatnya agar persahabatan yang telah terjalin dapat dieratkan semula.

Walau apapun terjadi aku berharap orang yang aku sayangi tabah menghadapi dugaan ini, insya'allah sayang..kalau niat kita baik, Allah akan mempermudahkan segalanya. Semoga kembali tenang sayang...♥ SM.

Thursday, October 22, 2009

Jom Sertai Kursus Asas Fotografi YOUTH 09 - IKLAN!!!


Akum/slam sejahtera rakan2 sekalian..

satu kursus asas fotografi digital akan berlangung pada :

November - 07 & 08 (Kursus pertama) | 21 & 22 (Kursus kedua)
December - 05 & 06 ( Kursus ketiga) | 19 & 20 (Kursus keempat)

Bertempat di :
Bilik Kuliah 4, Kompleks Rakan Muda, Mont Kiara. Kuala Lumpur.

Sarapan pagi, Makan tengah hari dan minum petang disediakan.

*terbuka kepada semua termasuk yang belum memiliki kamera DSLR.

Yuran Pendaftaran : RM300

Tempoh kursus: 2 hari

Peserta akan memperolehi Sijil Penyertaan, Sehelai Tshirt, Nota kursus.

Bagi peserta diluar lembah klang yg berminat, Bilik Penginapan juga boleh disediakan (Charge tambahan RM27.00 seorang SHJ). Twin Sharing Room (3star). Boleh hubungi untuk booking bilik yang terletak didlam Kompleks yang sama.

- Kursus ini adalah kerjasama antara YOUTH dan kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, agensi dadah kebangsaan (AADK), pihak FOTOMEDIA (FMDC) sendiri, Digicolor dan rakan muda.
- Tujuan kursus ini dijalnkan adalah kerana ingin memberi peluang kepada para belia mendalami ilmu asas fotografi secara formal dan menjadikan bidang ini sebagai kerjaya bagi menjana ekonomi para belia.
- Tenaga pengajar adalah merupakan pensyarah daripada Intitusi yang diiktiraf oleh Kementerian Blia Dan Sukan Malaysia.

Terms and conditions
• A deposit of 50% is required upon form submission for booking confirmation to AMBANK account no : 2112 0220 04323 - Pertubuhan Pembangunan Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
• The balance due is to be paid on or before the day of the class
• All payment made are non-refundable.
• Email this completed form to eirwan@malaysianyouth.org.my once payment have been made. Please keep the receipt for further reference.

Jangan Nakal

Semua tahu kamu cantik
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terhebat
Membuat cintaku makin kuat

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini

Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar
Bukan untuk curang
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan

Diriku untukmu

Semua tahu kau milikku
Semua tahu ku cintamu
Ada pun yang memandangku
Betapa beruntungnya aku

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini

Bukan aku terlalu
Mengawal sikapmu
Ku hanya terlalu
Terlalu sayangi kamu
Ampunkan aku terlebih-lebih
Jagakan kamu
Ku cintamu
Kau cintaku

Diriku untukmu
Diriku untukmu

Lagu dari - Alif OIAM

Sunday, October 18, 2009

Jejalan ke Kenduri Kahwin 2pac & Open House

Salam..
Aku baru jer sampai rumah nie..badan agak letih jugak maklumlah hari nie aktiviti jejalan saja. Plan pertama gi kenduri kahwin member aku iaitu si 2pac a.k.a moiz a.k.a izwan kat Klang. Lepas dah bersiap nak gerak gi ambik tunang aku sebelum shutdown pc tengok si AJ online ym..sempat la msg tanya dia nak gi tak kenduri rumah 2pac..dia leh tanya aku plak tu bila kendurinya..huhu betuah betui si AJ nie..aku pun cakap la hari nie..pastu dia cakap nak follow..aku takda hal punya..aku cakap tunggu kat tol batu 3 jer. .sibbaik aku teringat nak msg ko jugak AJ..kalau tak ko menjawab la dengan 2pac..nie kena claim blanja makan nie hehehe..

2pac & pasangan

Pastu si alya plak call time aku dah kat parking keta, dia dan ameant nak saing jugak gi rumah 2pac jadi janji la jumpa kat tol Cyberjaya dalam kul1, skali tunggu punya tunggu tak kunjung tiba..skali si AJ plak dah msg cakap dia dah sampai kat tol batu 3, jadi aku pun terus buat gerakan ke tol batu 3 dulu laa msg alya cakap jumpa kat tol batu 3 jer laa. Pastu kami sesama gerak ke rumah 2pac berpandukan map yang diberi..sibbaik gps berkesan..maka sampai jugak la ke majlis si 2pac nie. Pengantin mengenakan tema purple memang segak bergaya dan cantik laa..sampai jer terus sesi bergambaq dulu, pastu baru gi makan hehe..tengah lepak makan skali si BD dan nina plak sampai jadi lepak la borak².com plak. Dalam kul3 lebih buat gerakan ke destinasi seterusnya plak iaitu rumah terbuka bangbal kat Balakong.


Antara kengkawan yang datang ke open house bangbal

Dalam kul4 lebih sampai ke rumah bangbal..cuaca pun dah mula hujan renyai². Kita orang sampai tengok ramai jugak bebudak cnergy yang dah sampai..lepak makan².com tunggu sampai adi koi dan brader chino sampai. Dalam kul5 lebih terus buat gerakan pulang ke Seri Kembangan untuk jemput dak mamy dengan anak²nya gi ke open house kawan baik tunang aku plak iaitu si mariana kat Bukit Mahkota Bangi..dalam kul7 lebih jugak la baru sampai..layan menu satay + roti jala plak. Kita orang jugak merupakan tetamu yang terakhir yang datang. Lepak kejap jer laa pastu terus buat gerakan pulang..hantar tunang aku dan akaknya kat Seri Kembangan dan aku terus balik ke Cyberjaya. Badan memang dah letih tapi sebab ada game man utd vs bolton gi melepak kat rumah darn kejap layan game..pastu baru balik tido ZZzzzz...

Friday, October 16, 2009

Open Opis ITSD

Assalamualaikum..
Hari nie department ITSD buat open opis kat bangunan FCM..memang hari nie semua yang datang segak bergaya laa dengan baju melayu bersampin dan jugak dengan baju kurung dan kebaya..sesuai laa dengan sambutan open opis dengan tema warna warni di aidilfitri. Tahun nie sambutan lagi meriah dari tahun sebelumnya, pelbagai juadah disediakan dan yang wajibnya adalah satay laa...awalnya kata satay takda dalam menu open opis tahun nie sebab takda bajet, tapi macam tak best plak jadi terpaksalah buat gerakan mengepoww kengkawan secara lembut untuk beli satay..akhirnya terlebih² plak dari bajet asal untuk beli satay. Untung ada kengkawan macam nie hehe.
Layan satay dgn flatfinger dan lintau.

Sebelah paginya aktiviti mempersiapkan tempat untuk para tetamu dan jugak hidangan disiapkan, dalam kul3 petang baru majlis bermula dengan rasminya. Sesambil makan tu leh layan karaoke..lepas makan lagi laa layan karaoke ..huhu antara aktiviti wajib setiap tahun jugak nie..tapi tahun nie aku tak nyanyi pun laa..bz snap gambaq majlis jer + mode tak berapa nak ok sket awalnya..dah pepetang sket baru kembali ceria.

Kaum kerabat ITSD

Dalam kul 3.30 petang lak sesi bergambaq raya reramai kat depan bangunan FCM pastu diteruskan dengan aktiviti bergambaq kat studio plak..memang lagi riuh rendah laa dengan pelbagai aksi posing yang tak ingat..memang penuh la studio tu, sibbaik la yang datangnya pun berperingkat²..kalau tak sure lagi riuh rendah dari biasa.

Bergambaq kat studio plak.

Walaupun terasa letih dengan kehadiran tetamu yang agak ramai..tetapi dengan perjalanan majlis yang sempurna + kerjasama semua kaum kerabat ITSD kiranya berbaloi laa..sekali lagi , ini merupakan antara majlis open opis yang berjaya laa.

Skuad Takraw Projek 2010

Monday, October 12, 2009

Open House Kengkawan Lagi..

Assalamualaikum..
salam hari isnin..alkisahnya kali nie nak citer tentang open house lagi laa..selagi tak abis bulan raya setiap minggu sure ada majlis nie.

Sabtu lepas aku dan tunang gi open house rumah brader oriyana kat puchong perdana. Dalam kul11 malam jugak la baru sampai rumahnya. Tapi sibbaik la brader oriyana cakap majlisnya sampai kul2-3pagi jadi takda hal sangat la kalau sampai rumah dia dalam kul11 malam nie hehe.. menu utamanya malam tu adalah laksa..makanan peberet brader oriyana nie. Lepak kejap jer..dekat kul12 malam buat gerakan pulang la.

Ahad plak gi rumah manjer sempena open house dan jugak besday anak dia. Majlis nie memang aku kena datang jugak laa..maklumlah tahun lepas pun aku tak dapat datang..jadi nak tak nak tahun nie kena datang laa..kang merajuk plak si manjer ngan aku hehehe. Aku dan tunang sampai pun dalam kul3 lebih jugak..time tu ada la 2-3orang bebudak kypmkl termasuk la brader uzin. Lepak pekena satay+ bihun sup + rojak + kek..dah kekenyangan buat gerakan pulang laa..dah sampai area balakong baru laa si bd dan 2pac call. katanya dah sampai rumah manjer..huhu apa laa si bd nie..rumah dekat pun datang lambat..2pac takpa la jugak..dia memang slow sket..sure sesat tu nak datang rumah manjer.

Settle sudah aktiviti open house minggu nie..minggu depan sure banyak lagi..maklum la minggu terakhir bulan raya + dengan kenduri kahwin kawan baek aku si 2pac tu pada hari sabtu nie..tak datang mau declare war ngan aku tu hehe..insya'allah panjang umur sampai la ke majlis tu nanti.

Monday, October 05, 2009

Aktiviti Makan² Free Bermula

Salam..
Sempena dengan bulan raya nie, memang banyak laa aktiviti rumah terbuka diadakan, tak ketinggalan jugak laa geng² opis aku dan jugak kengkawan tunang aku yang mengadakan rumah terbuka. Hasrat untuk mengurangkan makan pada bulan nie terpaksa diberhentikan buat sementara, hati kengkawan kena jaga jugak hehehe..

Pada hari sabtu lepas dalam kul6 petang gi open house rumah kawan tunang aku kat area tesco ampang, sebab tak tau nak cari rumahnya tunggu jer la kat petronas berhampiran tesco tunggu member tunang aku datang jemput. Menu utama nasik kuning ( aku taktau nama dia) dan laksa..disebabkan kita orang nie antara yang terlewat jugak datang..makan jer la apa yang ada.

pada hari ahad plak..brader pian adakan rumah terbuka, start majlisnya kul 2 petang, menu utamanya tak lain dan tak bukan laa mee bandung muorrr..memang sedap bangat, maklum laa yang buatnya pun orang muorr jugak..selain tu ada juga menu spaghetti untuk sesiapa yang sembahyang punya orang..kata brader pian laa sebab dalam kuah spaghetti tu letak ayam jer hehe.. tak macam dalam mee bandung siap ada daging bagai.. Lepak lama jugak laa kat rumah brader pian nie sampai laa member aku sorang nak balik jumpa teman tapi mesranya kat putrajaya..baru la reramai buat gerakan pulang.

9hb hari jumaat plak tente keh plak buat makan² untuk kengkawan opis dia, jadi aku dan tunang pun dijemput jugak..memang plan kena pergi jugak laa maklum laa nie la 1st time tante keh masak untuk para tetamu nie iaitu menu utama nasik ayam..memang leh kalahkan nasik ayam pak yob nie..teror jugak la tante nie masak yaaa..siap tambah lagi laa aku..sedap + kelaparan agaknya aku nie..hehe tapi ikhlas laa memang sedap nasik ayam tu.

Lepas nie rasanya sure ada banyak lagi jemputan rumah terbuka nie...Insya'allah kalau ada kelapangan akan sampai laa aku kalau dapat jemputan..kata orang rezeki jangan ditolak tak gitu :D

Tuesday, September 29, 2009

Cuai..

Salam..
Semalam merupakan malam yang agak menyedihkan laa..kenapalah aku cuai sangat..disebabkan akulah... awek kesayangan a.k.a my EK mendapat parut kat depan angkara gi langgar blkg keta kancil, sibbaik la langgar pun dalam keadaan keta dah slow nak berhenti jadi takda la teruk sangat ketanya..tapi hati tetap syahdu laa..maklum la selama bersama awek aku nie ..semuanya ok jer..takkan dia dah start merajuk ngan aku kot..walaupun apa status aku skrg..aku tetap sayang awek aku nie macam dulu jugak hehehe.. tapi apapun alhamdulillah semua yang ada dalam kereta selamat, itu yang lagi penting..

Lepas excident tu..gi lepak makan kat mamak kat shah alam..sesambil nak tenangkan hati yang syahdu dengan tunang aku dan sepupunya. Yang tak bestnya bleh plak aku tertinggal kertas soalan assignment yang tunang aku bagi aku pegang kat kedai mamak tu..adoiyaii cuai betul laa aku sampai rumah baru teringat..huhuh..kenapalah aku cuai sangat...kesian dekat awek kesayangan dan sayang..sori yaa.

Saturday, September 26, 2009

ABSB Jiwang Mode : Fasa Dua

Assalamualaikum..
Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya kepada kengkawan yang mengenali aku..maklum la dalam mode raya lagi nie..kalau ada salah silap harap dimaafkan yaa..Alhamdulillah syukur aku kepada yang maha esa kerana segala perancangan yang telah dirancang selama ini berjalan dengan lancarnya.

Kini perhubungan aku dengan sayangku telah memasuki fasa kedua..insya'allah akan menyusul fasa seterusnya tak lama lagi. Hari raya kelima yang lepas merupakan antara detik yang dinantikan dalam fasa nie..dimana majlis pertunangan aku dan sayang telah selamat dilangsungkan. Segala urusan majlis berjalan dengan meriahnya..ramai saudara mara yang menghadiri majlis nie dan ia jugak merupakan masa untuk suai kenal antara dua keluarga dengan lebih rapat lagi..semoga dengan restu dari kedua² ibu bapa, perhubungan antara aku dan sayang akan dipermudahkanNya..

Orang kata dalam fasa pertunangan nie banyak dugaannya..harap² aku dan sayang dapat menempuhi segala dugaan yang mendatang dengan sebaik mungkin..kalau gaduh sket² tu biasa laa adat dalam perhubungan hehe.. macam terdapat dalam lirik nie "Bercinta, berkasih bagai Adam dan Hawa..Bergaduh, selisih buat kita sempurna".

Buat tunang tersayang sesamalah kita berdoa agar perhubungan ini akan diakhiri dengan satu ikatan yang sah nanti.

Monday, August 24, 2009

Aktiviti² berbuka di bulan puasa

Salam.
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk berpuasa lagi pada tahun ini..syukur semoga diberkati ibadat puasa yang dilakukan. Disini nak cerita sket tentang aktiviti berbuka aku di bulan puasa nie mengikut kerajinan aku hehe..

22-23 Ogos 09
Tahun nie hari pertama dan kedua berbuka bersama family sayangku kat seri kembangan. Dalam kul4 petang kita orang gi jejalan cari barang basah, sayur dan buah-buahan untuk berbuka di pasar borong selangor. Settle jer semua barang yang nak dicari buat gerakan pulang dalam kul5. Tahun nie lebih menceriakan aku jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Bukannya apa tahun sebelum nie kekadang hari pertama puasa aku berbuka sesorang jer, tapi tahun nie hari pertama dapat berbuka reramai bersama ahli keluarga sayangku. Kemeriahan terasa macam berbuka bersama keluarga sendiri di kampung halaman.


24-25 Ogos 09
Berbuka bersama kengkawan kat rumah daus. Hari isnin tapau makanan kat HB2 jer dan hari selasa jejalan gi bazar ramadhan Putra Permai. yang menarik skali pulut panggang dia kat sana..memang sedap walaupun harga sebiji rm0.60.

26 Ogos 09
Berbuka bersama family sayang lagi sebelum kakak dan ibunya berangkat ke banglades, kali nie kita orang gi tapau kat bazar ramadhan putra permai jer. beli nasi kerabu dan kowteow goreng

28 Ogos 09
Berbuka bersama sahabat di rumah 2006, port lama tahun lepas nie..dapat la berbuka bersama mrjackz a.k.a gabanzz..maklum laa dulu bujang skrg dah kawen jadi susah sket la nak dapat peluang berbuka sesama..aku macam biasa laa gi tapau nasik kat hb2 jer.

29-30 Ogos 09
Aku dan sayang balik ke kampung aku di kedah sempena cuti sambut kemerdekaan, jadi memang best la dapat berbuka bersama family kat kampung, pelbagai jenis makanan laa tapi banyak menu bakar²..ikan, ayam huhu layan..minuman macam biasa laa air kelapa muda + air tebu.

31 Ogos 09
Dalam perjalanan balik ke KL, singgah kat hentian R&R guthrie highway layan berbuka dengan satay kajang + pau daging..itu jer yang senang nak order hehe...

1 September 09
Aku temankan sayang berbuka dengan bebudak Cnergy kat flaming steamboat. leh tahan jugak makanannya kat sini..kiranya berbaloi laa siapa yang suka makan seafood.

3 September 09
Berbuka kat rumah fitri bersama daus dan syah..kita orang gi tapau makanan kat bazar serdang..beli ayam percik + murtabak hafiz..sempoi.

8 September 09
Berbuka dengan kengkawan sayang kat flaming steamboat.

10 September 09
Berbuka bersama kengkawan dole dan keluarga, adi dan keluarga, oriyana dan keluarga, hussin dan keluarga, ameant dan alya kat restauran firdausi.

12-13 September 09
Berbuka dengan kaum kerabat sayang kat kampung di melaka..memang meriah tak ingat la bila ramai adik beradik berkumpul.

15 September 09
Berbuka dirumah ameant dan alya..memang layan la menu kerapu dan jugak tomyam campur + pelbagai jenis juadah yang dibawa kengkawan..antara yang join ialah adi dan keluarga, hussin dan keluarga, fitri, pian dan keluarga.

16 September 09
Berbuka bersama adi dan keluarga kat pizza hut taman equine.

17 September 09
Berbuka bersama family kat kampung halaman..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan 1430

Assalamualaikum..
Salam pagi jumaat, syukur alhamdulillah esok kita akan mula berpuasa, semoga kita dipermudahkan dalam segala hal dan diberi kesihatan yang baek untuk menjalankan ibadah rukun islam yang ketiga ini.

Dikesempatan ini jugak aku ingin memohon ampun dan maaf kepada semua kengkawan, para blogger dan sesiapa saja yang mengenali aku, sekiranya aku ada berbuat kesalahan secara disengajakan atau sebaliknya. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah swt, Insya'allah..Salam Ramadhan 1430.

Tuesday, August 18, 2009

Malam 1000 Bulan

selamat datang bulan Ramadhan
bulan penuh ampunan
tuk melepas segala dosa
yg pernah dilakukan
kini tiba saatnya kita
lalui malam keajaiban
malam surga, malam Lailatul Qadar

begitu banyak nikmatMu Tuhan
yg Engkau berikan
kepada semua hambaMu
yg selalu meminta
berharap tulus bertemu malam
malam berkah, malam ampunan
malam surga, malam Lailatul Qadar

reff: malam 1000 bulan, malam yg paling indah
malam yg paling mulia untuk kita ibadah
semua orang berlomba untuk mendapat rahmatNya
semua orang meminta untuk mendapatkan nikmatNya

begitu banyak nikmatMu Tuhan
yg Engkau berikan
kepada semua hambaMu
yg selalu meminta
berharap tulus bertemu malam
malam berkah, malam ampunan
malam surga, malam Lailatul Qadar

Lagu: Radja

Ramadhan Datang Lagi..


Assalamualaikum..
Insya'allah, hanya tinggal 3-4 hari lagi jika diizinkan Allah, maka dapat la kita bertemu lagi bulan yang penuh kerahmatan iaitu bulan ramadhan pada tahun nie.

Monday, August 17, 2009

Permulaan yang baekk..

Salam..
Sabtu lepas telah bermula dengan rasminya EPL. Glory² Man Utd...Satu permulaan yang baik buat Manchester United pasukan faveret aku kat EPL, semalam walaupun tak dapat layan live game Man Utd vs Birmingham, tapi aku tetap layan kat soccernet. Walupun menang 1-0 tetap mengumbirakan aku, dan yang lebih penting gol dijaringkan oleh Rooney, striker utama aku kat stadium astro hehehe. 24 gol lagi Rooney untuk mencapai sasaran SAF untuk season nie.

Picture source: (AP Photo/Tim Hales)

Tuesday, August 11, 2009

Misi berjaya

Salam,
Alhamdulillah, syukur... dengan menghadiri kenduri sempena menyambut ramadhan tahun nie, akhirnya aku berjaya melengkapkan misi aku kepada 7/7.

Monday, August 10, 2009

Konvokesyen MMU ke 10

Salam,
Kali nie nak citer berkaitan keja² belakang tabir yang dilakukan oleh kaum kerabat MPU.Dah seminggu bermula dari isnin hingga jumaat para² staff MPU yang dedikasi bertugas untuk verify smartcard untuk konvokesyen mmu ke 10 kat ext hall. Macam tahun² yang lepas jugak hari isnin hingga khamis takda la ramai student yang dtg verify, hari jumaat memang sesak tak ingat laa..huhu nak taknak hadap jer laa..

Untuk konvo tahun nie sibbaik la aku kena on duty hari isnin jer, kiranya sabtu dan ahad dapat laa aku balik kampung kat melaka sebab ada buat sedikit kenduri sambut ramadhan kat sana. Untuk tahun nie jer majlis konvokensyen di buat selama 3 hari. Jadi lebih teratur sedikit laa, setiap hari hanya satu sesi jer majlis penganugerahan.

Antara kaum kerabat MPU yang bertugas kat Ext. Hall untuk verify smartcard

Monday, August 03, 2009

5th FMDC Annual Bowling Tournament

Assalamualaikum..
Alkisah nak citer sabtu lepas aku ada join tournament bowling anjuran Fotomedia Malaysia.Com(fmdc) bertempat di Mutiara Bowl jalan ipoh..kiranya 1st time aku membowling kat sini. Tournament yang dianjurkan nie lebih bertujuan untuk mengeratkan lagi siratulrahim antara member² fmdc. Kita orang bermain dalam bentuk kumpulan iaitu setiap kumpulan ada 4 peserta 3 lelaki dan seorang wanita.

Acara bermula pada pukul3 petang walaupun mengikut jadual asal kul2 petang, tapi disebabkan kesesakan lalulintas maka bermula agak lewat sedikit. Aku pun sampai kul2 lebih sket, tapi sibabaik la datang bersama orang yg tersayang takda la terasa sangat kebosanan mengadap sesesakan kat area kl nie, tapi ianya tidak sedikit pun menganggu mood member² fmdc untuk bersukaria membowling.


Selepas sesi suaikenal baru bermulanya acara membowling, acara berakhir hampir kul6 lebih dan alhamdulillah pasukan kita orang berjaya menjadi juara kumpulan, tahniah kepada geng² group atas kejayaan nie. Dalam acara individu aku berjaya dapat no3..alhamdulillah walaupun game aku tah apa² tah pada awalnya tapi sibbaik leh backup balik utk game terakhir..

Selepas sesi pemberian hadiah ada sesi bergambaq plak bagi semua yang join tournament nie, memang happy dapat kenal ngan kaum kerabat fmdc, walaupun setengahnya dah pernah bersua muka. Hadiah kejohanan disampaikan oleh mypokcik iaitu vice president fmdc.


Lepas semua settle, aku sambung lagi 2 game membowling, tapi kali nie temankan sayang aku plak membowling, sian plak asyik dia jer temankan berjam² membowling, skali skala fight membowling berdua pun charoo jugak ehehe. Habis jer game turun ushar kedai digicolor skali tutup plak, pastu terus jer buat gerakan pulang.

Thursday, July 30, 2009

Selagi Ada Rindu

Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang
Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan
Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi

Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu
Oh Kasih (Oh Kasih)
Damailah (Damailah)
Engkau Disana
Ku Berdoa (Ku Berdoa)
Pada Tuhan (Pada Tuhan)
Agar Kau Bahagia

Lagu & lirik : Pak Long

Monday, July 27, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum..
Alkisah nak cerita tentang akvititi hujung minggu yang leh tahan jugak laa dengan aktivitinya. Bermula pada jumaat malam kawan opis aku si chino minta tolong aku ngan adi gi cat diding rumah dia, jadi aku ngan adi pun gi la tolong mengecat rumah si chino nie sibbaik sket jaa tu pun si adi dah siapkan separuh dah baru aku sampai. Pastu bestnya bila dah settle mengecat brader chino dengan bermurah hati plak blanja makan kfc..huhu terima kasih laa yaa.

Habis jer aktiviti mengecat, sayang aku datang jemput lepak kat rumah kakaknya. Maklumlah ramai kaum keluarganya datang berkumpul jadi dapat la berkenalan dengan mana yang belum kenal. Lepak berborak sampai awal pagi jugak la pastu baru aku buat gerakan pulang ke cyberjaya.

Awal pagi sabtu plak dalam kul8 lebih aku dan sayang temankan mak gi ke konvek HPA kat tapak MAHA serdang. Mak ada terima anugerah pengurusan jati pada hari tersebut, jadi kita orang yang free apa salahnya datang bagi sokongan. Dalam kul2 lebih kita orang buat gerakan pulang ke seri kembangan sempat la aku rest kejap pastu dalam kul4 lebih baru gi jemput mak pulang.

Pastu malamnya plak ada family dinner kat yunkies hut bangi, along yang open table malam tu..haha terima kasih bebanyak..semoga murah rezeki, nenanti leh open table lagi yaa.. Dah selesai sesi makan².com dalam kul9 lebih jugak la baru buat gerakan pulang.


Thursday, July 23, 2009

Training Kat MMU Melaka

Assalamualaikum..
Pada 21 dan 22hb yang lepas aku ngan beberapa orang lagi bebudak graphic kat opis nie kena hantar gi training " Effective Time Management And Stress Management" kat MMU Melaka. Awalnya pihak HR cyberjaya inform ada kenderaan disediakan untuk semua staff yang gi training nie, skali bila tiba hari kejadian hanya ada sebuah van jer padahal staff cyberjaya yang join training nie ada laa dalam 16 orang. Jadi nak taknak kena ada yang gi naik keta jugak. Jadi aku pun join abg long naik keta gi mmu melaka, sibbaik pihak HR cakap leh claim.

Aku dan kengkawan graphic yang lain memang plan nak lepak kat melaka pun, malaih nak balik kang esok kena datang semula, jadi takda la letih sangat. Ok pada hari pertama training, brader yang bagi training nie iaitu En Khairol Anuar nie memang sempoi, konsep bersantai jer memang relax laa takyah nak off hp kaa apa..kalau ada orang call angkat jer katanya. Penekanan lebih tumpukan kepada aspek stress menagement laa..katanya kalau kita dalam keadaan baik insya'allah kita dapat menguruskan masa dengan sempurna. Banyak jugak laa tip² dan info yang berguna dapat dipraktiskan. Sesi hari pertama tamat dalam kul4.45ptg..jadi leh balik lepak awal sket laa.

Hari kedua training, pepagi lagi dah start ngan tarian poco²..riuh rendah jugak jadinya kat bilik training tu. Pastu diteruskan dengan aktiviti mengenali antara semua staff yang menghadiri training nie. Lepas tu barulah brader khairol nie masuk bab time management dan disudahi dengan sesi soal jawab. Dalam kul5 dah selesai. Keluar jer dari bilik training bas dah menanti, naik bas jer masuk jer highway utara selatan terus menidokan diri jer laa sampai ke Nilai hahaa best jer rasa. Dalam kul6.30 dah selamat sampai ke MMU Cyberjaya.

Harap² pada masa akan datang akan ada lagi training macam nie, dan kalau bleh kena ada pihak atasan jugak yang join training macam nie..barulah dapat mengetahui permasalahan yang berlaku pada orang² bawahan macam kita orang nie hehehe..hilang jap stress aku..kejap jer laa :D

Friday, July 17, 2009

Man Utd Asia Tour 2009

Assalamualaikum..
Alkisah untuk n3 kali nie adalah keterujaan aku mengenai kehadiran team fav aku kat EPL yang datang ke Malaysia..sapa lagi kalau bukan Manchester United. Aku siap beli tiket dari hari pertama promotion untuk dapatkan tiket dan pass training bagi perlawanan pilihan malaysia vs man utd.


Jadi pada petang tadi, aku, sayang, daus dan hamka buat gerakan ke stadium bukit jalil dalam kul3.30ptg. Sampai dalam kul4.30 gitu laa memang leh tahan ramai jugak peminat yang datang menyaksikan sesi training nie. Walaupun hanya tengok sesi training jer..memang nampak laa perbezaan antara persediaan training antara team malaysia ngan team man utd nie. Sebab masuk jer stadium team malaysia dah start training pastu dalam kul 5.40 baru team man utd plak masuk stadium. Jadi dapat laa tengok kelibat player² man utd yang selama nie dapat tengok dari jauh jer hehe..dah puas layan tengok training, dalam kul 6.50 dah buat gerakan pulang.

Esoknya pada hari perlawanan aku, dole, daus dan hamka buat gerakan ke bukit jalil awal sket laa dalam kul3 ptg. Bila sampai area stadium dalam kul4 skali tak leh nak masuk parking plak..semuanya tutup..adoiyaiii memang memacam sumpah seranah laa kluar time tu, kalau tak bagi masuk pun inform laa awal² nie tak..dah la kena hadap jemm tak ingat..skali kena gi parking kat TPM, dah la parking bebayar pastu siap kena jalan kaki lagi 15minit untuk sampai ke staidum huhuh..cabaran betul nak tengok game nie.

Sampai stadium pun dah kul5 lebih sekali masuk stadium untuk tiket 98 penuh tak ingat..huhu apa kess nie..nak tak nak lepak jer laa kat tangga..janji dapat layan game man utd ngan malaysia nie walaupun kurang selesa sket. Esoknya baru dapat tahu ramai yang beli tiket 58 lompat ke tempat duduk tiket 98..patut laaa ramai sesak semacam jaa.

Habis game terpaksa hadap kesesakkan yang terlampau plak untuk keluar dari kawasan stadium. Pastu kita orang terus gi lepak makan².com kat kembangan paradise seri kembangan. dalam kul10 lebih jugak laa baru sampai Cyberjaya. Walaupun rasa letih tapi rasa berbaloi dapat tengok team kegemaran aku beraksi..sibbaik menang hehe kalau tak jadi bahan lagi laa ngan penyokong pihak lawan.

Thursday, July 16, 2009

Friendly Match Antara MMU vs UNITEN

Assalamualaikum..
Salam pagi khamis, pagi nie datang opis dalam keadaan badan yang agak meletihkan, maklum la semalam ada friendly match antara MMU dan UNITEN. Antara game yang diadakan adalah bola sepak, takraw, pingpong dan jugak badminton. Aku macam biasa laa main game takraw. Nie semua untuk persediaan dalam squad projek 2010 haha..Alhamdulillah team kita orang tak menghadapi masalah untuk menyumbang mata untuk team takraw MMU. Semalam habis semua game kat kul11 lebih..memang meletihkan termasuklah game terakhir a.k.a game sesuka antara team no2 MMU melawan team ranking no1 MMU yang sungguh mencabar disebabkan merebut hadiah nasik ayam percuma haha..

Keputusan penuh game lain adalah seperti berikut:


1. Bola sepak - 2 - 1 ( mmu menang )
2. Takraw - 3 menang 1 seri 1 kalah
3. Badminton - 3 menang 2 seri 4 kalah
4. Ping Pong - 3 menang 4 kalah

Keseluruhan game seri, dimana bola & takraw menang dan badminton & ping pong kalah.

Monday, July 13, 2009

Tiada Lagi Project MOE...

Assalamualaikum..
Salam pagi isnin..cuaca kat bumi cyberjaya hari nie cerah + berjerebu. Tadi ketua aku baru jer mesej kat ym inform yang aku tak terlibat secara langsung lagi ngan project moe- addmath, sebabnya nak aku concentrate untuk subject MBA. Syukur alhamdulillah..lega rasanya. Inilah saat yang aku tunggu, maklum jer laa semangat aku untuk buat project nie tinggal berapa percent jerr..memang hilang tak ingat, tapi disebabkan tuntutan kerja terpaksa laa lakukan jugak dengan harapan project nie dapat diselesaikan dengan cepat dan memenuhi kehendak BTP.

Jadi kepada kengkawan yang masih berjuang untuk project nie..aku doakan semoga akan berjaya menyelesaikan project nie sebaik mungkin. Walaupun aku tak suka addmath..tapi aku suka semangat yang ada pada team addmath. Gud luck.

Monday, July 06, 2009

Berita Yang Mengumbirakan..

Salam..
Baru jer masuk opis pagi nie..maka dengan rajinnya check la mail yang leh tahan banyaknya..sekali terushar email dari pihak pengurusan..

Freeze leave application

Salam & Good Day,

Dear All,
I
m sure all of you know that we have a convocation coming soon and some other project as well.Due to shortage manpower and tight schedule, we will freeze any leave application within 20 July 2009 until 10 August 2009.

Please make yourself available and standby if needed.
For any emergency situation or case that you may need to take leave, please inform Ms Rita.Your kind co-operation and understanding is highly appreciated

Bila musim konvo datang lagi..bertambah bz laa kaum kerabat kat opis nie + keja² yang sewaktu dengannya..sibbaik laa lepas 20 julai baru cuti dibekukan..sempat la nak gi layan training man utd dulu hehehe..

Sunday, July 05, 2009

ABSB jiwang mode - Fasa Satu

Salam...
"Bila yang tertulis untukku..Adalah yang terbaik untukmu" syukur alhamdulillah dengan izinNya maka permulaan bagi satu perhubungan. Ianya sangat bererti apabila mendapat restu dari kedua kaum keluarga. Semoga apa yang direncanakan akan dipermudahkan olehNya. Insya'allah kalau tiada sebarang halangan fasa berikutnya akan menyusul tak lama lagi.


Sukar untuk dimengertikan pada saat permulaannya, seorang insan yang suka membuat aku marah dan geram pada awalnya..kini dialah insan yang aku sayang, selain dari kaum keluarga aku. Betul kata orang tak kenal maka tak cinta. Mungkin inilah ketentuanNya. Aku berharap dengan keikhlasan dalam perhubungan ini akan menjadi penamat yang terindah dalam perhubungan.

Buat insan yang aku sayang terima kasih kerana menyayangi dan menerima diri aku ini seadanya. Dan terima kasih jugak dengan sifat² yang membuatkan aku buntu kekadang untuk membuat segala keputusan hehehe.


Fasa pertama

p/s: walaupun dalam mode jiwang..kepada kengkawan aku yang terpilih dalam pemilihan bowling TM Selangor jangan lupa belanja aku wehh...bola bowling tu yg hebat sebenarnya hehe..

Sunday, June 21, 2009

Sepak Takraw TM Selangor

Assalamualaikum..
Salam petang sabtu, baru jer balik dari lepak makan².com selepas habis acara penyampaian hadiah untuk acara sepak takraw, dart dan jugak pingpong TM Selangor. Aku macam biasa laa masuk acara sepak takraw bersama wan cakcibor dan jugak harris. Bertiga jer laa sebab last minute adi terpaksa balik kampung plak sebab ada emergency.

Dalam kul8.45pagi dah start pendaftaran, kul9 lebih baru game bermula. Awalnya hujan rahmat dah turun membasahi bumi cyberjaya nie, tapi alhamdulillah kejap saja, pastu game pun dapat dijalankan dengan penuh kelancaran dibawah panas terik mentari. Dekat kul2 baru habis gamenya. Akhirnya bagi acara sepak takraw dimenangi oleh team selangor barat tempat kedua msc dan team pj dan taqis A ( mmu) mendapat tempat ketiga. Team aku terpaksa la berpuas hati ditempat ketiga, percapaian yang sama macam tahun lepas tapi apapun tetap memberi cabaran kepada team selangor barat untuk game terakhir yang membolehkan mereka beraksi pada perlawanan akhir. Bagi aku team kita orang yang baru dibentuk nie boleh pergi lebih jauh. nie baru 1st time kombinasi kita org bertiga untuk tournament takraw. Insya'allah leh kekalkan team nie untuk project 2010 intercampus tahun depan kalau tiada aral menghalang haha.


p/s: sempena hari bapa hari nie..aku ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada bapa aku iaitu ku ibrahim ku ahmad dan jugak seluruh bapa² dimuka bumi ini.

Saturday, June 20, 2009

Nur Kasih


Salam,
Selepas cerita kekasihku seru kini Kabir Bhatia kembali lagi dengan satu drama yang agak menarik pada pandangan aku iaitu " Nur Kasih". Bersiaran setiap hari jumaat kul9mlm.


Pengarah: Kabir Bhatia (Kekasihku Seru, Sepi, Cinta)
Penulis Skrip: Mira Mustaffa (Cinta)
Lagu Tema: Nur Kasih - Yasin & Eena Houzyana

Pelakon:
Fizz Fairuz as Aidil
Remy Ishaq As Adam
Tiz Zaqyah Razak as Nur Amina
Sharifah Sofea as Katrina
Jalaluddin Hassan as Ustaz Hassan
Liza Othman as Hajah Khadijah
Umi Nazeera as Siti Sarah
Sheila Mambo as Mak Ani
Rahim Omar as Imam Abu Bakar
Ayu Raudhah as Aliya

Sinopsis:
Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

Sumber: TV3

Thursday, June 18, 2009

Terima kasih Abe Uzin

Salam..
Alhamdulillah kenyang sudah...hari nie lunch kat KFC Jusco, di sponser oleh abe uzin. Entah apa la yang dimimpi oleh abe uzin semalam haha.. Ameant dapat 2 autobot, kiranya tido lena la dia malam nie. Adi plak leh tapau air pepsi lagi bawa balik huhu..

Ok kengkawan semua ucapankan terima kasih yaaa kepada abe uzin...sebut sesama " Terima Kasih Abe Uzin" - cilok sket dialog ala² macam dalam citer bujang lapuk. Esok ada lagi ka blanja makan².com? haha... i followwwww..

Wednesday, June 17, 2009

Dibawah paras normal

Assalamualaikum..
malam nie takda apa² plan..lepak kat bilik saja laa, bulan nie macam² hal betul yang berlaku. Badan letih , otak pun letih. Kalau dapat balik kampung jumpa kaum keluarga lega rasanya nie. Tapi biasa laa mana ada kehidupan yang tak bermasalah hehe..apapun hadap jer laa. Kekadang aku pun kompius dengan tindakan yang aku buat..pada tahap normal memang tak wajar..apasal tah aku jadi macam nie..mungkin nie sisi gelap aku yang satu lagi kot..hehehe.

Dah letih layan mafia war kat tagged..layan tengok tv plak laa..pastu ZZzzzzzz....

Dalam kenangan...

Salam..
malam nie dapat msg dari det, kawan aku dari johor " zam mlm ni bola ada info tak.amir dah takda emm".

Malam nie kedah bertemu dengan negeri sembilan kat SDA, slalunya kalau game kat kedah, arwah amir lah yang selalu aku contact untuk tahu keputusan perlawanan. Tapi sekarang nie susah sket laa. kalau berapa depan pc senang laa..kalau ada luar kawasan mmg terpaksa tunggu esok hari la baru dpt tau keputusan. memang masih terasa kehilangan...

Sunday, June 14, 2009

GLU-Sport Tournament 2009

Assalamualaikum..

Salam malam sabtu. Aku baru jer sampai kat bumi cyberjaya nie dari UTP Tronoh. Penat masih terasa lagi, letih sebab leh tahan jugak perjalanan petang tadi. Tahun nie giliran Universiti Petronas menjadi tuan rumah untuk sukan GLU nie yang hanya melibatkan 5 acara sahaja iaitu bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton dan jugak bowling. MMU menghantar sebanyak 60 atlet dan 20 pengiring untuk sukan nie. Tapi tahun nie agak malang bagi kontijen MMU kerana gagal mempertahankan kejuaran kseluruhan tahun lepas ditangan UNITEN.



Kita orang buat gerakan dari MMU Cyberjaya dalam kul8 bagi dengan 2 buah bas dan 1 van, 1 bas untuk MMU cyber dan 1 untuk MMU melaka. Kita orang sampai UTP dalam kul1. Dalam kul3 petang baru bermula acara perasmian. Dalam kul5.30 petang baru bermulanya acara badminton, bola sepak dan bola jaring. Acara bowlingnya plak sebelah malam, bermain kat Ipoh Parade. Aku wakil mmu main bowling tapi malam tu serba tak menjadi plak..hancuss game aku. Adoiyaii..gagal plak misi aku dan kengkawan bowling yang lain kali nie untuk meyumbang mata kepada mmu. Memang aku akuilah kegagalan aku yang tak bermain baekk untuk malam semalam. Tak pernah main tak menjadi sampai macam tu skali, insya'allah jika terpilih lagi tahun depan akan buat yang terbaekk..maklum laa tahun depan mmu akan jadi tuan rumah plak. Apapun memang best laa dapat wakil mmu untuk GLU nie.. memang dapat mengeratkan lagi siratulrahim antara staff cyber dan melaka jugak dari universiti lain yang terlibat.


Hari ahad pagi plak bermula acara bola tampar pastu diikuti oleh bola jaring, badminton dan bola sepak. Semua acara habis dalam kul12 lebih. Balik lepak kat bilik sebelum gi ke acara penutup. Tengah lepak ngan kengkawan aku..skali dapat call dari kawan aku dari kampung bagi tahu yang sahabat baik kita orang meninggal dunia disebabkan eksiden kat Kulim. Ya Allah tergejut, sedih semua ada time tu. Tapi dah sampai ajalnya terpaksa la redha. Sempat la aku call sabahat yang lain bgtau apa yang terjadi. Semoga sahabat aku, amir bersemadi dengan aman disana dan ditempatkan bersama orang² yang beriman. Dalam perjalanan balik asyik teringat jer kat member aku nie..jadi cara senang aku tido jer laa lupa la kejap. Dalam kul7 mlm kita orang dah selamat sampai kat cyberjaya.

Malamnya mak aku call plak untuk inform yang kawan aku nie dah meninggal, tapi aku bagitau yang dah ada kawan yang bgtau. Aku kehilangan seorang sahabat dan jugak die hard fan kedah.

Tuesday, June 09, 2009

Jejalan ke Tepeng

Assalamualaikum..
Dah lama rasanya aku tak update blog nie, disebabkan ada benda yang nak ceritakan jadi leh la update kat blog nie.

Sabtu petang yang lepas aku, adi dan familynya bergerak ke Taiping untuk menghadiri kenduri kahwin sahabat baekk kita orang iaitu brader efry dan jugak wanie. Plan awal nak naik keta aku, skali ubah plan plak naik keta adi, jadi adi suruh aku jadi drebar dulu nanti leh tukar kat tgh highway katanya, skali punya best naik keta kia leh sampai terus ke tepeng hahaha..sampai tepeng dah kat kul8 mlm, call brader efry suruh ambik kat tol tepeng selatan. Sekali dia datang ngan kaum kerabat yang lain, terus gi lepak kat rumah dia. Pastu aku call brader taqi suruh datang rumah efry ada makan².com. Abis makan².com lepak kat kul11 lebih baru buat gerakan ke tempat penginapan, thanks pada pengantin sponser penginapan untuk kita orang. Aku, mizi dan mamu pergi hantar barang jer pastu terus datang semula ke rumah efry. Kita orang lepak kat kul1 lebih baru buat gerakan pulang.


Esoknya tengah best² layan tido, si efry dah datang ke bilik, pastu ajak gi tepeng sentral nak cari ayam golek huhu layankan jer laa. Dalam kul12 kita orang buat gerakan ke rumah efry. Yang bestnya kali nie pengantin bawa keta sendiri tu..siap bawa kengkawan plak tu..sempoi tak ingat. Dah sampai, skali kena tunggu orang kompang plak tak sampai lagi..sempat la lepak².com dulu. dalam kul12.30 pengantin dah start berarak. Memang nampak berseri pengantin mengenakan baju pengantin songket kelabu.


Lepas jer sesi bergambaq bersama pengantin, dalam kul4 lebih..aku, mizi, adi dan family buat gerakan ke Kuala Sepetang bersama brader taqi dan jugak imam family. Plannya nak pekena mee udang mak teh, skali dah macam rumah kenduri jer kedai makteh terus kita orang gi lepak makan mee udang kat kedai mak jah. Kira ok jugak laa..janji dapat layan mee udang. Settle jer makan².com kita orang terus buat gerakan pulang ke KL. Highway memang sedia maklum laa memang sesak tak ingat, maklum la time cuti sekolah. Kita orang sampai seri kembangan dalam kul12 malam..huhu letih leh tahan jugak walaupun aku tak drive hehe.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum..
Sempena hari guru hari nie, aku ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu² yang mengajar aku semasa di sekolah rendah, sekolah menengah dan semasa aku dikolej dulu. Alhamdulillah dengan berkat tunjuk ajar dan keikhlasan ilmu dari kalian semua aku dah berjaya sampai ke tahap sekarang. Syukur sesangat dengan apa yang aku ada sekarang.

Buat kengkawan aku yang memilih kerjaya sebagai cikgu, aku doakan korang akan menjadi cikgu terbaik untuk mendidik anak bangsa kita. jangan ajar benda yang bukan² sudah hehehe..peace no war.

Friday, May 08, 2009

.

Alhamdulillah Syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi nikmat kehidupan kepada aku dibumi bertuah ini selama 29 tahun.

Tuesday, May 05, 2009

Kotak Hati

tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

berbaring renung kita ke bulan
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa

terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi

tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi

lagu dari Hujan

Monday, May 04, 2009

Cuti².com kat kg halaman

Assalamualaikum..
Salam hari isnin, alhamdulillah keadaan cuaca dibumi bertuah Cyberjaya baekk² saja. Alkisahnya aku nak cerita aktiviti² aku dikampung halaman sempena cuti hari pekerja. Bestnya balik kampung kali nie kerana semua ahli keluarga aku balik berkumpul kat kampung jadi meriah sket laa.

Hari jumaat memang aku abiskan masa kat rumah jer laa, sesambil tu jejalan snap gambaq makro kat area rumah aku, banyak jugak subjek yang dapat. Sebelah petangnya gi lepak rumah member aku sebelah rumah layan PES kat rumah dia, dah puas bertarung gi lepak kat padang bola, tengok bebudak felda training.

Hari sabtu sebelah petang dalam kul3 petang, aku, adik n adik ipar serta mak gi bershopping kat Padang Besar..nie kira macam aktiviti wajib jugak nie sekiranya aku pulang ke kampung. Maklumlah kalau balik kampung jer mesti ada jer kengkawan yang order macam² barang made in Padang Besaq. Pastu dalam kul6 petang buat gerakan ke Kuala Perlis. Plannya makan².com bersama family, lagipun dah lama aku cakap nak blanja family makan².com kat Kuala Perlis dah semua ada memang on jer laa plan nie. Dalam kul7 ptg aku dah sampai..pastu tunggu adik n adik ipar dan ayah aku plak datang. Dah cukup kaum kerabat baru laa order makanan. Memang best laa dapat makan satu keluarga nie. Insya'allah kalau ada rezeki lebih nanti leh laa aku blanja lg hehe..

Hari ahad, lepas waktu zuhur..aku dah buat gerakan pulang ke KL, singgah ambik sepupu aku kat Aloq Setaq pastu singgah Sg Petani ambik member aku, dalam kul4 petang baru kluar dari Sg Petani..huhu perjalanan pulang yang agak meletihkan kerana jalan sesak gilos, maklum la ramai orang balik kg. Aku sampai KL dalam kul11 malam. Lepak makan².com kat Kembangan Paradise pastu terus buat gerakan ke Cyberjaya.

Sunday, April 26, 2009

Kebangkitan dramatik..

Assalamualaikum..
Salam pagi ahad..baru jer balik dari layan game man utd vs spurs..akhirnya dimenangi oleh man utd dengan jaringan 5-2. 1st half aku layan tengok game nie kat mamak cyberjaya JS Maju, masa tu man utd dah kena 2-0, sekali time nak bayar cashier tu leh sound plak..takkan man utd kena dah nak balik kot...huhu bikin bara jaa..aku tau ramai fan liverpool kat situ..tapi biasa laa..aku cakap kat brader tu..takpa layan kat rumah plak..2nd half ada lagi.

Sekali 2nd half man utd bleh belasah 5 biji plak...huhu..memang kebangkitan yang dramatik laa bagi aku. Terasa kepuasan haha. Apapun ada 5 game lagi..harap lepas nie boleh kekalkan momentum macam nie kira oklah..comfirm piala liga perdana milik man utd. Huhu..bestnya leh tido ngan lena pagi nie..hehehe.

p/s: tahniah kepada penyokong selangor atas kemenangan piala FA & kepada penyokong kelantan, tunggu final piala malaysia plak hehe..

Monday, April 20, 2009

PhotoCamp B2B

Assalamualaikum..
Salam petang isnin, alhamdulillah keadaan di bumi bertuah Cyberjaya hari nie baik saja. Hari nie datang ke opis dalam keadaan yang sedikit keletihan + dengan keputusan piala FA dimana team fav aku kalau penalti 4-2 lagi la membuatkan aku lagi rasa keletihannya. Bukan apa nak mengadap status² ym sahabat² aku yang die hard fan liverpool nie..hehehe

Oklah alkisahnya aku nak citer aktiviti aku pada weekend lepas, sabtu dan ahad aku menghadiri photo camp di Warisan Rimba Kg. Kemesah anjuran fotomedia.com khas untuk ahli² forum yang masih baru dalam bidang fotografi mempelajari teknik² asas dalam fotografi. Alhamdulillah semua aktiviti berjalan dengan lancar seperti apa yang dirancang dengan pelbagai ilmu yang dapat dikongsi hasil talk dari otai² fotomedia. Bagi aku memang berbaloi menghadiri aktiviti seperti ini, selain dapat mempelajari ilmu baru dapat jugak kenal² dengan kengkawan fotomedia yang lain.

Diharap pihak komuniti fotomedia akan menganjurkan lagi aktiviti seperti ini dimana penekanan terhadap perkongsian ilmu. Dan terima kasih jugak tak terhingga kepada AJK yang terlibat dan yang menyampaikan talk. Insya'allah dengan ilmu yang diperolehi nie akan dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam bidang fotografi.
Ahli fotomedia.com yang menjayakan B2B bergambar beramai² - pic by Artpixel

Thursday, April 16, 2009

Andai Waktu Kini Tika Itu.....

Assalamualaikum..
Salam malam jumaat..ingat malam nie nak siapkan keja aku, sekali ftp takleh masuk plak..jd aku ushar² la apa benda dalam harddisk yang bleh buat aku suka. Sekali ushar video nie.. jadi dengan rajinnya aku upload jer kat blog aku. Pada saat dan ketika ini..kami bagaikan satu family yang bahagia..ceria..dengan keazaman yang tinggi akan buat yang terbaik. Tapi sekarang hubungan kekeluargaan itu..tidak seerat dahulu lagi..dimana silapnya?..


Monday, April 13, 2009

Lepak². kat kampung

Assalamualaikum..
Salam malam isnin, alhamdulillah aku selamat sampai ke bumi Cyberjaya petang tadi dari kampung halaman aku. Baru jap tadi tengok buletin utama tentang kemalangan bas ekspres dari Changlun ke Klang yang berlaku berhampiran Rawang yang mengorbankan 6 orang. Takziah buat keluarga mangsa, semoga keluarga diorang tabah menghadapi dugaan ini.

Alkisahnya aku nak citer aktiviti aku balik kampung, aku balik kampung khamis malam dalam kul10, balik bersama adi dan family. Macam biasa laa start dari Seri Kembangan sampai ke Sg Petani , adi yang drive. Aku drive sesorang dari Sg Petani ke Bkt Kayu Hitam. Dalam kul3 pagi baru sampai rumah. Hari jumaat aktiviti aku memang kat rumah jer, pagi ptg tido jer..huhu bebetul balas dendam. Dalam kul 6.30ptg baru member aku datang ajak gi padang bola ushar friendly belia felda lawan team Hosba. Yang bestnya dari 11 orang pemain belia felda aku kenal 3-4 orang saja..yang lain² tu tak pasti laa..nampak sangat la dah bebesar budak² yang kecik² dulu. Padahal kalau budak felda yang bawah aku 3-4 tahun, pasti aku akan kenal punya.

Hari sabtu pepagi melepak kat rumah, petang baru buat gerakan ke Padang Besaq cari barang² pesanan dari member aku. Disebabkan takda member nak join, mak aku plak demam, jadi ayah aku la jadi mangsa ajak gi Padang Besaq..best sket ada member nak berborak dalam perjalanan. Malamnya plak berebut siaran ngan adik aku, aku nak layan tengok bola dia nak layan AF7 la plak..jadi terpaksalah mengalah..habis jer AF7 terus on tengok man utd vs sunderland..sibbaik menang 2-1..lega man utd masih kekal sebagai pendahulu liga.

Hari ahad, dalam kul2ptg buat gerakan ke rumah tok aku, saja la lawat sekali sekala balik kampung. alhamdulillah tengok tok aku ceria jaa..harap dia senantiasa sihat la. Kul5 ptg buat gerakan pulang ke rumah. Sampai jer terus gi melepak kat padang bola tengok bebudak belia felda training..huhuh best diorang nie siap ada jurulatih tu..training ala squad negeri jaa. memang best la lepak kat kampung nie..pepetang meriah jaa ngan aktiviti sukan, ngan bolanya, takrawnya, bola tamparnya...best². Kalau laa leh selalu dapat bercuti kat kampung memang best laa..dapat melupakan sekejap hal² yang berlaku kat opis.

Hari isnin dalam kul9 pagi lepas bfast terus buat gerakan ke Sg Petani, dalam kul10.30 pagi buat gerakan ke Seri Kembangan. Singgah kejap kat R&R Sg Perak dan Bidor. Pastu terus buat gerakan ke Seri Kembangan. Sampai dalam kul5.30ptg dalam keadaan hujan yang lebat. Tapi apapun syukur alhamdulillah kita orang sampai dengan selamat.

Wednesday, April 08, 2009

Semuanya hanya untukmu..

Assalamualaikum..
Salam petang rabu, cuaca kat bumi cyberjaya nie pepetang mendung jer. Harap² awan takkan menitiskan airmatanya la hari nie. Kalau tak takleh la layan takraw pepetang.

Tengah hari tadi keluar ngan adi & efry ke Seri Kembangan, niat awalnya nak service kereta jer tukar minyak engine, skali dah fikir esok malam nak balik kampung, jadi tukar tayar belakang sekali la sebab bunga tayar dah tak rata. Pastu dah tukar semua, part alligment skali "tulang anjin" plak dah rosak + semua kaum kerabatnya laa ada masalah, maklum la dah 2 tahun lebih tak terusik. Sebelum nie kalau aku gi buat allignment pun kalau ada masalah sket² tu aku biarkan jer. Tapi kali nie dah alang² tukar tu baik tukar jer semua yang problem. Habis jugak la sebulan gaji aku..makan mee sedap saja lorr lepas nie hahha.

Disebabkan takda keta nak balik akhirnya tokei service keta hantar kita orang balik ke MMU, sempat suruh tokei tu singgah KFC dulu tapau burger..memasing dah kelaparan. Harap lepas nie kasih sayang keta aku semakin meningkat laa hehe.

Monday, April 06, 2009

Tournament Futsal TM Selangor

Assalamualaikum..
Salam pagi isnin, hari nie keadaan mood yang tak menentu la, kemalasan melanda tapi tuntutan kerja tak boleh nak mengelak. Rasanya aku kena ambik cuti jugak nie, balik berehat kat kampung baru la aman sket diri aku nie dari memikirkan benda yang boleh menjadikan mood bekerja aku hilang.

Untuk entry kali nie aku nak citerkan alkisah yang berlaku pada sabtu lepas pada pertandingan futsal anjuran TM Selangor bertempat di sport planet seksyen 16, Shah Alam. MMU menghantar sebanyak 5 team iaitu team 606, 707, 909, Taqis XL(A) dan Taqis XY(B). Kita orang bergerak ke Shah Alam berkonvoi reramai dalam kul8 pagi dari MMU, pastu kita orang lepak bfast dulu kat seksyen 17, dah kenyang baru buat gerakan ke sport planet. Dalam kul10 lebih baru bermula pertandingan.

Alhamdulillah, semua team dari MMU layak ke pusingan kedua melepasi sasaran awal. Seterusnya lebih nampak menarik dengan kedua² team Taqis layak ke suku akhir. Yang lebih membanggakan adalah team Taqis B yang tak diletakkan harapan tinggi mampu layak ke suku akhir, tetapi nasib tidak menyebelahi Taqis B yang tewas pada peringkat ini kepada juara tahun lepas 2-0. Tapi semangat juang diteruskan oleh pasukan Taqis A yang layak ke pertandingan akhir, namun akhirnya akur dengan kehebatan bekas naib juara tahun lepas dengan keputusan 2-0. Apapun ini adalah satu kejayaan bagi semua team Taqis. Dengan kejayaan ini harap semua pemain² pasukan Taqis akan terus meningkatkan skill permainan untuk memastikan pasukan Taqis lebih bersedia untuk sebarang tournament yang akan datang.

Selepas selesai sesi penyampian hadiah dan makan².com, memasing buat gerakan pulang. Aku, adi, iqbai dan ishe pergi melepak minum² kat kedai makteh dulu sebelum balik ke MMU. Sampai rumah online kejap, pastu terus terlelap, letih oOo..dah la dalam keta tak leh tido..takut iqbai marah hehehe...

Pemain² Taqis FC semasa Tournament Futsal TM Selangor

Friday, April 03, 2009

Hidup Mesti Bersyukur

Assalamualaikum...
Salam hari jumaat, hari nie kat opis macam² mood ada, gembira, simpati dan sedih pun ada. Ini semua adalah kerana hanya satu envelope dari MMU Cynergy. Di dalam envelope tersebut terdapat surat yang mempunyai nilai(RM) yang diperolehi hasil prestasi kerja dalam project MOE selama ini.

Aku gembira bila dah dapat dan baca semuanya, aku pun tandatangan dan pulangkan kembali kepada pihak pengurusan tanda aku setuju dengan apa yang dinyatakan. Alhamdulillah inilah rezeki untuk aku, family aku dan jugak kengkawan..syukur dengan apa yang diberikan, tapi dalam keadaan tertentu hatiku terdetik jugak dengan perasaan yang tak aku gemari. Kenapa terdetik perasaan iri hati kepada kengkawan sendiri, mungkin mereka berhak dapat lebih tinggi nilainya dengan taraf jawatan mereka yang tinggi dari aku, walaupun dalam membuat kerja tiada la bezanya sangat. Ya Allah aku harap perasan ini akan cepat hilang dan aku percaya semua rezeki ini adalah dariMu. Dan aku harus menjadi orang yang bersyukur dengan rahmatMu.

Aku berasa simpati dan sedih bila ada sebahagian kengkawan aku yang tidak dapat apa yang kami dapat, mungkin pihak pengurusan ada alasan mereka tersendiri. Tapi pada hakikatnya tanpa bantuan dan sokongan dari sebahagian kengkawan aku nie, mungkin kami tak dapat nak siapkan project ini sampai ke tahap sekarang. Apapun aku berharap kengkawan aku nie bersabar, Insya'allah kalau tertulis itu rezeki kita takkan kemana. Harap semangat diorang akan pulih seperti sedia kala dan dapat menjalankan tugas seperti biasa.

Wednesday, April 01, 2009

Sujud

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud…

Hanya mampu sujud…

Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud…

Hanya mampu sujud…

Lirik lagu Sujud - Mawi feat KRU

Monday, March 30, 2009

Sukan Inter Campus


Assalamualaikum..
Salam petang isnin, alhamdulillah..kenyang sudah.. baru jer lepas pekena nasik goreng kampung. Alkisahnya nak cerita tentang sukan intercampus antara MMU Cyberjaya ngan MMU Melaka di Melaka. Aku dan kengkawan uzin, wan cakcibor dan harris buat gerakan ke Melaka pada petang jumaat lepas sebabnya sebelah malamnya aku ada game bowling kat Mahkota Parade. Sampai situ dah kul7 lebih jadi lepak makan².com kejap terus gi melepak kat tempat bowling. Dalam kul9 baru bermulanya game. Team Cyberjaya 5 lelaki dan 5 perempuan, sama jugak la ngan team Melaka. Kita orang main 6 games. Aku macam biasa laa tahun nie..tempat kedua jer dengan jatuhan 1054 pin. Kurang 46 dari peserta tempat pertama dari MMU Melaka. Tapi keselurahannya dimenangi oleh Team Cyber untuk membawa balik piala pusingan. Habis game dalam kul1 lebih pastu lepak minum².com dulu pastu baru balik tido kat kuarters MMU Melaka.

Team Bowling Wanita MMU Cyberjaya

Team Bowling Lelaki MMU Cyberjaya

Sabtu pagi plak dalam kul9 dah buat gerakan gi kat dewan untuk upacara perasmian sukan intercampus nie, selesai jer majlis ..bfast kejap pastu terus buat gerakan ke gelangang futsal. Aku tak join team futsal sekadar jadi penonton jer dan bagi support untuk team cyber dan jugak taqis yang beraksi. Akhirnya wakil dari MMU Cyber jugak yang menjuarai acara futsal lelaki. Bagi futsal perempuan pula dimenangi oleh MMU Melaka. Aku tak sempat nak tengok semua game sebab balik untuk jadi backup untuk game karom, tapi aku plak tak pasti kat mana tempatnya..jadi last sekali aku balik sambung tido kat kuarters jer laa..haha lagi best. Tengah best layan tido skali dengar plak suara riuh rendah kat luar, keluar tengok ada game bola tampar wanita la plak, kluar la snap gambaq sekejap pastu sambung tido balik. Kul1.30 gi ke dewan untuk makan tengah hari pastu balik lepak kat kuarters dalam kul 3 buat gerakan ke gelangang sepak takraw. Ingatkan main antara regu, sekali main team yang akhirnya dimenangi oleh team MMU Melaka.

Team Sepak Takraw MMU Cyberjaya

Akhir sekali adalah acara penutup dan penyampian hadiah, selesai semua sempat la sesi bergambaq sekejap pastu pulang ke kuarters mandi manda dulu dan buat gerakan gi makan².com kat Alai pekena ikan bakar sambal yang tak sedap...haha tapi disebabkan semua kelaparan habis jugak laaa.. dalam kul11 buat gerakan pulang, sampai Cyberjaya dalam kul 12.30mlm. Sampai rumah jer terus tido..

Kontijen lelaki MMU Cyberjaya bergambar selepas
majlis penyampaian hadiah